Page 3 - EBULETIN 1 2025
P. 3

MAJLIS RUMAH TERBUKA

      TAHUN BARU CINA YAB KETUA

            MENTERI PULAU PINANG

                          TAHUN 2025






     BAYAN  LEPAS,  30  Januari  2025  -  Kira-kira  10,000  tetamu  daripada
     pelbagai  latar  belakang  membanjiri  Majlis  Rumah  Terbuka  Tahun
     Baharu  Cina  Ketua  Menteri,  YAB  Tuan  Chow  Kon  Yeow  yang
     berlangsung  di  SPICE  Arena.  Acara  ini  turut  diserikan  dengan
     kehadiran  Tuan  Yang  Terutama  (TYT)  Tun  Dato'  Seri  Utama  Ahmad
     Fuzi  bin  Haji  Abdul  Razak,  Yang  di-Pertua  Negeri  Pulau  Pinang,
     bersama-sama isteri Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd
     Nor,  serta  YB  Dato’  Haji  Zulkifli  bin  Long,  Setiausaha  Kerajaan  Negeri
     Pulau  Pinang  bersama-sama  isteri;  YBhg.  Datin  Faziah  binti  Johari,
     merangkap  Pengerusi  PUSPANITA  Pulau  Pinang.  Acara  ini  bertujuan
     mengeratkan  hubungan  antara  rakyat  dan  pemimpin  kerajaan,
     selain  memberikan  peluang  kepada  pelbagai  lapisan  masyarakat
     untuk  berkumpul  dan  merayakan  bersama.  Acara  tersebut  turut
     dimeriahkan  dengan  persembahan  tarian  singa  yang  memukau,
     simbolik  pembuka  tirai  yang  membawa  tuah  dan  rezeki  melimpah
     bagi  tahun  baharu.  Persembahan  ini  bukan  sahaja  menyemarakkan
     suasana tetapi juga mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat
     berbilang  bangsa  di  Pulau  Pinang.  Selain  itu,  para  tetamu  turut
     dihiburkan  dengan  persembahan  seni  budaya  yang  mempamerkan
     kekayaan  warisan  budaya  tempatan,  menambah  kemeriahan
     suasana sepanjang jamuan yang diadakan.

     Turut hadir bersama Yang Amat Berbahagia Puan Tan Lean Kee, isteri
     kepada  YAB  Ketua  Menteri;  Yang  Berhormat  Tuan  Steven  Sim  Chee
     Keong,  Menteri  Sumber  Manusia  merangkap  Ahli  Parlimen  Bukit
     Mertajam; Yang Berhormat Dato' Seri Law Choo Kiang, Yang di-Pertua
     Dewan  Undangan  Negeri  Pulau  Pinang  merangkap  Pengerusi  Majlis-
     Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang; Yang Berhormat Dato’ Dr.
     Mohamad  bin  Abdul  Hamid,  Timbalan  Ketua  Menteri  I  Pulau  Pinang;
     Yang Berhormat Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Dato’ Seri Utama Karpal
     Singh, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang; Barisan EXCO Kerajaan
     Negeri;  Ahli-Ahli  Dewan  Undangan  Negeri;  Ahli  Parlimen;  Yang
     Berbahagia  Dato’  Haji  Baderul  Amin  bin  Abdul  Hamid,  Datuk  Bandar
     Seberang  Perai;  Ahli-Ahli  Majlis  MBSP;  Ketua-Ketua  Jabatan  Negeri
     dan Persekutuan; Pegawai-Pegawai Kanan serta dif-dif jemputan.


                                                                                               E - BULETIN BIL.1 I 1
   1   2   3   4   5   6   7   8