Page 12 - EBULETIN 1 2025
P. 12
ISTIADAT PERASMIAN PENGGAL KETIGA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KE - 15
GEORGE TOWN, 16 Mei 2025 - Istiadat Perasmian Penggal Ketiga
Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 telah berlangsung dengan
penuh istiadat pagi ini di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Majlis
perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama
Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri
Pulau Pinang, bersama-sama isteri, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’
Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah.
Persidangan DUN dimulakan dengan bacaan doa dan sesi bertafakur
sebagai tanda penghormatan serta sebagai tanda penghormatan
serta memperingati pemergian mantan Perdana Menteri Kelima, Tun
Abdullah Ahmad Badawi, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14
April lalu. Sejurus selepas itu, persidangan diteruskan secara rasmi.
Sidang DUN bagi penggal ini dijadualkan berlangsung dari 16 Mei
hingga 23 Mei, dengan sebanyak 873 soalan akan dikemukakan oleh
Ahli-Ahli Dewan, merangkumi 75 soalan lisan dan 769 soalan bertulis.
Semoga persidangan kali ini menghasilkan perbahasan yang
konstruktif serta keputusan yang membawa manfaat demi
kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.
10 I E - BULETIN BIL.1

