Page 11 - EBULETIN 1 2025
P. 11

ISTIADAT ANGKAT


        SUMPAH JAWATAN YANG


             TERUTAMA YANG DI -

           PERTUA NEGERI PULAU


                      PINANG KE - 9







    GEORGE TOWN, 1 Mei 2025 - Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah
    Talib hari ini secara rasmi mengangkat sumpah pelantikan sebagai
    Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-9
    dalam  satu  istiadat  penuh  istiadat  yang  berlangsung  di  Dewan  Sri
    Pinang.   Istiadat   dimulakan   dengan   pemeriksaan     Kawalan
    Kehormatan dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja, yang
    terdiri  daripada  tiga  orang  pegawai  dan  103  anggota  lain-lain
    pangkat, diketuai oleh Mejar Mohd Salleh bin Jamal.

    Sejurus  itu,  majlis  diteruskan  dengan  upacara  angkat  sumpah  dan
    menandatangani surat sumpah jawatan, yang disaksikan oleh Yang
    Arif  Dato’  Rozana  binti  Ali  Yusoff,  Hakim  Mahkamah  Tinggi  Pulau
    Pinang,  serta  YB  Dato’  Haji  Zulkifli  bin  Long,  Setiausaha  Kerajaan
    Negeri  Pulau  Pinang.  Upacara  penuh  istiadat  itu  turut  diserikan
    dengan  17  das  tembakan  meriam  sebagai  simbol  penghormatan
    sempena pelantikan tersebut.


    Dalam  majlis  yang  sama,  TYT  Tun  Dato’  Seri  Utama  Haji  Ramli  bin
    Ngah Talib turut dikurniakan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN)
    yang  membawa  gelaran  Datuk  Seri  Utama.  Penganugerahan
    tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua
    Menteri  Pulau  Pinang.  Majlis  istiadat  diakhiri  dengan  bacaan  doa
    oleh  Sahibus  Samahah  Dato’  Dr.  Mohd  Sukki  bin  Othman,  Mufti
    Kerajaan  Negeri  Pulau  Pinang.  Semoga  kepimpinan  Tuan  Yang
    Terutama  Tun  akan  terus  membawa  kemakmuran,  keharmonian
    dan kemajuan Negeri Pulau Pinang.





























                                                                                               E - BULETIN BIL.1 I 9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14