PERMINTAAN UNTUK CADANGAN (RFP)

Tawaran ini dibuka kepada pembida tempatan dan antarabangsa untuk menyertai Permintaan untuk Cadangan seperti berikut:-

TAJUK : REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) FOR THE DEVELOPMENT OF COASTAL RESORT AND SPA, NORTH EAST DISTRICT, PENANG, MALAYSIA 

TARIKH DIBUKA :1 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

TARIKH DITUTUP : 31 DISEMBER 2019 (SELASA)

Dokumen RFP tersebut boleh dimuat turun melalui laman sesawang Kerajaan Negeri Pulau Pinang di http://www.penang.gov.my/ mulai 1 November 2019.

Cadangan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertutup yang ditulis di bahagian sudut atas kanan 'Request for Proposal (RFP) for The Development of Coastal Resort and Spa, North East District, Penang, Malaysia'.

Cadangan hendaklah dihantar kepada Sekretariat, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI), Tingkat 47, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang, Malaysia sebelum atau pada 12.00 tengahari, 31 Disember 2019.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat CMI di talian 04 – 650 5711 / 04- 650 5679 atau emel kepada sitihajarabdulrahim@penang.gov.my.

Cadangan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.