spacer
Info Penang Kerajaan Negeri Penang Maju E-Khidmat Pusat Media
Menu Menu Menu Menu Menu Menu INTRA@GOVPG
Spacer
| Bahasa Malaysia
Carian
Spacer
Ebayar
Spacer
Login
ID Pengguna  
Kata Laluan

| |
Spacer
Spacer
Info Penang > Sejarah
Sejarah

Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di Georgetown yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre. Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuhraya Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (kemudiannya dipanggil Lebuh Chulia) dan Lebuhraya Pitt.

Di dalam kawasan ini rangkaian jalan-jalan dibina secara bersegi-segi menurut sistem blok perumahan dengan jalan-jalan kecil melintang di antara satu sama lain. Rangkaian jalan-jalan yang telah dibina masih kekal hingga ke hari ini. Jalan tunggal yang dibawa ke pedalaman Pulau Pinang jalan-jalan Pinang. Kawasan di sebelah selatan Lebuhraya Malabar dikhaskan untuk perkampungan Melayu. Di sini satu tapak luas dikhaskan bagi sebuah masjid berhampiran dengan persimpangan ialah Pitt dan Lebuhraya Malabar.

Dalam pemerintahan Captain Light pekan yang dibina ltu berpaya dan berlumpur tanpa satu sistem perparitan yang baik. Kawasan bandar pada ketika itu diduduki oleh orang-orang keturunan Asia dalam kampong-kampong yang kotor. Manakala pendatang- pendatang dari Europa tinggal di kawasan-kawasan yang lebih selesa dan bersih.

Sehingga tahun 1807 bandar Georgetown dilingkungi oleb sebatang parit besar yang mengalir dari laut di bahagian utara mengikut Jalan Transfer dan Jalan Maxwell yang ada sekarang lni sehingga ke laut di bahagian timur bandar. Pada ketika ltu Lebuhraya Beach sebenarnya terletak di bahagian pantai. Kerja-kerja menebusguna tanah telahpun bermula pada awal tahun tahun 1880. Aktiviti lni telah menambahkan luasan tanah bagi Pulau Pinang yang juga membawa kepada beberapa masalah perundangan dari segi usaha meluaskan muara sungai. Pada ketika ini masalah ini masih wujud sebagai "Weld Ouay Question".
 

 
Tarikh akhir kemaskini: 04/02/2010
 
 

Hakcipta © penang.gov.my 2005
 
 Chinese(Simplified)  Arabic  Japanese  Korean  German  French
Berfungsi dengan Mozilla Firefox sahaja
footer
 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Paras 25, Komtar, 10503 Pulau Pinang.
Tel: 04-262 1957 Faks: 04-261 3203