logo penang 2030

A A  Arial | PT Sans | Century
faq hubungi maklumbalas peta

suk penang logo

Piagam Pelanggan dan Laporan Pencapaian

Bil.

Piagam Pelanggan

1.

Mengendalikan insiden keselamatan bagi skop tindakan segera dalam tempoh kurang dari satu (1) jam dan skop tindakan lanjutan dalam tempoh tujuh (7) hari.

(BTMKN)

2.

Menyediakan maklumat digital atau peta yang dimohon selepas empat (4) hari bekerja dari tarikh persetujuan pelanggan.

(BTMKN)

3.

Membuka sistem e-Pingat untuk pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya bagi tempoh dua (2) bulan.

(BDUN)

4.

Keputusan MMK diedarkan tidak lewat daripada tujuh (7) hari setelah minit MMK disahkan.

(BDUN)

5.

Memproses permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan melalui Sistem e-Pengesahan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

(BPSM)

6.

Memberikan maklum balas bagi perkhidmatan sesi kaunseling (permohonan kali pertama) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.

(BPSM)

7.

95% projek di bawah P01 dilaksanakan mengikut jadual.

(BPEN)

8.

Proses penamatan dan pelantikan keahlian Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Pulau Pinang di selesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah menerima permohonan yang lengkap.

(BKP)

9.

Semua tempahan Auditorium milik Kerajaan Negeri akan disahkan dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum program berlangsung.

(BKP)

10.

Memproses baucar bayaran (bil dan tuntutan) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas dokumen lengkap diterima.

(BKP – SEKSYEN KEWANGAN)

11.

Permohonan Pinjaman Penuntut diproses dan diberi keputusan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup permohonan.

(BKP – UNIT PINJAMAN PENUNTUT)

12.

Mengeluarkan bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan borang permohonan lengkap.

(BMSN)

13.

Menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap aduan berkaitan pencerobohan Kawasan tadahan dan punca air dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

(BKSA)

14.

Pemulangan resit bayaran sewaan / pajakan tanah CMI dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh terimaan cek / makluman bayaran atas talian.

(CMI)

15.

Mengeluarkan kad dan surat jemputan majlis dalam masa lima (5) hari sebelum majlis bagi yang berjadual dan tiga (3) hari bagi majlis secara ad-hoc.

(BPMP)

16.

Pengurusan aduan dan pertanyaan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang diberi maklum balas dalam tempoh tiga belas (13) hari bekerja.

(UKKI – UNIT ADUAN)

17.

Laporan pemerhatian pengauditan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) bulan selepas pengauditan selesai.

(UAD)

18.

Melaksanakan pengesanan dan pengesahan ke atas aduan / maklumat yang diterima atau melaporkan kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab dalam tempoh sekurang – kurangnya empat (4) minggu.

(UI)

Tingkat 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel:+604-6505100
Faks : +604-2634940
Talian Aduan : +604-2634002
Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my

1193350
Capaian Bulan Ini:: 14,717
Capaian Keseluruhan: 1,193,350
  • Dikemaskini pada: 20 February 2024.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768