PERMOHONAN PEMBUKAAN TAMAN BOTANI PULAU PINANG MULAI 1 APRIL 2022

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas dan surat daripada YB, Rujukan: PSUKPP.MMK.11/700/024(2)22 bertarikh 31 Mac 2022 adalah berkaitan.

Untuk makluman, pihak pengurusan dengan mengambilkira faktor keselamatan pengunjung dan kawasan persekitaran taman serta beberapa faktor lain, telah menetapkan waktu pembukaan Taman Botani Pulau Pinang adalah pada jam 6.30 pagi dan ditutup pada jam 7.30 malam. Untuk makluman juga, tiada penetapan had bilangan pengunjung ke Taman Botani Pulau Pinang setelah Pulau Pinang beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.