Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 2.jpg
  • BACKGROUND 3.jpg
  • BACKGROUND 5.jpg
  • BACKGROUND 6.jpg
  • BACKGROUND 7.jpg
  • BACKGROUND 8.jpg
  • BACKGROUND 9.jpg
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • catkerja
  • isejahterabi
  • merdeka 1
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • Autobots 1
    Date: 19 July 2015 - 17 September 2015
    Time: 12.00pm (noon) - 12.00pm (midnight), (Monday to Friday)
              : 9.00am - 12.00pm (midnight), (Sat, Sun and public holidays)
    Venue: The Esplanade, George Town City, Penang

  • PTAC 1
    The Penang Teachers Art Circle 51st Anniversary Exhibition 2015

    This year The Penang Teachers Art Circle (PTAC) will be celebrating its 51st Anniversary which includes an Art Exhibition with an Art
    Appreciation Programme "Jom, Bersukaria dengan Seni" for childrens of all ages.


    Duration of the Exhibition: 1st until 17th September 2015
    Time: 9am until 5pm (Open Daily except Friday & Public Holidays)
    Venue: Penang State Art Gallery, 3rd Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street,
    10200, Penang
    Official Opening : 5th September 2015 (Saturday)
    Time: 5.00 pm

Ucapan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

Sempena Majlis Pelancaran Buku

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas : Sebuah Memoir

9 Julai 2012


Terlebih dahulu marilah kita sama-sama melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Pelancaran Buku Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas : Sebuah Memoir.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff bagi menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Buku Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas : Sebuah Memoir. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat berbangga terhadap penerbitan buku ini dan kami amat hargai segala apa jua jasa, sumbangan dan bantuan yang dihulurkan oleh Tuan Yang Terutama Tun selama ini kepada pembangunan negeri.Kami berbangga kerana Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berdua terus menjadi payung kepimpinan kepada Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini.

Tuan Yang Terutama Tun, Yang Amat Berbahagia Toh Puan, Yang Berhormat, Dato’-dato’, Datin-datin, tuan- tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan ingin memaklumkan bahawa dalam tempoh pemerintahan Tuan Yang Terutama Tun, negeri ini berada dalam keadaan aman, harmoni dengan rakyat yang bersatu padu dan hidup dalam suasana penuh muhibbah. Ekonomi Negeri Pulau Pinang juga berada dalam keadaan yang stabil walaupun terdapat kesan-kesan kemelesetan ekonomi dunia tetapi pelabur-pelabur masih berkeyakinan untuk terus beroperasi di negeri ini.

Saya percaya dengan perancangan yang baik dan usaha yang gigih serta tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi, negeri ini akan bertambah maju dan dengan kepimpinan yang ada segala cabaran dan rintangan akan dapat diatasi demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat keseluruhan. Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan rakyat sentiasa bersatu padu, hormat menghormati dan bekerja sama di antara satu sama lain serta berusaha kuat bersama-sama dengan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sedia ada untuk memajukan lagi kemakmuran negeri Pulau Pinang.

Pentadbiran Kerajaan Negeri juga amat menyanjung tinggi sikap mengambil berat Tuan Yang Terutama Tun yang sentiasa mendampingi seluruh lapisan masyarakat. Sepanjang saya mengenali Tuan Yang Terutama Tun, saya amat menghormatinya dan beliau seorang yang disegani. Perwatakannya sentiasa ceria, rendah diri dan suka ketawa. Beliau amat meminati bidang kesusasteraan dan sering berseloka dan menceriakan suasana semenjak dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri sehinggalah dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri.

Sempena hari bersejarah dan penuh bermakna ini, saya dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri serta rakyat negeri Pulau Pinang ingin mengambil peluang menzahirkan ucapan tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang kerana Berjaya menerbitkan buku kenang-kenangan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas : Sebuah Memoir.

Akhir kata, saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat negeri ini sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas khidmat bakti dan keperihatinan Tuan Yang Terutama Tun dalam menerajui pemerintahan negeri ini. Kami berdoa agar Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Berbahagia Toh Puan serta keluarga sentiasa mendapat kerahmatan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian serta hidup aman bahagia dan sejahtera selalu hendaknya.

Sekian, terima kasih.



  • 1
  • 2
  • 3
Prev Next

Semakan Status Permohonan iBITA melalui …

Kemudahan semakan status permohonan iBITA boleh dibuat melalui perkhidmatan mySMS. Perkhidmatan ini boleh digunakan mulai 27 Julai 2015. Read more

Senarai Nama Peminjam Habis Bayar Bagi B…

Klik di sini untuk muat turun senarai nama Peminjam Habis Bayar Read more

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG …

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)  [ENAKMEN 16]   Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi m... Read more

Is the rate imposed under the Penang Freedom of Information Enactment (FOI) reasonable?

Poll

Enforcement of clamping carried out by the Local Authorities has reduced traffic congestion in Penang?

mobile fb twit yutube flickr feed