logo header ms

Majlis Sukan Negeri

::: Majlis Sukan Negeri (MSN)

 Alamat      :   Jalan Sultan Azlan Shah, Batu Uban, 11700 Pulau Pinang
 Telefon :   04-659 3713 / 659 3714 / 659 3715
 Faks  :   04-659 5996
 Laman web rasmi
 :  http://msnpenang.wordpress.com

 

:: Fungsi

Misi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ialah memantapkan jentera pentadbiran dan menyelaras badan-badan sukan di negeri Pulau Pinang untuk memajukan sukan dan meningkatkan taraf keunggulan atlet, di samping mengasah bakat individu yang berpotensi dalam bidang sukan serta menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam kemajuan sukan.

 

Seksyen Pengurusan & Kewangan

  • Menguruskan hal ehwal pengurusan dan kewangan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang merangkumi pengurusan menyeluruh terhadap operasi pentadbiran, pengurusan kenderaan, pusat latihan sukan, pengurusan acara beserta penyelarasan program sukan berbentuk komuniti dan penyertaan masyarakat.

 

Seksyen Atlet & Sains Sukan

  • Merancang, melaksana dan menyelaras program penyediaan atlet-atlet berprestasi tinggi dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri & agensi-agensi sukan yang berkaitan dalam memperkasakan penyediaan atlet-atlet negeri untuk diketengahkan di temasya sukan kebangsaan dan meningkatkan keberhasilan atlet-atlet cemerlang negeri sebagai 'feeder' kepada atlet kebangsaan.

Seksyen Pembangunan Sukan

  • Merancang, melaksana dan menyelaras program-program pembangunan kejurulatihan, kepegawaian dan organisasi sukan di Daerah Negeri Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya di Negeri Pulau Pinang.

 

update : 15 Julai  2019

  • Adakah Program AES Negeri Pulau Pinang membantu meningkatkan ekonomi negeri?

UNDIAN