Pilihan Warna : default red contrast
A- A A+
Log Masuk Daftar

Log masuk ke akaun anda

Cipta akaun

Ruangan yang bertanda (*) wajib diisi.
Emel *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • merdeka 57 BM
  • hari malaysia bm
  • bannercat
  • e2psm
  • web
  • banner ebayar
info-trafik  info-solat  info-cuaca 

Pulau Pinang Bulan Ini

  • St. Anne’s Novena & Feast 2014

     

    Tarikh :25 Julai – 3 Ogos 2014 stAnneMasa : 7pm - 11 pm
    Tempat : St Anne’s Church Bukit Mertajam
    Hubungi : 04-538 6405
    Emel : stanne@stannebm.com
     

  • Festival Hungry Ghost

    Tarikh :27 Julai – 24 Ogos 2014
    ghostTempat : Pulau Pinang

  • Pertandingan Malaysia International Lion Dance On Stilts

    Tarikh : 9 - 10 Ogos 2014 lion
    Masa : 1pm - 7 pm
    Tempat : Megamall Shopping Complex
    Hubungi : 016-4111000

  • StAnne
  • Ghost
  • GTFestival
  • lion

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 18 April 2012

WALAUPUN PENGGUNAAN AIR DOMESTIK DITURUNKAN SEBANYAK 6 LITER PER KAPITA (3.2 BILION LITER) KEPADA 285 L/C/D PADA 2011, PULAU PINANG MASIH JAUH KEBELAKANG DALAM PENGGUNAAN PURATA NASIONAL 203 L/C/D.

Buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun, Pulau Pinang telah mencatatkan penurunan dalam penggunaan air domestik. Pada tahun 2010, penggunaan domestik per kapita ialah 291 liter/kapita/hari (l/c/d) berbanding dengan purata nasional sebanyak 203 l/c/d/ Pada tahun 2011, penggunaan domestik per capita Pulau Pinang adalah 285 l/c/d. Ini adalah bersamaan dengan pengurangan sebanyak 1.9% atau 3.2 bilion liter.

Sebagai negeri yang mempunyai penggunaan air domestik per kapita di Malaysia pada tahun 2010, Pulau Pinang perlu sedaya-upaya untuk mengurangkan pembaziran air dan penggunaan air. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkata bahawa Pulau Pinang mengalami penggunaan air tertinggi kerana Pulau Pinang menikmati tarif air yang terendah dan tidak menghargai air.

Tarif air domestik Pulau Pinang (purata RM0.31 bagi setiap 1,000 liter untuk 35,000 liter pertama sebulan) adalah yang terendah di Malaysia. PBAPP mensubsidi RM58.9 juta pada tahun lepas untuk memastikan Pulau Pinang menikmati tarif air yang terendah di Malaysia. Terdapat 100% liputan bekalan air di kawasan bandar dan 99.7% liputan bekalan air di kawasan luar bandar di Pulau Pinang pada tahun lepas.

NGO telah mengkritik Kerajaan Negeri kerana enggan menaikkan tarif air dan juga berkata bahawa Surcaj Pemuliharan Air (WCS) yang dikenakan ke atas mereka yang telah membazirkan air adalah tidak mencukupi. Pada November 2010, PBAPP memperkenalkan Surcaj Pemuliharaan Air (WCS) sebanyak RM0.24 untuk setiap 1000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan untuk membendung pembaziran air domestik.

Walaupun kami boleh menerima kritikan oleh NGO bahawa tarif air dan WCS adalah terlalu rendah dan tidak mencukupi, penurunan sebanyak enam liter per orang per hari tetap signifikan kerana ia adalah penggurangan penggunaan domestik per kapita yang pertama sejak tahun 2004. Walaupun mencapai penurunan 6 liter per kapita dalam penggunaan air domestik (3.2 bilion liter) kepada 285 l/p/d pada tahun 2011, Pulau Pinang masih jauh ketinggalan dalam penggunaan purata negara sebanyak 203 l/c/d. Walaupun 285 l/c/d pada tahun 2011 adalah kurang daripada 291 l/c/d pada tahun 2010, kita masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan pada tahun 2011. Untuk peringatan kepada semua, sasaran kita untuk 2011 adalah 233 l/c/d.

Tiada Peningkatan Tarif Air untuk Memastikan bahawa Pulau Pinang Terus Menikmati Tarif Air Terendah di Malaysia tetapi Surcaj Pemuliharaan Air (WCS) Mungkin Akan Dinaikkan Jika Penggunaan Air Tidak Dikurangkan Secara Ketara

Orang ramai mesti menyedari bahawa Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mengalami kekurangan air. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi jaminan bahawa tidak akan meningkatkan tarif air untuk memastikan Pulau Pinang terus menikmati kadar tarif air terendah di Malaysia. Walau bagaimanapun, WCS mungkin akan dinaikkan jika tiada pengurangan ketara dalam penggunaan air. 1.6 juta rakyat Pulau Pinang digesa untuk menggunakan air secara lebih bijak di rumah (layari pba.com.my bagi tips penjimatan air) dan sekiranya tidak berbilion ringgit diperlukan untuk membina sumber air baru, takungan dan stesen pam serta meletakkan tambahan paip bagi memastikan air dapat disalurkan kepada semua.

