Lambang, Bendera, Lagu
LAMBANG
KOD WARNA DAN LAMBANG
Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula melambangkan empat (4) jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
BENDERA
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya Negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna Kuning tanda kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
LAGU
Untuk Negeri Kita
Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Kutaat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah jayalah
Negeriku yang kucinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita
Negaraku (Minus One) | {mp3} 1_lagu_kebangsaan_negaraku_minus_one{/mp3} | |
Negaraku (Vokal) | {mp3}2_negaraku_versi_penuh_diraja{/mp3} | |
Untuk Negeri Kita | {mp3}3_pulaupinang_vokal{/mp3} | |
Mutiara Pusaka-Unknown Artist | {mp3}4_mutiara_pusaka{/mp3} |