Page 7 - EBULETIN 1 2025
P. 7

MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA 2025

                    PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG





































                                              GEORGE  TOWN,  27  Februari  2025  -  Majlis  Sambutan  Hari  Wanita  Sedunia
                                              Peringkat  Negeri  Pulau  Pinang  2025  yang  dianjurkan  oleh  Perbadanan
                                              Pembangunan  Wanita  Pulau  Pinang  (PWDC)  telah  berlangsung  dengan
                                              jayanya hari ini di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR serta turut dipancarkan
                                              secara  langsung  dengan  disertai  oleh  lima  daerah  di  negeri  Pulau  Pinang.
                                              Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow,
                                              Ketua  Menteri  Pulau  Pinang,  bersama  YB  Puan  Lim  Siew  Khim,  EXCO
                                              Pembangunan Sosial, Kebajikan & Hal Ehwal Bukan Islam.

                                              Tema  “Memacu  Pencapaian”  atau  #AccelerateAction  ini  dipilih  bagi
                                              menyeru semua wanita untuk terus mara ke hadapan dan mencipta impak
                                              besar  dalam  masyarakat.  Majlis  ini  diteruskan  dengan  Forum  Khas  Wanita
                                              “Raudah  Ilmu”  yang  bertemakan  “Wanita  Penggerak  Transformasi:  Dari
                                              Rumah ke Pentas Dunia.” Forum ini dimoderatorkan oleh Ustazah Nur Fazihan
                                              Izyani Subohir (Pensyarah KITAB), bersama dua ahli panel yang hebat, iaitu
                                              Puan  Shaamilah  Shahabuddin  (Kaunselor  KITAB)  dan  Ustaz  Bakre  Ramli
                                              (Pensyarah KITAB). Forum ini mendapat sambutan yang luar biasa dengan
                                              perkongsian  yang  memberi  inspirasi  dan  ilmu  berharga,  membuka  minda
                                              serta  memberi  semangat  kepada  para  wanita  untuk  terus  berkembang,
                                              selari dengan nilai-nilai agama.

                                              Turut  hadir  bagi  majlis  ini  ialah  YB  Dato’  Hj  Rashidi  bin  Zinol,  EXCO
                                              Perdagangan,  Pembangunan  Keusahawanan  dan  Luar  Bandar,  YB  Teh  Lai
                                              Heng,  Ahli  Dewan  Undangan  Negeri  KOMTAR,  Dato’  Ong  Bee  Leng,  Ketua
                                              Pegawai Eksekutif Penang Women Development Centre (PWDC) serta dif-dif
                                              kehormat.















                                                                                               E - BULETIN BIL.1 I 5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12