Dimaklumkan bahawa tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipinda pada hari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada hari Sabtu minggu terakhir bulan Julai sepanjang 5 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  XV bermula dari tahun 2017 hingga 2021. Berikutan pindaan ini, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2017 akan disambut pada hari Sabtu, 29 Julai 2017. Untuk maklumat lanjut sila klik pautan ini :- INFO CUTI.