logo penang 2030

A A  Arial | PT Sans | Century
faq hubungi maklumbalas peta

 

suk penang logo

e-Perundingan
 

e-Perundingan adalah usaha organisasi untuk menganjurkan sesi perundingan secara dalam talian dalam memberikan maklumat kepada rakyat. Antara inisiatif e-perundingan yang telah disediakan oleh Kerajaan adalah seperti berikut :

MyThought

myThought juga adalah satu ruang dimana rakyat Malaysia dapat menyumbangkan idea dan cadangan bagi meningkatkan lagi mutu penyampaian dan perkhidmatan Kementerian Sumber Manusia dalam menuju misi dan visi yang diamanahkan. Idea yang bernas dan boleh diketengahkan ini akan dijadikan landasan bagi segala cabang segi yang dapat menjamin kebajikan pekerja, majikan dan kesatuan.

http://app1.mohr.gov.my/mohrideas/

Hari Bertemu Pelanggan

Program ini adalah satu inisiatif yang diadakan untuk membuka ruang seluasnya kepada masyarakat dalam menyalurkan aduan serta mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Antara agensi yang telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan secara dalam talian adalah:

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

https://epelanggan.jpa.gov.my/#!/

Kementerian Sumber Manusia (MOHR)

https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/latest-articles-2/958-hari-bertemu-pelanggan-ksm

Bank Idea Belia

Satu program yang telah dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dijadikan medium yang tepat bagi belia menyalurkan pendapat, idea, isu dan permasalahan. 

Sesi Bajet Konsultasi

Mendapatkan pandangan daripada pihak Swasta, NGO, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan, Institusi Kewangan dalam menghasilkan bajet tahunan negara. (Proses dilakukan secara manual dan dapatan akan dipaparkan di portal).

Unified Public Consultation (UPC)

Kerajaan telah menubuhkan satu portal Unified Public Consultation (UPC) untuk memudahkan penglibatan pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan. UPC menyediakan kemudahan perundingan pengawalseliaan kepada rakyat melalui laman web tunggal. UPC juga akan menyumbang dalam meningkatkan komitmen Kerajaan terhadap akauntabiliti, ketelusan dan inklusif.

Maklumat lanjut berhubung UPC boleh dilayari di http://upc.mpc.gov.my

Sumber dari Portal Malaysia Gov

Recommended Post

Tingkat 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel:+604-6505100
Faks : +604-2634940
Talian Aduan : +604-2634002
Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my

1201564
Capaian Bulan Ini:: 6,356
Capaian Keseluruhan: 1,201,564
  • Dikemaskini pada: 07 May 2024.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768