logo header ms

PEMBERITAHUAN PERTAMA/KEDUA/KETIGA LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) (JADUAL KEDUA) BAGI “CADANGAN KERJA PENEBUSGUNAAN TANAH DAN PENGOREKAN BAGI PENANG SOUTH RECLAMATION (PSR), PULAU PINANG”

psr2

Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang mengkaji Laporan EIA bagi cadangan projek yang dinyatakan di atas. Orang awam adalah dijemput untuk menyemak dan memberi ulasan bertulis berkenaan Laporan EIA yang dipamerkan di lokasi-lokasi yang disenaraikan seperti berikut:-

Jadual1 psr

Orang awam boleh meneliti Laporan EIA tersebut bermula daripada 29hb April 2019 hingga 28hb Mei 2019 pada waktu pejabat (8:00 pagi - 5:00 petang) dan mengemukakan maklum balas bertulis kepada Jabatan Alam Sekitar sebelum 12hb Jun 2019. Maklum balas bertulis tersebut hendaklah dikemukakan kepada:-

Ketua Pengarah

Ketua PengarahJabatan Alam Sekitar

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Aras 2, Podium 3, Wisma Sumber AsliNo. 25, Persiaran Perdana, Presint 4

62574 Putrajaya(U/p: Bahagian Penilaian Alam Sekitar – Urusetia EIA)

Tel : 03-8871 2000, Faks : 03-8889 1045

Orang awam boleh mendapatkan satu set Laporan EIA dengan harga RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Ringgit Sahaja) daripada Pakar Perunding EIA, Dr. Nik & Associates Sdn Bhd. Sila hubungi talian 03-4145 8888 atau faks kepada 03-4145 8877 untuk maklumat lanjut.

Orang awam juga boleh melayari laman web Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my/ laman web Perunding EIA di www.drnik.com.my atau laman-laman web Penggerak Projek di www.penang.gov.my dan www.pgmasterplan.penang.gov.my untuk merujuk Laporan EIA projek ini.

KLIK UNTUK PAPARAN VOL1

KLIK UNTUK PAPARAN VOL2

KLIK UNTUK PAPARAN VOL3

  • "Adakah anda mengetahui bahawa aduan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih ePintas?"

UNDIAN