logo penang 2030

A A  Arial | PT Sans | Century
faq hubungi maklumbalas peta

 

suk penang logo

 tyt

TEKS UCAPAN PERASMIAN

 

TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO' SERI UTAMA

AHMAD FUZI BIN HAJI ABDUL RAZAK

YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

SEMPENA HARI KEDAMAIAN ANTARABANGSA

(INTERNATIONAL DAY OF PEACE)

“CYCLE THE WORLD, CYCLE FOR PEACE”

PADA 21 SEPTEMBER 2021 (SELASA)

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada semua Duta Kedamaian (Peace Ambassador).

1.      Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Penang Harmony Corporation (HARMONICO), di atas kesudian untuk menjemput saya, bagi merasmikan Program “Cycle The World, Cycle For Peace”, sempena menyambut Hari Kedamaian Antarabangsa.

2.      Pada tahun 1981, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memutuskan suatu resolusi Hari Kedamaian Antarabangsa, atau pun “International Day of Peace”, sempena Perasmian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun tersebut.

3.      Semenjak itu, Hari Kedamaian Antarabangsa telah disambut di seluruh dunia pada 21 September setiap tahun, sebagai hari tanpa keganasan.

4.      Malaysia merupakan sebuah negara di mana kepelbagaian budaya, kaum dan agama telah menjadi suatu aset yang utama kepada kita semua.

5.      Saya berasa bangga, terutamanya bagi Negeri Pulau Pinang, yang telah mengambil langkah proaktif untuk menganjur inisiatif PEACE, sempena hari yang penuh bermakna ini.

6.      Dengan sepenuh hati, saya memberi sokongan penuh kepada inisiatif ini, dan berharap agar Pulau Pinang akan menjadi “role model”, dalam mempromosikan kedamaian dan keharmonian bagi Negara Malaysia.

7.      “Recovering better for an equitable and sustainable world”, merupakan tema Sambutan Hari Kedamaian bagi tahun ini.  Ianya amat bersesuaian dengan situasi pandemik COVID-19 yang kita hadapi sekarang.

8.      Justeru itu, marilah kita berganding bahu, bagi memulihkan negara kita dengan belas kasihan (compassion), murah hati (kindness) dan dengan penuh harapan (hope), serta usaha bersama untuk menentang keganasan, sama ada secara fizikal atau pun secara maya.

9.      Sempena dengan sambutan ini, HARMONICO akan menganjurkan Program “Cycle The World, Cycle For Peace”.

10.    Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pertubuhan Keagamaan, organisasi serta individu-individu yang telah menunjukkan semangat dalam menyokong inisiatif ini.

11.    “Peace is a journey of a thousand miles and it must be taken one step at a time”. Demikian petikan daripada Lyndon B. Johnson, Presiden Amerika Syarikat yang ke-36.

12.    Program “Cycle The World, Cycle For Peace”, di mana kita bertekad untuk mengelilingi permukaan bumi, dalam satu (1) pusingan berjumlah 40,075km, sebagai tanda usaha dan sokongan padu kita kepada inisiatif ini.

13.    Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang terlibat, kayuh dengan selamat dan pastikan anda semua terus mematuhi SOP yang ditetapkan. 

14.    Di kesempatan ini juga, saya juga ingin mengucapkan :                           

“Selamat Menyambut Perayaan Kuih Bulan”

“Zhong Qiu Jie Kuai Le” atau

“Happy Mid-Autumn Festival”.

15.    Maka dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Program “PEACE 21: Cycle The World, Cycle For Peace”.

Sekian, terima kasih.

Recommended Post

Tingkat 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel:+604-6505100
Faks : +604-2634940
Talian Aduan : +604-2634002
Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my

1201555
Capaian Bulan Ini:: 6,347
Capaian Keseluruhan: 1,201,555
  • Dikemaskini pada: 07 May 2024.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768