Selain menawarkan tarif air yang terendah di Malaysia, PBAPP juga sangat cekap. PBAPP mencatatkan kehilangan air yang terendah melalui kecurian air dan kebocoran paip dengan Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) sebanyak 18.4 % di Pulau Pinang pada tahun 2011. Pencapaian ini adalah lebih baik berbanding dengan purata nasional NRW bagi 2010 iaitu sebanyak 36.2%.

Inisiatif utama PBAPP yang lain adalah untuk menggurangkan penggunaan air di Pulau Pinang pada masa akan datang untuk menggalakan pemasangan alat-alat penjimatan air (WSD) yang dapat mengurangkan penggunaan air secara automatik. WSC adalah termasuk sistem penjimatan pancuran air (heads, handsets dan sistem kawalan), peralatan paip (heads, sinki, bibs and mixers) dan sistem tandas (sistem dwi-siram, tangki curahan dan bidet) serta mesin basuh dan mesin membasuh pinggan.

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mengubah Pulau Pinang menjadi bandaraya bertaraf antarabangsa, pihak berkuasa air hendaklah menggunakan penanda aras antarabangsa. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada PBAPP atas kejayaan memenangi anugerah bertaraf antarabangsa ““WaterLinks” untuk “Best Water Operator Partnership” pada 2011 bersama-sama dengan PDAM Tirta Musi Palembang di Indonesia.

Waterlinks mewakili Persatuan Air Antarabangsa (IWA), Bank Pembangunan Asia (ADB), dan Agensi Amerika Syarikat bagi Pembangunan Antarabangsa (USAID). PBAPP membantu PDAM INQPHARM Musi untuk memperbaiki bekalan air yang berterusan dan meningkatkan akses kepada air minuman yang selamat untuk faedah 150, 000 penghuni dan kebolehsediaan bekalan air telah dinaikkan daripada 12 jam sehari kepada 24 jam sehari di Palembang.

LIM GUAN ENG

 

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
Prev Next

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar k…

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi Sesi Akademik Pertama 2014/2015 peringkat Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf Dibuka Mulai 1 September 2014 sehingga ... Baca Lagi..

KEPUTUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PENUNTUT N…

Keputusan permohonan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang Sesi 2014/2015 telah dibuka. Semakan status permohonan boleh dibuat melalui Laman  https://epp.penang.gov.my/ Baca Lagi..

TAWARAN PENGECUALIAN FAEDAH BAGI SEMUA P…

    Mulai dari 1 September 2014 hingga 31 Disember 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan Pengecualian Faedah bagi peminjam-peminjam yang bersetuju menyelesaikan keseluruhan baki ... Baca Lagi..

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu D…

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu Dalam Jamuan Rasmi Kerajaan Muat Turun Untuk Maklumat lebih lanjut Baca Lagi..

RFP- PROJEK JALAN DAN PENGANGKUTAN AWAM …

  KERAJAAN NEGERI PULAU PINANGBahagian Kerajaan Tempatan (BKT) NOTIS PERMOHONAN CADANGAN (RFP) (KOD : LGD / RFP-PDP / 1 / 2014) Tawaran ini dibuka kepada syarikat tempatan dan antarabangsa un... Baca Lagi..

MAKLUMAT TERKINI PINJAMAN PENUNTUT NEGER…

Senarai Peminjam Tegar sehingga Ogos 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Paling Tegar sehingga Ogos 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Tamat Bay... Baca Lagi..

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, B…

Dimaklumkan bahawa Harijadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kali ke-76 secara rasminya disambut pada 12 Julai 2014 (Sabtu) bersamaan 14 Ramadan 1435H. Berikutan sambutan Harijadi... Baca Lagi..

Makluman Penutupan Sementara Empangan Me…

Makluman Penutupan Sementara Empangan Mengkuang Kepada Orang Awam Tapak Pembinaan Empangan Baru (lembah sebelah kiri) telah diserahkan kepada kontraktor pada 1hb Ogos 2011 untuk kerja-kerja pembinaan... Baca Lagi..

aduan

maklumbalas

Undian

Larangan bagi pekerja asing daripada memasak di gerai-gerai penjaja di Pulau Pinang dapat memastikan makanan penjaja kegemaran kita akan kekal sama serta mengekalkan rasa unik dan asli Pulau Pinang