PENANGGUHAN ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

 

Dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah berkenan supaya Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 yang akan diadakan pada 6 dan 7 Februari 2021 serta Sesi Penyerahan Pingat pada 8 hingga 11 Februari 2021 juga ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian.

Penangguhan ini adalah berikutan situasi semasa penularan wabak COVID-19 di Negeri Pulau Pinang serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri. 

Sekian terima kasih.

pingat