Program PPA1M merupakan satu inisiatif Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki rumah mampu milik yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang kurang daripada harga pasaran. Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri atau Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak di bawah skim ini.  Unit PP1M, JPM bertindak sebagai agensi pelaksana dan juga penyelaras pelaksanaan program. Tugas unit tersebut termasuk merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan program. Sasaran unit PPA1M adalah untuk mencapai 100,000 unit yang siap dibina menjelang tahun 2018. Sebanyak 62,747 unit rumah telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPA1M yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang dibina di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila klik pautan ini perumahan penjawat awam 1malaysia.