logo penang 2030

A A  Arial | PT Sans | Century
faq hubungi maklumbalas peta

 

suk penang logo

Lambang P.Pinang

PEJABAT PESURUHJAYA WARISAN NEGERI PULAU PINANG

{tab Apa itu Warisan| }

APA ITU WARISAN?

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007) telah menerangkan definisi warisan sebagai sesuatu yang diterima secara turun temurun oleh seseorang dengan sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi terdahulu. 

 

KLASIFIKASI WARISAN NEGERI

 

 

TAPAK WARISAN

“apa-apa tapak warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi yang telah ditetapkan sebagai tapak warisan di bawah seksyen 18 Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.”

 

WARISAN KEBUDAYAAN KETARA

“termasuklah kawasan, monumen dan bangunan”

    

 

WARISAN SEMULA JADI

“termasuklah ciri-ciri semula jadi mana-mana kawasan yang terdiri daripada pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir pantai atau mana-mana tapak semula jadi yang mempunyai nilai yang menonjol dari pandangan semua jadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semula jadi termasuklah flora dan fauna di negeri Pulau Pinang.

 warisan semulajadi 1.jpg                     

 

 

WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA

“termasuklah mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi dan muzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan warisan masyarakat negeri Pulau Pinang”

   

 

{tab Siapa yang boleh mohon| }

idirektori 48px Mana-mana individu yang ingin mencadangkan butiran warisan berpotensi untuk didaftar sebagai warisan negeri.

department 48pxAgensi, Adun, EXCO ataupun mana-mana persatuan/komuniti.

{tab Kriteria tapak warisan dan warisan kebudayaan tidak ketara| }

 

KRITERIA BAGI PERISTIHARAN TAPAK WARISAN

(a) Kepentingan sejarah atau hubungan antara warisan kebudayaan ketara atau tapak warisan semula jadi dengan warisan Negeri Pulau Pinang yang menggambarkan aspek penting masyarakat, ekonomi, budaya, sejarah, alam semula jadi, sains, agama, reka bentuk dan ciri-ciri estetik atau personaliti sejarah terkemuka;

(b) Reka bentuk warisan kebudayaan ketara yang mempunyai nilai-nilai estetik dalam bentuk seni bina, gaya, fabrik, hiasan atau ketukangan secara intrinsik;

(c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal yang mempamerkan contoh penting mengenai jenis atau teknik bangunan tertentu di Negeri Pulau Pinang;

(d) kepentingan ikatan sosial atau budaya masyarakat, komuniti, bangsa, atau etnik;

(e) potensi untuk mendidik, menggambarkan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berkaitan dengan warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi di Negeri Pulau Pinang;

(f) kepentingan dalam mempamerkan suatu kekayaan, kepelbagaian atau integrasi luar biasa bagi ciri-ciri;

(g) keistimewaan atau keunikan warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi;

(h) nilai kumpulan suatu kelompok bangunan yang kepentingannya memenuhi mana-mana kriteria di atas;

(i) perwakilan sifat suatu warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi sebagai sebahagian daripada suatu kelas atau jenis warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi;

(h) apa-apa perkara lain yang relevan dalam menentukan kepentingan suatu warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi.

KRITERIA BAGI PERISYTIHARAN WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA

(a) Diwarisi dari generasi ke generasi;

(b) Dicipta semula oleh komuniti dan kumpulan secara berterusan sebagai respons kepada persekitaran mereka, interaksi dengan alam semula jadi dan sejarah dan memberikan mereka suatu perasaan identity dan kesinambungan;

(c) menggalakkan rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya dan kreativiti manusia;

(d) unik kepada Negeri Pulau Pinang;

(e) diamalkan atau dihormati selama beberapa generasi, walaupun telah pupus atau hamper pupus;

(f) kewujudan artifak yang berkaitan dengan amalan seperti pakaian, instrument dan alat;

(g) pemeliharaan dan perlindungannya akan memastikan aset budaya-sejarah kekal untuk selama-lamanya; atau;

(h) ia adalah suatu item penghargaan.

