logo penang 2030

A A  Arial | PT Sans | Century
faq hubungi maklumbalas peta

 

suk penang logo

KRITERIA BAGI PERISTIHARAN TAPAK WARISAN

(a) Kepentingan sejarah atau hubungan antara warisan kebudayaan ketara atau tapak warisan semula jadi dengan warisan Negeri Pulau Pinang yang menggambarkan aspek penting masyarakat, ekonomi, budaya, sejarah, alam semula jadi, sains, agama, reka bentuk dan ciri-ciri estetik atau personaliti sejarah terkemuka;

(b) Reka bentuk warisan kebudayaan ketara yang mempunyai nilai-nilai estetik dalam bentuk seni bina, gaya, fabrik, hiasan atau ketukangan secara intrinsik;

(c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal yang mempamerkan contoh penting mengenai jenis atau teknik bangunan tertentu di Negeri Pulau Pinang;

(d) kepentingan ikatan sosial atau budaya masyarakat, komuniti, bangsa, atau etnik;

(e) potensi untuk mendidik, menggambarkan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berkaitan dengan warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi di Negeri Pulau Pinang;

(f) kepentingan dalam mempamerkan suatu kekayaan, kepelbagaian atau integrasi luar biasa bagi ciri-ciri;

(g) keistimewaan atau keunikan warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi;

(h) nilai kumpulan suatu kelompok bangunan yang kepentingannya memenuhi mana-mana kriteria di atas;

(i) perwakilan sifat suatu warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi sebagai sebahagian daripada suatu kelas atau jenis warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi;

(h) apa-apa perkara lain yang relevan dalam menentukan kepentingan suatu warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi.

KRITERIA BAGI PERISYTIHARAN WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA

(a) Diwarisi dari generasi ke generasi;

(b) Dicipta semula oleh komuniti dan kumpulan secara berterusan sebagai respons kepada persekitaran mereka, interaksi dengan alam semula jadi dan sejarah dan memberikan mereka suatu perasaan identity dan kesinambungan;

(c) menggalakkan rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya dan kreativiti manusia;

(d) unik kepada Negeri Pulau Pinang;

(e) diamalkan atau dihormati selama beberapa generasi, walaupun telah pupus atau hamper pupus;

(f) kewujudan artifak yang berkaitan dengan amalan seperti pakaian, instrument dan alat;

(g) pemeliharaan dan perlindungannya akan memastikan aset budaya-sejarah kekal untuk selama-lamanya; atau;

(h) ia adalah suatu item penghargaan.

[Peraturan-peraturan 3 & 4 Warisan Negeri Pulau Pinang 2016]

 

Recommended Post

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tingkat 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel:+604-6505100
Faks : +604-2634940
Talian Aduan : +604-650 5147

Aduan : https://epintas.penang.gov.my/
Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my

1898670
Capaian Bulan Ini:: 23,517
Capaian Keseluruhan: 1,898,670
  • Dikemaskini pada: 23 June 2026.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768