Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 2.jpg
  • BACKGROUND 3.jpg
  • BACKGROUND 5.jpg
  • BACKGROUND 6.jpg
  • Persidangan Dun en
  • banner BI KOMUNITI
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • penang muzium

    Penang State Museum will be celebrating the 50th anniversary from 27th April to 3rd May 2015, 9am - 6pm at No.57, Macalister Road.
    In conjunction with the celebration, lots of interesting and fun activities will be conducted.


    -FREE ADMISSION-

  • Digital Copy of Multimedia Exhibition, Penang   updated 1 2 Page 1
    DATE : 19th April - 3 May 2015
    TIME : 10.00 a.m - 6.00 p.m
    VENUE : Penang Town Hall, Padang Kota Lama, Georgetown
    -FREE ADMISSION-

  • night at macalister 57 vol3

    Penang State Museum will conduct the "A Night At No.57 Macalister Vol.III" Program on the 1st and 2nd May 2015 at No.57 Macalister, Georgetown, Penang.
    Form can be download at official website of Penang State Museum. http://www.penangmuseum.gov.my








  • pertanian bumbung limaDATE: 12-14 May 2015
    TIME : 8 a.m - 5 p.m
    VENUE: Institute Pertanian Bumbung Lima, Kepala Batas
    FREE ADMISSION

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 9.12.2012

Janji Berkembar Perdana Menteri Untuk Membina Monorail Dan 20,000 Unit Perumahan Mampu Milik Hanya Jika BN Menawan Balik Pulau Pinang Adalah Percubaan Jelas Untuk Membeli Undi Dan Mendedahkan Kegagalan BN Untuk Menetapi Janji Dahulu.

Janji berkembar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina monorail dan 20,000 unit perumahan mampu milik hanya jika BN menawan balik Pulau Pinang adalah percubaan jelas untuk membeli undi dan mendedahkan kegagalan BN untuk menetapi janji dahulu. Saya rasa pengundi Pulau Pinang tidak akan terkagum atas dua sebab.

Pertama, janji-janji seperti ini adalah di bawah naungan kuasa kerajaan Persekutuan dan ia merupakan tanggungjawab awam untuk menyediakan perumahan awam dan pengangkutan awam daripada kutipan cukai yang diterima, termasuk daripada rakyat Pulau Pinang. Kedua, janji-janji ini bukan janji baru kerana ia sudah pun dijanjikan dahulu, khususnya oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri semasa Tahun Baru Cina 2006.

Jika BN telah gagal untuk memenuhi janji untuk membina monorail apabila mereka berkuasa di peringkat Persekutuan serta negeri pada tahun 2007, apakah jaminan bahawa BN akan menepati janji mereka jika mereka berjaya menawan balik Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Malah dalam penyediaan perumahan mampu milik, BN telah gagal dengan teruk

Pada tahun 1984, kerajaan BN telah memperolehi 330 ekar tanah di Bertam, Kepala Batas pada harga RM5.1 juta untuk Kementerian Pertahanan dengan janji untuk membina perumahan untuk keluarga-keluarga kakitangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 28 tahun kemudian, janji tinggal janji dan kawasan tersebut telah menjadi ladang kelapa sawit yang disewa kepada syarikat kroni BN pada harga rendah RM7,000 sahaja dan bukan perumahan mampu milik seperti yang dijanjikan.

Tindakan Najib untuk memberi janji bersyarat untuk membina hanya jika BN menang kuasa menunjukkan bahawa beliau tidak bertindak sebagai Perdana Menteri untuk semua tetapi sebagai Perdana Menteri untuk BN. Penetapan syarat ke atas janji-janji ini mendedahkan bahawa beliau tidak menghormati hak demokratik rakyat untuk memilih wakil rakyat dengan bebas tanpa ugutan atau sogokan. Ini merupakan satu lagi kes "you help me, I help you" yang disebut oleh Najib semasa pilihan raya kecil Sibu yang telah ditolak oleh pengundi Sibu dengan memberi kemenangan tidak dijangka kepada DAP.

