Fungsi

::: Bahagian Kerajaan Tempatan

Alamat   :Paras 56, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) 10503 PULAU PINANG.

Telefon   :04-650 5374 / 650 5365 / 650 5379

Fax   :04-261 6402

::: Fungsi

 

FUNGSI UNIT KERAJAAN TEMPATAN

Mengawalselia dan menyelaras urusan pelaksanaan dasar dan polisi di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Menyelaraskan pelaksanaan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan

Mengawalselia dan memantau pelaksanaan dasar atau program di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

Menyediakan khidmat urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan yang dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir.

Menguruskan aktiviti-aktiviti ad-hoc yang diarahkan dari masa ke semasa

Menyelaraskan jawapan Dewan Undangan Negeri daripada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan

Menyelaraskan kertas MMK Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

 

FUNGSI UNIT PENGURUSAN LALU LINTAS

Mengawalselia dan menyelaras urusan pelaksanaan dasar dan polisi di antara Kerajaan Negeri berkaitan pengurusan lalu lintas, infrastruktur dan pengangkutan awam.

Menyediakan khidmat urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat berkaitan lalu lintas, infrastruktur dan pengangkutan awam yang dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas & Tebatan Banjir, Adun, Ketua Penolong Setiausaha (Kerajaan Tempatan)

Mengawalselia, memantau dan mengurus pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang dari segi polisi.

Mengawalselia, memantau dan mengurus pelaksanaan Bridge Express Shuttle Transit (BEST)

Mengawalselia, memantau dan mengurus aktiviti-aktiviti Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR)

Mengawalselia dan menyelaras Pelan Keselamatan Jalan Raya

Menyediakan khidmat urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat ad-hoc berkaitan pengurusan lalu lintas, infrastruktur dan pengakutan awam.

Mengganggotai mesyuarat-mesyuarat berkaitan pengurusan lalu lintas, infrastruktur dan pengangkutan awam di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengurus dan mengemaskini laman sesawang rasmi Pelan Induk Pengangkutan (PIP) dan memastikan aduan-aduan dikemukakan diteliti dan dijawab

 

FUNGSI PENANG TRANSPORT MASTER PLAN (SPV)

Kerajaan Negeri telah memulakan kajian PIP bermula semenjak tahun 2011 lagi melalui pelantikan Perunding AJC Planning Sdn Bhd dan Halcrow bagi menyediakan laporan PIP sebagai base data Pulau Pinang.

Kajian PIP ini telah diterima oleh Kerajaan Negeri sebagai dokumen rasmi pada 25 Mac 2013.

Bagi komponen lebuhraya dan pengangkutan awam, Kerajaan Negeri telah melantik 2 (dua) syarikat untuk melaksanakan projek-projek PIP iaitu Consortium Zenith yang telah dilantik pada 29 Oktober 2013 untuk melaksanakan tiga (3) projek lebuhraya (NCPR, Air Itam-LCE Bypass dan Gurney– LCE ByPass) dan Terowong Bawah Laut.

Manakala, SRS Consortium telah dilantik sebagai Project Delivery Partner (PDP) pada 14 Ogos 2015 bagi melaksanakan pembinaan jajaran LRT bermula dari Georgetown ke Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang dan Pan Island Link (PIL) bagi fasa pertama pelaksanaan.

Dalam komponen pembangunan institusi pula, pengwujudan Special Purpose Vehicle ini dilihat sebagai langkah permulaan dalam mengurus tadbir pelaksanaan PIP secara menyeluruh dan teratur sebelum satu organisasi khas akan ditubuhkan apabila semua projek PIP dalam peringkat pelaksanaan fasa pertama.

Special Purpose Vehicle adalah penting dalam pelaksanaan projek-projek infrastruktur berskala besar PIP ini memerlukan personel berkepakaran tinggi (technical team) bagi meneliti setiap komponen kerja pelaksanaan terutamanya pada peringkat rekabentuk terperinci (detail design). Menguruskan aktiviti-aktiviti ad-hoc yang diarahkan dari masa ke semasa

Peranan utama Special Purpose Vehicle adalah untuk menjadi pasukan teknikal khas bagi meneliti dan mengkaji semua proses pelaksanaan projek-projek PIP di Pulau Pinang.

 

FUNGSI UNIT PENGURUSAN SISA PEPEJAL (UPSP)

Menggubal dasar, program, strategi dan pelan tindakan pengurusan sisa pepejal negeri yang bersepadu dan kos efektif meliputi kutipan, pengangkutan,rawatan perantaraan dan pelupusan.

Menyelaras dasar pengurusan sisa pepejal Pihak Berkuasa Tempatan

Menetapkan standard, spesifikasi dan tata amalan dalam pengurusan sisa pepejal

Pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai melalui penganjuran kempen / pertandingan / bengkel / latihan berkaitan dasar seperti zero waste, 3R, seperation at source, waste to energy dan penjana sisa bayar.

Menilai laporan juruperunding dan mengkaji cadangan-cadangan untuk menambahbaikan sistem pengurusan sisa pepejal.

Menilai dan mengesyorkan teknologi yang sesuai kepada Kerajaan Negeri daripada cadangan-cadangan pihak-pihak tertentu dalam hal pengurusan sisa pepejal.

Menubuhkan pangkalan data bagi pengumpulan maklumat untuk dianalisa dengan tujuan mewujudkan dasar dari semasa ke semasa

Berhubung dan mewujudkan rangkaian (networking) dengan badan dan agensi tempatan dan antarabangsa dalam pengurusan sisa pepejal.

 

FUNGSI PENANG SMART DELIVERY UNIT (PSDU)

Menyediakan, mengawalselia dan menyelaras urusan pelaksanaan dasar dan polisi Kerajaan Negeri berkaitan telekomunikasi dan inisiatif Bandar Pintar.

Menyediakan khidmat urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat berikut:
- Majlis Pintar Pulau Pinang (Penang Smart Council)
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Telekomunikasi
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bandar Pintar
- Mesyuarat-mesyuarat lain mengenai telekomunikasi dan inisiatif Bandar Pintar.

Menyediakan Kertas MMK dan memanjangkan keputusan kertas MMK kepada pihak yang berkenaan.

Menyediakan maklumbalas MMK dan melaksanakan keputusan MMK berhubung telekomunikasi dan inisiatif Bandar Pintar.

Menyediakan jawapan bagi soalan berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sebarang aduan awam berkaitan telekomunikasi dan inisiatif Bandar Pintar.

Menghadiri dan mengambil tindakan susulan daripada mesyuarat berikut:
- Mesyuarat Sektor Pembangunan
- Mesyuarat Jawatankuasa Portal Kerajaan Negeri
- Mesyuarat e-Good Governannce (eGG)
- Mesyuarat Jawatankuasa Data Negeri
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
- Mesyuarat Jawatankuasa Camouflage
- Mesyuarat-mesyuarat lain mengenai telekomunikasi dan inisiatif Bandar Pintar.