logo penang 2030

A A  Arial | PT Sans | Century
faq hubungi maklumbalas peta

suk penang logo

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)
 [ENAKMEN 16]

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

  1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

  2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti berikut:

1.  Puan Farah Farhana binti Mod Ma'asum

     Talian Terus : 04- 650 5631
     E-mel          : farahfarhana@penang.gov.my

 

2 . Encik Roshidi bin Mohd Zin

     Talian Terus : 04- 650 5662
     E-mel          : roshidi@penang.gov.my

 

Kaunter Pembayaran bagi Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) dibuka di kaunter tingkat 3 dan akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5 petang. 

::: Muat Turun Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014

::: Muat Turun dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

::: Muat Turun Pautan Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI)

::: Muat Turun Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI)

::: Muat Turun Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

::: Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat Geospatial) 2021, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Recommended Post

Tingkat 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel:+604-6505100
Faks : +604-2634940
Talian Aduan : +604-2634002
Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my

1193358
Capaian Bulan Ini:: 14,725
Capaian Keseluruhan: 1,193,358
  • Dikemaskini pada: 20 February 2024.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768