Page 8 - EBULETIN 1 2025
P. 8
MAJLIS IFTAR DAN SAMBUTAN NUZUL AL-
QURAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
KEPALA BATAS, 17 Mac 2025 - Majlis Iftar dan
Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri
Pulau Pinang 1446H/2025M yang
disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun
Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul
Razak telah berlangsung dengan penuh
penghayatan di Masjid Abdullah Fahim. YB
Dato’ Hj Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan
Negeri Pulau Pinang, juga hadir bagi
memeriahkan majlis bersama para jemputan.
Ceramah bertajuk “Al-Quran Penenang Jiwa”
oleh Timbalan Mufti Pulau Pinang, YBhg. Ustaz
Nor Azamir bin Alias, menjadi pembuka tirai
majlis. Dalam penyampaiannya, beliau
mengajak hadirin untuk mendalami dan
mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan
seharian. Majlis diteruskan dengan jamuan
berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isyak, dan
Terawih berjemaah bersama para tetamu
yang hadir.
Turut hadir ialah barisan kepimpinan negeri
termasuk Ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli DUN, serta
Konsul Jeneral dan tetamu kehormat lain.
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-
ketua jabatan negeri serta persekutuan.
6 I E - BULETIN BIL.1

