Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 ditukar daripada Sabtu, 6 Jun 2020 kepada Isnin, 8 Jun 2020.

Mulai tahun 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, Hari Keputeraan Baginda ialah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.