Najib harus belajar daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah menyelesaikan masalah yang berlarutan selama 27 tahun yang dialami 103 keluarga di Rumah Pangsa Mak Mandin di Butterworth semalam. 103 keluarga itu telah mendiami Rumah Pangsa Mak Mandin pada tahun 1985 dan dijanjikan rumah kos rendah sebagai ganti oleh kerajaan negeri BN. Seperti janji-janji BN yang lain, ia tidak ditunaikan sejak 1985.

Ramai daripada 103 keluarga itu telah membayar penuh harga rumah kos rendah. Sejumlah RM1,160,899 telah dibayar oleh kebanyakan 103 keluarga tersebut. Semalam saya telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyelesaikan kemelut 27 tahun itu dengan memberi bukan sahaja 103 unit dengan percuma tetapi dengan mengembalikan dengan penuh duit yang telah dibayar kepada kerajaan negeri untuk pembelian rumah kos rendah.

Dalam kata lain, kerajaan negeri tidak menetapkan syarat kepada 103 keluarga tersebut bahawa rumah dan wang hanya akan diberi jika PR memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Sebaliknya, tidak kira sama ada PR menang atau kalah, 103 keluarga tersebut akan mendapat rumah percuma dan wang mereka kembali.

Inilah perbezaan antara PR dan BN. BN mengamalkan kaedah tidak demokratik dan bersyarat "you help me, I help you", manakala PR membantu rakyat tanpa syarat sebagai tanggungjawab kerajaan berjiwa rakyat.

Tambahan pula, kerajaan BN harus malu kerana gagal membina perumahan mampu milik yang mencukupi di Pulau Pinang. Hanya 70 Projek Permaan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah sewa akan dibina di Pulau Pinang oleh kerajaan Persekutuan, iaitu jumlah yang paling kecil di antara semua negeri di Malaysia.

Malah Kerajaan negeri PR menawarkan 2 ekar tanah primer di Jalan SP Chelliah untuk percuma bagi pembinaan PPR pada awal Ogos tahun ini tetapi tidak menerima maklumbalas. Kerajaan negeri telah pun memutuskan untuk membina 300 unit rumah mampu milik untuk masyarakat Melayu Bumiputera dengan menggunakan Tabung Bumiputera Pulau Pinang.

Adakah Najib hanya boleh membuat janji bersyarat untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik jika BN menawan baik Pulau Pinang apabila bajet kerajaan Persekutuan adalah 250 kali lebih besar berbanding bajet kerajaan negeri? Apabila kerajaan negeri boleh berjanji untuk membina 18,000 unit tanpa syarat tidak kira sama ada PR memang atau kalah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, tidakkah patut Najib menjanjikan bukan 250 kali lebih tetapi sekurang-kurangnya 5 kali lebih atau 100,000 unit?

LIM GUAN ENG


  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Prev Next

PENGUMUMAN HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI…

PENGUMUMAN HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI PULAU PINANG PADA 7 MEI 2015 Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju memutuskan bahawa hari Khamis, 7 Mei 2015 diumu... Read more

Live Broadcast of The First Meeting of t…

The First Meeting of the Second Session of the Thirteenth Legislative Assembly of the State of Penang will be held on 19 May 2014 to 23 May 2014.Follow the live broadcast via http://pentv.net Read more

Jadual Persidangan Dewan Undangan Negeri…

Jadual Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 30 April 2015 sehingga  15 Mei 2015.     Read more

MAKLUMAN PERTUKARAN ALAMAT URL LAMAN WEB…

Dimaklumkan bahawa selaras dengan penarafan Bandaraya yang diterima oleh Majlis, alamat url yang baru bagi Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah seperti berikut :-  http://www.mbpp... Read more

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG …

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)  [ENAKMEN 16]   Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi m... Read more

1GovSearch Logo

aduan en

maklumbalas en

Poll

If the public transportation in Penang is efficient, then more people in Penang will be able to afford houses for not assigning additional expenses for private vehicles