APA ITU WARISAN?
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007) telah menerangkan definisi warisan sebagai sesuatu yang diterima secara turun temurun oleh seseorang dengan sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi terdahulu.
KLASIFIKASI WARISAN NEGERI
TAPAK WARISAN
“apa-apa tapak warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi yang telah ditetapkan sebagai tapak warisan di bawah seksyen 18 Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.”
WARISAN KEBUDAYAAN KETARA
“termasuklah kawasan, monumen dan bangunan”

WARISAN SEMULA JADI
“termasuklah ciri-ciri semula jadi mana-mana kawasan yang terdiri daripada pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir pantai atau mana-mana tapak semula jadi yang mempunyai nilai yang menonjol dari pandangan semua jadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semula jadi termasuklah flora dan fauna di negeri Pulau Pinang.

WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA
“termasuklah mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi dan muzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan warisan masyarakat negeri Pulau Pinang”

.gif#joomlaImage://local-images/pggov/PGGOV (LATEST).gif?width=300&height=100)
