Page 4 - EBULETIN 1 2025
P. 4

PERHIMPUNAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM

      BERSAMA YAB KETUA MENTERI PULAIU PINANG TAHUN 2025





      GEORGE  TOWN,  7  Januari  2025  -  Hampir
      900  penjawat  awam  pentadbiran  Kerajaan
      Negeri     Pulau     Pinang      menghadiri
      Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam
      Bersama  YAB  Menteri  Pulau  Pinang  Tahun
      2025  yang  berlangsung  di  Dewan  Sri
      Pinang,  sama  ada  secara  fizikal  mahupun
      secara  maya.  Dalam  ucapan  beliau,  Ketua
      Menteri,   YAB   Tuan   Chow     Kon   Yeow
      menyatakan  bahawa  kejayaan-kejayaan
      yang        dicapai        menggambarkan
      pertumbuhan  ekonomi  yang  kukuh  serta
      pembangunan        sosial     yang     terus
      berkembang  di  Pulau  Pinang.  Menurutnya,
      negeri  ini  berjaya  mencatatkan  pelaburan
      sebanyak  RM31.38  bilion,  yang  dijangka
      mencipta  lebih  6,600  peluang  pekerjaan
      baharu,    terutamanya      dalam     sektor
      pembuatan          berteknologi       tinggi,
      perkhidmatan     canggih,   dan   pertanian
      moden. Selain itu, beliau turut menekankan
      bahawa  Pulau  Pinang  mencatatkan  kadar
      pematuhan     caruman     Kumpulan    Wang
      Simpanan  Pekerja  (KWSP)  ketiga  tertinggi
      di Malaysia, dengan rekod 99.15 peratus.



      Pulau  Pinang  juga  terus  diiktiraf  sebagai
      hab pelancongan perubatan utama di Asia
      Tenggara.  YAB  Chow  Kon  Yeow,  yang  juga
      Exco  Kewangan,  Pembangunan  Ekonomi  &
      Tanah    dan    Komunikasi,    menegaskan
      bahawa    kejayaan    tersebut   merupakan
      hasil  komitmen  dan  dedikasi  penjawat
      awam  yang  menjadi  tulang  belakang
      pentadbiran  negeri.  Majlis  turut  diserikan
      dengan  Sesi  Ceramah  Khas  oleh  YBhg.  Tan
      Sri  Dato’  Seri  Utama  Zainal  Rahim  bin
      Seman,      mantan      Ketua      Pengarah
      Perkhidmatan  Awam  (KPPA)  dan  bekas
      Pengerusi     Suruhanjaya     Perkhidmatan
      Awam  Malaysia  (SPA).  Turut  hadir  ialah
      Yang  Dipertua  Dewan  Undangan  Negeri
      Pulau  Pinang,  Dato’  Seri  Law  Choo  Kiang;
      Timbalan  Ketua  Menteri  I,  YB  Dato’  Dr.
      Mohamad  bin  Abdul  Hamid;  Setiausaha
      Kerajaan  Negeri,  YB  Dato’  Hj.  Zulkifli  bin
      Long;  Pegawai  Kewangan  Negeri,  YB  Dato’
      Zabidah  Safar;  Penasihat  Undang-Undang
      Negeri,  YB  Puan  Wan  Nor  Sakina,  Mufti
      Kerajaan  Negeri,  Sahibus  Samahah  Prof.
      Madya  Dato’  Dr.  Mohd.  Sukki  Othman,
      ketua-ketua  jabatan  dan  para  penjawat
      awam negeri.



    2 I E - BULETIN BIL.1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9