Page 5 - EBULETIN 1 2025
P. 5

P







           ERTANDINGAN SAHIBBA

    PEJABAT SETIAUSAHA NEGERI

    PULAU PINANG TAHUN 2025


    SEMPENA PROGRAM

    PEMBUDAYAAN BAHASA MELAYU







                                                               GEORGE TOWN, 19 Februari 2025 – Pertandingan Sahibba
                                                               Pejabat  Setiausaha  Kerajaan  Negeri  Pulau  Pinang  Tahun
                                                               2025  telah  berlangsung  dengan  jayanya  di  Tingkat  5,
                                                               KOMTAR, Pulau Pinang. Pertandingan ini adalah salah satu
                                                               usaha  Pejabat  Setiausaha  Kerajaan  Negeri  Pulau  Pinang
                                                               dalam      membudayakan        Bahasa     Kebangsaan.
                                                               Pertandingan  ini  diadakan  dengan  Kerjasama  di  antara
                                                               Pejabat  Setiausaha  Kerajaan  Negeri  Pulau  Pinang
                                                               (PSUKPP),  Perbadanan  Perpustakaan  Awam  Pulau  Pinang
                                                               (PPAPP), Persatuan Penulis Pulau Pinang dan Sahabat Belia
                                                               Pulau Pinang. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai
                                                               32  orang  penjawat  awam  daripada  pelbagai  skim  dan
                                                               gred  dimana  dapat  memupuk  dan  meningkatkan
                                                               kemahiran    bahasa    kebangsaan    dalam    kalangan
                                                               penjawat  awam,  seterusnya  mempromosikan  budaya
                                                               ilmu dan pembangunan kendiri dalam kalangan penjawat
                                                               awam.



    YBhg.  Dato’  Abdul  Kahar  bin  Abdullah,  Timbalan
    Setiausaha    Kerajaan    (Pengurusan)    telah   hadir
    menyampaikan  hadiah  kepada  para  pemenang.  Johan
    Pertandingan Sahibba telah dimenangi oleh Puan Mastura
    binti  Haron  daripada  Unit  Audit  Dalam  (UAD)  dan  telah
    membawa  pulang  hadiah  wang  tunai  sebanyak  RM500,
    manakala  Naib  Johan  dimenangi  oleh  Puan  Nurjannah
    binti  Mohd  Idris  daripada  Bahagian  Kerajaan  Tempatan
    (BKT)  yang  membawa  pulang  wang  tunai  sebanyak
    RM400.  Tempat  Ketiga  pula  jatuh  kepada  Encik  Mohd
    Razman bin Pati Khan daripada Unit Pengurusan Bencana
    (UPB)  dengan  membawa  pulang  hadiah  berupa  wang
    tunai RM300 dan tempat keempat dengan hadiah berupa
    wang  tunai  sebanyak  RM200  dimenangi  oleh  Puan  Siti
    Arifah  binti  Samsudin  daripada  Bahagian  Teknologi
    Maklumat  dan  Komunikasi  Negeri  (BTMKN).  Bagi  peserta
    terbaik,  Encik  Muhamad  Firdaus  bin  Harun  daripada
    Pejabat  YB  SUK  telah  memenangi  wang  tunai  sebanyak
    RM100.





                                                                                               E - BULETIN BIL.1 I 3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10