1. KEANGGOTAAN JKKK
1.1 Keanggotaan JKKK dihadkan kepada 20 orang termasuk Pengerusi Dan Setiausaha. Di samping itu keanggotaan ini hendaklah juga merangkumi 2 wakil wanita dan 2 wakil belia dan dalam masyarakat berbilang kaum seorang daripada ahlinya hendaklah daripada kaum minoriti.
1.2 Pengerusi dan semua ahli JKKK adalah dilantik oleh Y.A.B Ketua Menteri berasaskan perakuan Jawatankuasa Permilihan JKKK Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.
2. KRITERIA PERLANTIKAN JKKK
2.1. Pengerusi JKKK
Seorang calon Pengerusi JKKK perlulah memenuhi syarat-syarat perlantikan seperti berikut :-
2.1.1 Bermastautin dalam kawasan yang berkenaan ;
2.1.2 Tempoh perkhidmatan ialah selama 2 tahun tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Permilihan ;
2.1.3 Mempunyai kebolehan mengurus dan mentadbir ;
2.1.4 Orang yang dihormati dan disegani oleh penduduk kampung dan
2.1.5 Tidak pernah didapati bersalah kerana sesuatu kesalahan jenayah.
Walau apapun syarat-syarat di atas, Y.A.B. Ketua Menteri boleh melantik sesiapa juga yang tidak mempunyai sebahagian daripada kelayakan tersebut.
2.2 Ahli-ahli JKKK
Ahli-ahli JKKK perlulah memenuhi syarat-syarat perlantikan seperti berikut :-
2.2.1 Ahli JKKK hendaklah terdiri daripada orang yang dianggap mewakili lapisan atau “ cross section “ penduduk yang tinggal di kawasan itu.
2.2.2 Tempoh perkhidmatan ialah selama 2 tahun. Tempoh perkhidmatan ini boleh dilanjutkan dengan perakuan daripada Jawatankuasa Permilihan JKKK Peringkat Daerah.
2.2.3 Ahli JKKK mesti bermastautin di dalam kawasan berkenaan.
2.2.4 Perkhidmatan Ahli JKKK adalah secara sukarela. |