Page 9 - EBULETIN 1 2025
P. 9
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TUAN
YANG TERUTAMA YANG DI - PERTUA
NEGERI DAN KERJAAN NEGERI PULAU
PINANG TAHUN 2025
BUTTERWORTH, 11 April 2025 – Lebih 3,000 tetamu hadir memeriahkan
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua
Negeri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berlangsung pada 10
April 2025 di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena. Majlis ini
turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri’
Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau
Pinang bersama-sama isteri YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama
Khadijah binti Mohd Nor, serta YB Dato’ Hj Zulkifli bin Long, Setiausaha
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama isteri YBhg. Datin Faziah
binti Johari, merangkap pengerusi PUSPANITA Pulau Pinang.
Majlis ini bukan sekadar jamuan perayaan, malah menjadi platform
untuk mengeratkan hubungan antara rakyat dan pemimpin kerajaan,
serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai lapisan selaras dengan aspirasi Malaysia
MADANI dan visi Penang2030. Turut menghadiri majlis, YAB Tuan Chow
Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama-sama isteri YBhg.
Puan Tan Lean Kee, YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan
Ketua Menteri 1 Negeri, YB Tuan Lim Guan Eng, Mantan Ketua Menteri
yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap ADUN Air Putih, YB Dato’
Seri Law Choo Kiang, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau
Pinang bersama-sama isteri YBhg. Datin Seri Teoh Hooi Tuang; Ketua-
ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan; Pegawai-pegawai Kanan
serta dif-dif kehormat. Semoga dengan majlis ini, hubungan
silaturahim yang erat terus terjalin demi kemajuan dan
kesejahteraan Negeri Pulau Pinang.
E - BULETIN BIL.1 I 7

