Page 6 - EBULETIN 1 2025
P. 6

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN

                             RAMADAN AL - MUBARAK TAHUN 2025





                                                               GEORGE TOWN, 28 Februari 2025 - YB Dato’ Hj Zulkifli Bin
                                                               Long,   Setiausaha   Kerajaan   Negeri   Pulau   Pinang
                                                               bersama-sama  isterinya  YBhg.  Datin  Faziah  Binti  Johari
                                                               telah menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan
                                                               Bulan Ramadan Al-Mubarak Tahun 2025 / 1446H pada 27
                                                               Februari  2025  di  Masjid  Bukit  Bendera,  Pulau  Pinang.
                                                               Majlis  tersebut  diserikan  dengan  kehadiran  Tuan  Yang
                                                               Terutama  Tun  Dato'  Seri  Utama  Ahmad  Fuzi  bin  Haji
                                                               Abdul  Razak  bersama  isteri,  Toh  Puan  Dato'  Seri  Utama
                                                               Khadijah binti Mohd Nor.

                                                               Turut  hadir,  YB  Dato’  Dr.  Mohamad  bin  Abdul  Hamid,
                                                               Timbalan  Ketua  Menteri  1  Negeri  bersama  isteri  YBhg.
                                                               Datin  Noraini  binti  Abdul  Jalil,  YA  Dato’  Rozana  binti  Ali
                                                               Yussof,  Hakim  Mahkamah  Tinggi  Negeri,  YAA  Tuan  Zaim
                                                               bin  Md  Yudin,  Ketua  Hakim  Syarie  Negeri  serta  dif-dif
                                                               kehormat.  Majlis  dimulakan  dengan  solat  Maghrib
                                                               berjemaah  disusuli  dengan  bacaan  Yasin  dan  Doa
                                                               Selamat  serta  ceramah  khas  sempena  kedatangan
                                                               Ramadan  oleh  Sahibus  Samahah  Prof.  Madya  Dato’  Dr.
                                                               Mohd  Sukki  bin  Othman,  Mufti  Kerajaan  Negeri  Pulau
                                                               Pinang.

                                                               Selain itu, turut diadakan penyampaian cek cura kepada
                                                               pengerusi kariah masjid yang disampaikan oleh TYT Tun
                                                               diiringi  YB  TKM  1  Negeri  dan  YB  Dato’  SUK.  Majlis  diakhiri
                                                               dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan makan yang
                                                               telah  disediakan.  Semoga  Ramadan  yang  bakal  tiba
                                                               memupuk  semangat  dalam  menjalani  ibadah  puasa
                                                               dengan penuh keikhlasan dan kesyukuran.










    4 I E - BULETIN BIL.1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11