Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR

CEMERLANG SPM TAHUN 2011

DI DEWAN SRI PINANG PADA 6 MEI 2012

 

YB Dato’ Haji Abdul Halim Hussain, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

YB Dato' Mansor bin Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

YB Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri 2

Yang Berhormat Dato’ Haji Farizan Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

YB Dato' Haji Muhammad Yusoff bin Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

YB Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Jait, Pegawai Kewangan Negeri

YB Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan KOMTAR

YB Tuan Haji Abdul Malik Kassim, Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan merangkap Ahli DUN Batu Maung

YB Tuan Lim Hock Seng, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli DUN Bagan Jermal

Encik Pauzi bin Omar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Peperiksaan yang mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

Ketua-Ketua Jabatan

Pengetua-Pengetua & Guru-Guru Sekolah

Pegawai Pelajaran Daerah

Wakil-Wakil Media

Pelajar-pelajar dan ibu bapa

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancarnya.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya mengalu-alukan kehadiran 343 pelajar cemerlang SPM tahun 2011 ke majlis yang serba ringkas tetapi amat bermakna ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang diperolehi hasil daripada usaha gigih dan tekun yang telah berjaya dilaksanakan selama ini serta dorongan dan sokongan yang tidak pernah jemu daripada para guru dan ibu bapa.

Ini merupakan tahun ke- 4 majlis seumpama ini diadakan sejak Kerajaan Negeri mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Pulau Pinang pada tahun 2008.

Daripada jumlah 343, seramai 59 orang pelajar mendapat keputusan semua A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil, 250 orang pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran (kombinasi A+ dan A sahaja) manakala 28 orang pelajar memperolehi minima 10A (kombinasi A+ dan A, dan selebihnya A-). Kalau tahun lepas kita beri RM250 sahaja kepada semua pelajar yang memperolehi A+ dalam semua mata pelajaran tetapi tahun ini kita naikkan RM50 menjadikan jumlah sebanyak RM300. Begitu juga untuk kategori-kategori lain seperti kategori pelajar terbaik. Sebelum ini kita hanya beri RM150 tetapi tahun ini kita naikkan sebanyak sekali ganda menjadikannya sebanyak RM300.Ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa peka dengan tuntutan arus kehidupan zaman kini selaras dengan konsep kerajaan berjiwa rakyat yang sentiasa menjaga kebajikan anak-anak tempatan tanpa mengira latar belakang, kaum dan jantina.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM91,700 untuk diagihkan mengikut kategori termasuk pelajar terbaik mengikut kategori, pelajar istimewa (khas) dan sekolah terbaik. Peruntukan ini semakin meningkat dari tahun ke ke tahun di mana pada tahun 2008, kita hanya memperuntukkan RM32, 000 , diikuti tahun 2009 sebanyak RM61, 300 dan tahun 2010 sebanyak RM55, 950.

Walaupun Pulau Pinang dipinggirkan daripada memperolehi bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, kemampuan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk mengadakan majlis-majlis sedemikian membuktikan Kerajaan Negeri mempunyai sumber kewangan yang secukupnya. Kita masih boleh menjalankan program-program kebajikan berikutan pengurusan sumber kewangan yang cekap dan efisien.

Lebihan bajet yang dicapai setiap tahun sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada tahun 2008 adalah urus tadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Kita telah meneruskan pemberian tahunan RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan OKU, serta bayaran “one-off” RM1,000 kepada waris apabila mereka meninggal dunia. Kita juga memberi RM1,000 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan. RM200 untuk setiap bayi baru lahir di Pulau Pinang bermula tahun 2011. Dan yang terbaru kita akan memberikan sumbangan RM100 kepada pelajar-pelajar yang memasuki Tahun 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4. Sememangnya, wang yang diperolehi adalah 100% dari sumber yang halal hasil kempen anti-rasuah.

Di hadapan saya adalah muka-muka pemimpin pada masa hadapan. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin dalam bidang ekonomi, kejuruteraan dan kedoktoran tetapi juga dalam bidang kepimpinan dan pentadbiran. Satu aspek yang ingin saya tegaskan di sini ialah tidak kira apa jua bidang yang diceburi, para pelajar perlu sentiasa ada nilai dan prinsip serta yang paling penting ialah integriti.

I know that all of you desire to take up careers that can make you wealthy quickly. That is normal and I encourage your to do so. But remember that wealth is not everything. There is something more important than wealth, which is health. What is the point of being rich if you do not have the health to enjoy it. The state government has looked after your health by refusing to allow any Lynas rare earth plant to operate in Penang. And also not allowing any nuclear power generators proposed by the Federal government(2) to be built in Penang.

Just as there is more important things in life than money, the same applies for running a state or a country. Is a rich or poor country determined solely by its wealth, natural resources or cash reserves? No, apart from wealth the people must also be allowed to live with dignity to enjoy it. What is the use of having money if you do not have human dignity to enjoy basic freedoms such as freedom of religion, freedom of speech, freedom from corruption and freedom of peaceful assembly? If a country does not enjoy these basic freedoms, it is a poor country despite its great wealth, which is the reason why Libya overthrew Muammar Gadaffi. Of course if you do not have money, you are still poor.

The ideal situation is for a rich country that is not only rich in wealth but also rich in freedoms that allows people to live with dignity. Penang has strived for the last four years to be successful not only financially but also in freedoms and human dignity. For the first time in history, Penang became No. 1 in attracting investments in Malaysia in 2010, To prove that this achievement was not a fluke but a fact, Penang repeated its champion performance again in 2011. During the last 2 years, Penang contributed towards 30% of Malaysia's FDI despite being the 2nd smallest state in Malaysia.

But it is not only about wealth. Penang's success is also driven by granting basic freedoms with a Freedom of Information Act, a Speakers' Square for freedom of speech as well as freedom after speech and pressing for local government elections. Penang is intent on being cleaner, greener, safer and healthier to allow Penangites to live with dignity. Perhaps this is why again for the first time in  Malaysian history, George Town Penang is a more liveable city than Kuala Lumpur. In 2011, ECA International listed George Town Penang as the most liveable city in Malaysia. Again proving that beating Kuala Lumpur was no fluke but a fact, Penang repeated that in 2012.

Selama 4 tahun kita telah membuktikan walaupun menghadapi kesukaran dan kesulitan, sebuah kerajaan yang bersih dapat melakukan lebih baik daripada kerajaan yang sentiasa mengamalkan rasuah. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berpegang teguh dengan integriti. Kita telah buktikan dengan pentadbiran yang bersih, kejayaan dapat dikongsi bersama dengan rakyat.

Di majlis ini juga Kerajaan Negeri turut memberikan pengiktirafan kepada 3 buah sekolah terbaik di sekitar negeri Pulau Pinang yang dipilih berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Sekolah. Syabas kepada sekolah- sekolah tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dalam usaha untuk terus memajukan anak-anak bangsa kita.

Akhir kata, saya ingin mengingatkan pelajar-pelajar yang bahawa perjalanan hidup masih jauh. Setiap kejayaan bermula daripada langkah pertama. Jangan lupa khidmat dan usaha daripada guru-guru. Oleh itu, hayatilah setiap detik perjalanan ini dengan semangat yang jitu, penuhkan dada dengan iltizam yang tinggi dan tingkatkan usaha kerana hari esok tidak menjanjikan kejayaan tanpa usaha.

Semoga hari esok menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan kita harap kesemua pelajar cemerlang ini akan terus berjaya dan pulang ke Pulau Pinang untuk mencurahkan bakti

Sekian, terima kasih.