logo header ms

Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang

::: Unit Perbadanan Ketua Menteri (CMI)

 Alamat      :    Paras 47, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),10503 PULAU PINANG
 Telefon :    04-650 5480 / 5679
 Faks  :    04-261 9935

 

::: Fungsi

1.      Merancang dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan CMI yang berpotensi menjana ekonomi negeri seperti:

    1. Projek Pelancongan (sukan, kesihatan, pendidikan, eko-pelancongan, warisan);
    2. Projek Infrastruktur (Perumahan, dewan serbaguna dan kemudahan-kemudahan lain);
    3. Projek Pertanian, Penternakan, Perikanan;
    4. Projek Pengangkutan Awam; dan
    5. Projek Telekomunikasi

2.      Mengurus dan memantau Pemberimilikan tanah kepada CMI dan mendapatkan hak Milik Sementara dari Pejabat Daerah Dan          Tanah (PDT) yang berkaitan.

3.       Merangka strategi untuk menjana pendapatan atau hasil melalui aset Kerajaan Negeri;

4.     Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Penilaian Harga bagi penyediaan Request For Proposal (RFP) / tender          /sebut harga dan melakukan penilaian semakan terperinci ke atas dokumen-dokumen tersebut.

5.      Menyedia dan membentangkan Kertas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk projek-projek berkaitan bagi                  mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

6.      Mengadakan mesyuarat rundingan dengan pelabur dari semasa ke semasa.

7.     Mewujudkan usaha sama dengan pihak penaja dan juga syarikat-syraikat yang menjalankan Corporate Social Responsibility         (CSR).

8.     Melaksanakan proses perolehan dan membuat pemantauan berkala ke atas pelaksanaan projek-projek pembangunan serta         menyediakan laporan yang berkaitan.

9.      Memantau perbelanjaan dan melaksanakan kajian terhadap projek pembangunan.

10.    Memantau projek serta mengadakan lawatan tapak secara berkala.

11.    Melaksanakan hal-ehwal pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan CMI dengan efisien dan efektif.

12.    Mengurus dan memantau kutipan hasil yang melibatkan sewaan atau pajakan aset-aset CMI (tanah dan bangunan).

13.    Mengawal selia inventori aset-aset CMI.

14.    Mengurus dan memantau unit-unit di bawah CMI seperti berikut:

    1. Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Fasa 1 dan 2);
    2. Perpustakaan Digital Butterworth (BDL);
    3. Georgetown Conservation and Development Corporation (GTCDC);
    4. Unit Arkeologi Negeri Pulau Pinang; dan
    5. Pusat Harmoni.
    6. Penang Islamic Digital Library (PIDL)

15.    Bertindak sebagai urusetia kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah yang melibatkan unit-unit di bawah CMI dan                           mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan.

 

::: Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) Dan Perpustakaan Digital Butterworth (BDL)

::: Fungsi

  1. Mentransformasikan kaedah dan konsep perpustakaan daripada tradisional kepada dunia digital pada masa kini.
  1. Menyediakan bahan bacaan elektronik seperti e-books dan e-magazine yang berfokuskan subjek Sains, Teknologi,    Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) untuk diakses kepada pengguna.
  1. Menyediakan khidmat nasihat dan latihan asas kepada pengguna berkaitan penggunaan aplikasi mudah alih PDL dalam mencapai maklumat dan pengetahuan melalui pengkalan data yang dilanggan.
  1. Menyediakan perkhidmatan bahan digital yang interaktif kepada pengguna menerusi pengkalan data digital dan boleh dicapai di dalam atau luar PDL.
  1. Menguruskan pendaftaran keahlian perpustakaan agar pengguna boleh mengakses kepada bahan-bahan digital yang disediakan.
  1. Menganjurkan aktiviti / program kepada pengguna mengikut peringkat umur dalam memperluaskan budaya pembacaan digital.
  1. Merangka strategi untuk PDL menjana pendapatan melalui yuran pendaftaran keahlian dan bayaran penyewaan ruang / bilik yang sedia ada.
  1. Menjalinkan hubungan pintar dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menyediakan maklumat yang terkini kepada pengguna.
  1. Memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh PDL adalah baik, cekap dan menyeluruh khususnya kepada penduduk Pulau Pinang dan Malaysia amnya.
  1. Mendekati komuniti di kawasan luar bandar bagi mengakses kepada bahan bacaan elektronik yang disediakan.
  1. Menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan seperti sekolah, IPTA dan IPTS dalam mengembangkan koleksi bahan bacaan elektronik.

 

::: Unit Arkeologi Negeri Pulau Pinang (UANPP)

::: Fungsi

 

  1. Menguruskan pembangunan dan pemuliharaan tapak warisan arkeologi yang terletak di Negeri Pulau Pinang seperti di Guar kepah, Kota Cornwallis dan Sia Boey.
  1. Memberi kerjasama kepada Panel Penasihat Arkeologi Guar Kepah dalam menguruskan pembangunan dan pembinaan Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah.
  1. Melaporkan secara terus kepada Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi semua urusan berkaitan tapak arkeologi di Pulau Pinang.
  1. Membuat perancangan pencarian tapak-tapak arkeologi lain di Pulau Pinang.
  1. Menguruskan pelantikan dan pemantauan sumber manusia termasuk latihan dan pembangunan anggota unit arkeologi.
  1. Membantu mewujudkan jalinan kerjasama di anatara Kerajaan Negeri dan jabatan/agensi yang berkaitan dengan urusan arkeologi di dalam dan luar negara.
  1. Mengendalikan urusan program/aktiviti berkaitan arkeologi dan mendapatkan sumbangan dari kerajaan, agensi, syarikat dan masyarakat umum di Pulau Pinang.

 

::: PUSAT HARMONI

::: Fungsi

Pejabat pengurusan dan pusat kegiatan kebajikan / keagamaan berkaitan agama selain islam

update : 5 Julai 2019

  • Adakah Program AES Negeri Pulau Pinang membantu meningkatkan ekonomi negeri?

UNDIAN