logo header ms

Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri

::: Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri (BTMKN)

 Alamat      :   Paras 24, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),10503 PULAU PINANG
 Telefon :   04-650 5352
 Faks  :   04-263 6035

 

:: Fungsi

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (BTMKN) terdiri daripada tiga (3) seksyen utama yang menyokong fungsi teras Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP).

 

Seksyen Perancangan, Pembangunan dan Geospatial

1.      Unit Pembangunan dan Pengurusan Aplikasi (PPA)

    • Merancang, mengkaji keperluan, menganalisa, melaksanakan dan memantau Pembangunan Sistem Aplikasi
    • Menyelaras, memantau dan melaksanakan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi
    • Menyelaras, mengkaji keperluan, menganalisa, melaksanakan dan memantau Perkhidmatan Perluasan Aplikasi
    • Menyelaras, mengkaji keperluan, menganalisa, melaksanakan dan mengurus Portal Rasmi Kerajaan Negeri
    • Menyelaras, mengkaji keperluan, menganalisa dan memantau Pengurusan Laman Web Jabatan Negeri
    • Memantau dan melaksanakan Pengoperasian dan Pengukuhan Sistem
    • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan Urus Setia Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri dan Jawatankuasa Teknikal Portal Negeri

2.      Unit Pengurusan Strategik dan Pembudayaan ICT (PSPI)

    • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan Pengurusan Perancangan ICT
    • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan Pengurusan Permohonan Program/Projek ICT
    • Merancang dan mengurus Pengurusan Belanjawan ICT
    • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan Program Latihan dan Promosi ICT
    • Melaksanakan Penyelarasan MS ISO Pengurusan ICT
    • Menyelaras dan melaksanakan Pengurusan Naziran ICT
    • Melaksanakan Pengurusan Maklumat dan Perkhidmatan Multimedia/Gimik/Grafik
    • Menyelaras dan mengurus Pengurusan Pelajar Praktikal (Jurusan ICT)
    • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu eGG/Jawatankuasa Pemandu ICT, Jawatankuasa Pemandu Permohonan ICT (JPPICT) dan Mesyuarat Penyelarasan Kerja Bahagian

3.      Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (GIS)

    • Memperakukan, menyelaras dan melaksanakan penyebaran maklumat geospatial
    • Memperakukan, menyelaras dan melaksanakan aktiviti I Pengumpulan dan pengemaskinian dan analisa data-data geospatial
    • Melulus, menyelaras, dan melaksanakan khidmat bantuan penggunaan teknologi GIS
    • Memperakukan, menyelaras dan melaksanakan Penyelenggaraan dan peningkatan sistem GIS
    • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan Urus Setia Jawatankuasa Teknikal MyGDI Negeri

 

Seksyen Infrastruktur, Keselamatan dan Sokongan Teknikal

1.      Unit Keselamatan dan Rangkaian (KR)

    • Merangka, melaksana dan memantau Pengurusan Polisi dan Dasar Keselamatan ICT Negeri
    • Merancang, menganalisa, mengkaji keperluan, melaksana, mengurus, memantau dan menyelenggara Pengurusan Sistem Keselamatan ICT
    • Merancang, menganalisa, mengkaji keperluan, melaksana dan memantau Pengukuhan Keselamatan ICT
    • Menganalisa, melaksana dan memantau Pengendalian Insiden Keselamatan ICT
    • Merancang dan melaksana Pengurusan CERT Negeri dan Urus Setia Jawatankuasa CERT Negeri
    • Merancang, melaksana dan memantau Pengurusan ISMS
    • Merancang, melaksana dan memantau Pengurusan Pelan Pemulihan Bencana ICT/DRP
    • Merancang, mengkaji keperluan, menilai, menganalisa, mengurus, melaksana dan menyelenggara Pengurusan Rangkaian Kerajaan Negeri (PenangEG)

2.      Unit Operasi dan Sokongan Teknikal (OST)

    • Merancang, mengkaji keperluan, menilai, menganalisa, melaksana, menyelenggara dan memantau Pengurusan Infrastruktur dan Operasi Konsolidasi Server dan Server Fizikal.
    • Merancang, mengkaji keperluan, menilai, menganalisa, melaksana, menyelenggara dan memantau Pengurusan Infrastruktur Pusat Data Utama.
    • Merancang, mengkaji keperluan, menilai, menganalisa, melaksana, menyelenggara dan memantau Pengurusan Infrastruktur Pusat Pemulihan Bencana (DRC)
    • Merancang, menilai, menganalisa, melaksana, menyelenggara dan memantau Pengurusan eMel Rasmi Kerajaan Negeri
    • Mengurus, menganalisa, melaksana, memberi khidmat nasihat dan bantuan serta memantau Perkhidmatan Help Desk ICT dan Sokongan Teknikal
    • Merancang dan mengurus segala perkara berkaitan Pengurusan Aset Inventori dan Harta Modal ICT serta program sewaan.

 

Seksyen Pengurusan dan Pentadbiran

    • Merancang dan mengurus segala perkara berkaitan pengurusan sumber manusia
    • Mengurus hal ehwal pentadbiran BTMKN.
    • Mengurus jadual pergerakan, dan penyenggaraan kenderaan rasmi BTMKN.
    • Mengurus hal ehwal keselamatan pejabat dan pengurusan fail BTMKN.
    • Merancang dan mengurus segala perkara berkaitan pengurusan kewangan.
    • Merancang dan mengurus segala perkara berkaitan pengurusan Aset dan Inventori Pejabat.

 

update : 15 Julai 2019

  • Adakah Program AES Negeri Pulau Pinang membantu meningkatkan ekonomi negeri?

UNDIAN