MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG (MSNPP)
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah organisasi yang menyampaikan perkhidmatan secara langsung kepada Persatuan-persatuan Sukan Negeri yang bernaung di bawahnya. Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan adalah merupakan salah satu strategi yang menyumbang kepada kejayaan atlet peringkat negeri dan negara yang berhadapan dengan persekitaran yang sangat kompetitif di antara negeri dan negara serantau yang lain.