logo header ms

Soalan Lazim

Adakah kemudahan dan peralatan sukan dibawah seliaan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang terbuka kepada kegunaan orang ramai?

Kebanyakan pusat latihan dan peralatan sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang adalah untuk kegunaan atlet-atlet elit dan pelapis negeri yang menjalani latihan setiap hari. Atlet perlu memohon untuk menjadi seorang atlet negeri melalui Persatuan Sukan Negeri untuk sukan-sukan yang terbabit. Kemudahan sukan yang boleh disewa oleh orang ramai hanyalah Stadium Negeri Batu Kawan, Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah, Kompleks Sukan Titi Mukim dan Pusat Bina Diri Pantai Robina.

Apakah cara untuk menyalurkan sebarang aduan, pertanyaan, cadangan atau penghargaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri?

Sebarang aduan, pertanyaan, cadangan dan penghargaan kepada kerajaan negeri boleh dibuat dengan melayari laman web http://epintas.penang.gov.my/ atau dengan mengakses terus melalui portal ini di sebelah kiri laman utama (bahagian ePINTAS)

Apakah PEGIS?

Apakah yang dimaksudkan dengan Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Pulau Pinang?

Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Pulau Pinang merupakan tabung pinjaman berbentuk mikro kredit dengan dana permulaan sebanyak RM3 juta. Ia diwujudkan untuk membantu usahawan kecil dan menggalakkan golongan rakyat keterbawahan untuk menceburi bidang perniagaan sebagai usaha membasmi kemiskinan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertindak sebagai pengurus projek dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM).

Siapakah yang layak dikategorikan sebagai miskin tegar ?

Golongan miskin tegar adalah mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan iaitu RM500.00 dan pendapatan perkapita RM100.00

Bagaimanakah pendaftaran anak emas dilaksanakan ?

Anak emas boleh didaftarkan melalui borang permohonan yang telah diedarkan kepada Pejabat ADUN Pakatan Rakyat, Pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pejabat Daerah. Dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan di dalam borang permohonan wajib disertakan. Tempoh tuntutan adalah tidak lebih 2 tahun daripada tarikh kelahiran bayi tersebut dikemukakan.

Bilakah Hari Tanpa Beg Plastik dilancarkan?

Program Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Hari Isnin dilancarkan mulai 6 Julai 2009. Program ini telah dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1 Januari 2010. Pada tahun 2011, Pulau Pinang telah mencatatkan sejarah apabila menjadi negeri pertama di Malaysia melancarkan kempen “Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma” (No Free Plastic Bags Day).

Mengapa Hari Tanpa Beg Plastik diperkenalkan?

Hari Tanpa Beg Plastik merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuju ke arah sebuah Negeri Hijau dengan mengurangkan penggunaan beg plastik yang sukar dilupuskan dan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Kejayaan mengurangkan penggunaan beg plastik membolehkan Pulau Pinang mencapai wawasan menjadi negeri hijau pertama di Malaysia.

Bagaimanakah pendaftaran program penghargaan ibu tunggal dilaksanakan ?

Ibu tunggal boleh didaftarkan melalui borang-borang yang telah diedarkan kepada Pejabat ADUN Pakatan Rakyat, Pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pejabat Daerah. Pejabat Daerah akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti keadaan sebenar pemohon.

Bagimanakah data sosio-ekonomi Negeri Pulau Pinang boleh diperolehi?

Data sosio-ekonomi Negeri Pulau Pinang boleh diperolehi melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri dengan mengakses Info Penang. Bagi pemohon yang ingin mendapatkan data-data selain daripada data sediada di dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri, pemohon boleh menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di talian 04-650 5177 / 5548 / 5173

Bagaimana saya boleh menjadi seorang atlet negeri dan menyertai Sukan Malaysia yang diadakan setiap tahun?

Atlet perlu menghadiri sessi latihan yang dijalankan oleh pihak Persatuan Sukan Negeri. Sila berhubung dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bolehkah Kelab / Pertubuhan / Persatuan sukan memohon peruntukan pembiayaaan untuk menganjurkan sesuatu pertandingan atau kejohanan melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ?

Peruntukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang hanya dikhaskan kepada program pembangunan sukan atlet berprestasi tinggi dan persatuan-persatuan sukan negeri yang bernaung/berdaftar di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

  • Adakah anda mengasingkan sisa pepejal di premis anda?

UNDIAN