HEBAHAN PELANCARAN SISTEM IDOF VERSI 4 : PENGURUSAN REKOD DAN FAIL SECARA ELEKTRONIK
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelancaran sistem iDoF Versi 4 (Sistem Pengurusan Rekod dan Fail secara Elektronik) di bawah peringkat Bahagian / Unit Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan dilaksanakan mulai 1 September 2022 secara atas talian di pautan http://idofv4.penang.gov.my/.
3. Bersama-sama ini dilampirkan poster Pelancaran Sistem iDoFv4 untuk makluman YBhg. Dato'/Tuan/Puan selanjutnya.
4. Perhatian YBhg. Dato'/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.