logo penang 2030

A A  Arial | PT Sans | Century
faq hubungi maklumbalas peta

 

suk penang logo

TEKS UCAPAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS 

  TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO’ SERI UTAMA  AHMAD FUZI BIN HAJI ABDUL RAZAK

YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG KE-8

PADA 1 MEI 2021 (SABTU) JAM 12:30 TENGAH HARI

DI ANJUNG MUTIARA, SERI MUTIARA

(KEDIAMAN RASMI TYT YANG DI-PERTUA  NEGERI PULAU PINANG)

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bismillahirrahmanirrahim

YABhg. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas

 Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang

Yang Berhormat Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang

Yang Berhormat Profesor Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

Yang Berhormat Dato Abdul Razak bin Jaafar

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Sahibus Samahah  Dato’ Seri Dr. Haji  Wan Salim Bin Wan Mohd Noor

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.

 1.      Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T dapat saya menghadiri majlis yang bersejarah dan sangat bermakna ini.  Di kesempatan ini, saya mengambil peluang menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah melantik saya sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-8.

2.      Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada YABhg. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dalam majlis ini.  YABhg. Tun adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat menjadi contoh tauladan kepada kita semua dalam mentadbir Negeri Pulau Pinang.  Banyak kejayaan telah dinikmati oleh Negeri Pulau Pinang di bawah naungan YABhg. Tun Abdul Rahman bin Haji Abbas.  Jasa dan pengorbanan YABhg. Tun akan sentiasa dikenang dan menjadi sanjungan sepanjang masa.

3.      Saya menyedari dan insaf betapa beratnya tanggungjawab jawatan ini untuk dipikul.  Bagi meneruskan perjalanan dan memacu Negeri Pulau Pinang ke arah yang lebih cemerlang, saya menyeru semua pihak, Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk berganding bahu membantu saya menjalankan tugas sebagai Ketua bagi Negeri Pulau Pinang dan bersama-sama menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh dedikasi dan komitmen yang jitu.

4.      Insya Allah dengan izin Allah S.W.T., saya akan berkongsi pengalaman saya sepanjang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam, Perniagaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan Tempatan dan Luar Negera, untuk menyumbang idea dan pengalaman bagi memajukan Negeri Pulau Pinang.  Saya juga membuka peluang kepada semua untuk memberikan pandangan dan buah fikiran untuk mencapai hasrat Kerajaan Negeri bagi menerajui Visi Penang2030.  “Penang2030 A Family – focused Green and Smart State that Inspires the Nation”.

 5.      Selaku anak kelahiran Pulau Pinang, saya juga berterima kasih dan bersyukur kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjaya menjadikan Pulau Pinang di antara negeri maju dan moden di Malaysia. Saya juga merasa dekat dan mesra dengan negeri yang bersejarah ini serta mempunyai kenangan yang sangat indah semasa membesar di sini.  Kini tibalah masanya pula saya membalas jasa dan berbakti terhadap negeri kelahiran saya. Walaupun lama merantau jauh ke negara orang, namun Pulau Pinang tetap di hati.

Sekian, terima kasih.

Wabilahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. 

 

Recommended Post

Tingkat 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel:+604-6505100
Faks : +604-2634940
Talian Aduan : +604-2634002
Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my

1201310
Capaian Bulan Ini:: 6,102
Capaian Keseluruhan: 1,201,310
  • Dikemaskini pada: 07 May 2024.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768