[Peraturan-peraturan 3 & 4 Warisan Negeri Pulau Pinang 2016]

 

{tab Proses Daftar Warisan Negeri| }

daftar1

{tab Borang Pencalonan Tapak Warisan| }

borang tapak wariasn

MUAT TURUN BORANG ( FORMAT PDF)

documents folder 48pxKLIK UNTUK MUAT TURUN

ISI SECARA ONLINE 

address book 48pxKLIK UNTUK ISI SECARA ONLINE

TAFSIRAN (Untuk rujukan pemohon dalam proses isi borang): KLIK UNTUK MUAT TURUN

 

{tab Borang Pencalonan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara| }

 

borang warisan tak ketara

MUAT TURUN BORANG ( FORMAT PDF)

documents folder 48pxKLIK UNTUK MUAT TURUN

ISI SECARA ONLINE 

address book 48pxKLIK UNTUK ISI SECARA ONLINE

 TAFSIRAN (Untuk rujukan pemohon dalam proses isi borang): KLIK UNTUK MUAT TURUN

 

{tab ANUGERAH CEMERLANG WARISAN SERATUS TAHUN PULAU PINANG | }

{tab-ex Pengenalan }
Anugerah Cemerlang Warisan Seratus Tahun di Pulau Pinang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mengiktiraf dan sebagai tanda penghargaan kepada entiti yang menunjukkan usaha cemerlang dan dedikasi dalam pembangunan Pulau Pinang dalam tempoh seabad yang lalu. 

 Anugerah ini dianjur oleh Pejabat EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif  Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PETACE) dan Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang sebagai Urusetia Pencalonan Anugerah.

 {tab-ex Kelayakan }
Pencalonan Anugerah ini terbuka kepada mana-mana organisasi, persatuan, masyarakat, institusi pendidikan, perniagaan, perkhidmatan atau kumpulan/entiti berkaitan yang telah ditubuhkan sekurang-kurangnya 100 tahun (sehingga tahun 2022) dan masih beroperasi pada masa pencalonan. 

{tab-ex Kriteria }

  1. Entiti yang dicalonkan merupakan entiti yang ditubuhkan di Pulau Pinang atau operasi utamanya adalah bertapak di Pulau Pinang.
  2. Entiti yang ditubuhkan di luar negara di mana operasinya berpangkalan di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 100 tahun turut memenuhi kriteria pencalonan. 

 {tab-ex Kaedah Pencalonan  }
Mana-mana individu atau kumpulan boleh menghantarkan pencalonan untuk organisasi, persatuan, masyarakat, institusi pendidikan, perniagaan, perkhidmatan atau kumpulan/entiti berkaitan sendiri atau dicalonkan oleh pihak lain, atau mencalonkan pihak lain. 

1. Muat turun borang pencalonan secara percuma. 

2. Lengkapkan borang dan sediakan dokumen sokongan untuk penyerahan.

3. Hantar dokumen berikut:

     a) E-mel ke info.pjw@penang.gov.my dengan tajuk “Permohonan Anugerah Cemerlang Warisan 100 Tahun Pulau Pinang”.

     b) Pos ke alamat:

          Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang
          Tingkat 18, KOMTAR, 
          10000 George Town, 
          PULAU PINANG 

 {tab-ex Tarikh Tutup  }
Semua borang pencalonan dan dokumen sokongan perlu dihantar kepada pihak Urusetia Pencalonan Anugerah selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 September 2022, jam 5.00 petang. Pendaftaran lewat tidak akan diterima. 

{tab-ex Proses Penilaian dan Pemilihan  }
Pencalonan akan dinilai oleh Panel Juri yang dipengerusikan oleh YB Yeoh Soon Hin, Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.  

Pihak Urusetia Pencalonan Anugerah akan berhubung dengan calon untuk mendapatkan maklumat tambahan jika perlu. 

{tab-ex Anugerah  } 
Setiap penerima Anugerah akan diberikan satu plak dan sijil. Penerima juga akan diberikan keutamaan dalam mana-mana aktiviti untuk mempromosikan pelancongan dan kebudayaan Pulau Pinang.

{tab-ex Penyampaian Anugerah  } 
Penerima Anugerah akan dijemput untuk menghadiri satu majlis penyampaian khas yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. 

{tab-ex Hubungi Kami  } 
Untuk maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke info.pjw@penang.gov.my atau hubungi 04-650 5764 (Urusetia Pencalonan Anugerah di Pejabat Warisan Negeri Pulau Pinang).

{tab-ex Borang Pencalonan }  

Versi Bahasa Malaysia : Klik untuk muat turun 

Versi Bahasa Inggeris : Klik untuk muat turun

Versi Bahasa Cina : Klik untuk muat turun

{/tabs}

Recommended Post

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tingkat 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel:+604-6505100
Faks : +604-2634940
Talian Aduan : +604-2634002
Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my

1757965
Capaian Bulan Ini:: 2,852
Capaian Keseluruhan: 1,757,965
  • Dikemaskini pada: 03 February 2026.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768