Page 10 - EBULETIN 1 2025
P. 10

MALAYSIA
            MADANI














                                                                MAJLIS


                                                                SAMBUTAN

                                                                AILDILFITRI


                                                                MADANI 2025



                                                                                                                                      
                                                                                                    









                                               Strategy                                Solution
                                               Development                             Implementation


                                               Designing strategic plans               Integrate cutting-edge and
                                               customized to your company's            effective solutions to
                                               goals for achieving maximum             enhance overall business
                                               results.                                performance.







    BUTTERWORTH, 12 April 2025 - Lebih 12,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 bersama
    YAB Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah berlangsung dengan jayanya di PICCA Convention Centre
    @ Butterworth Arena, hari ini. Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar
    bin Ibrahim, yang tiba selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembangunan Semula Masjid Jamek Cherok Tokkun
    Bawah di Bukit Mertajam.

    Majlis Sambutan Aidilftri ini bukan sekadar acara perayaan, malah merupakan wadah penting yang menyatukan rakyat
    pelbagai kaum melalui penghayatan nilai budaya, tradisi dan kemasyarakatan serta membuka ruang interaksi secara
    langsung  antara  rakyat  dan  kempimpinan  negara.  Usaha  ini  mencerminkan  komitmen  berterusan  kerajaan  dalam
    memperkukuh agenda Malaysia MADANI yang berteraskan nilai-nilai kesejahteraan, hormat dan ihsan.

    Para tetamu turut dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa yang menjadi kegemaran rakyat negeri ini, antaranya
    kambing  golek,  laksa  Penang,  mi  kari,  nasi  impit  dan  kuah  kacang,  lemang,  ketupat,  sate,  roti  jala,  mi  sotong,  cendol,
    pasembur, apam balik dan pelbagai lagi hidangan lain. Selain menikmati sajian yang disediakan, para pengunjung turut
    dihiburkan  dengan  persembahan  seni  budaya  daripada  Jabatan  Kebudayaan  dan  Kesenian  Negara,  serta
    persembahan  artis  jemputan  seperti  Dato’  Hattan,  Aris  Ariwatan  dan  Black  Hanifah,  yang  menyerikan  lagi  suasana
    majlis.


    8 I E - BULETIN BIL.1
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14