Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • hari malaysia bi
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • banner ebayar bi
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • Lantern Festival



    Date :8 September 2014
    lantern festivalTime : 8pm - 12 pm
    Venue : Insa Dunia, Kampung Baru, Bukit Mertajam
    Contact : 012-473 3648
    Organiser : Persatuan Hainan Seberang Perai
  • Navratri Festival

    Date : 25 September – 4 October 2014
    Time : 6pm - 10 pm
    navaratriVenue : Penang
    Organiser : Penang Hindu Endowment Board
    Contact : 04-650 5215
  • Nine Emporer Gods Festival

    Date : 24 September - 2 October  2014
    nine emperorVenue : Rumah Berhala Tow Boo Kong, Burmah Road, Maccalum St Gauht, Jelutong, Nordin Street, Farlim, Butterworth, Bukit Mertajam
    Website : http://www.towbookong.org.myContact : 04- 650 5136  

  • Ghost
  • Navarathiri
  • Nine Emperorl

KENYATAAN AKHBAR OLEH Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG,

KETUA MENTERI PULAU PINANG

TARIKH DICADANGKAN : 16 OGOS 2011


Tindakan Terhadap Peminjam Tegar Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian besar daripada pendidikan mereka di Pulau Pinang. Permohonan pinjaman penuntut boleh dipohon secara onlinemelalui portal Kerajaan Negeri mulai 2 Mei hingga 31 Julai setiap tahun.

Lembaga Biasiswa dan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat bertarikh 15 Ogos 2011 telah meluluskan perkara berikut:

  1. Permohonan baru Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2011/2012 berjumlah 353 orang seperti dilampiran dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1,359,500.00.

  2. Perbenlanjaan tanggungan iaitu bayaran untuk penuntut lama semester 2 sesi 2011/2012 seramail 238 orang yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM472,250.00.

Sehingga 15 Ogos 2011, seramai 6,429 peminjam yang komited dan bertanggungjawab telah menyelesaikan sepenuhnya bayaran balik pinjaman penuntut. Walau bagaimanapun, masih terdapat seramai 1,564 peminjam yang dikategorikan sebagai peminjam tegar dikenal pasti gagal menyelesaikan pinjaman mereka dengan jumlah tunggakan sebanyak RM6,870,806.68. Menurut kamus dewan edisi keempat, tunggakan bermaksud hutang atau ansuran yang belum dijelaskan atau baki hutang yang seharusnya dibayar.

Kegagalan membayar balik pinjaman mengikut jadual yang telah ditetapkan menjejaskan peluang pinjaman kepada peminjam lain di masa hadapan. Wang bayaran balik ini digunakan semula untuk memberi pinjaman kepada penuntut yang akan menyambungkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan juga PhD.

Berdasarkan rekod dari tahun 2008 hingga 2011 seramai 31 peminjam telah diluluskan pertukaran pinjaman kepada biasiswa dengan jumlah RM 305,500.00 kerana mendapat prestasi cemerlang dengan Kelas Pertama iaitu CGPA 3.67. Jumlah pertukaran pinjaman adalah seperti berikut :-

TAHUN

BIL. PEMINJAM

JUMLAH (RM)

2008

15 orang

128,500.00

2009

5 orang

35,500.00

2010

8 orang

100,500.00

2011

3 orang

41,000.00

 

Selain itu, Kerajaan Negeri juga prihatin kepada peminjam-peminjam yang menghidap penyakit kritikal dengan memberi pengecualian khas bayaran (dengan permohonan). Sejak tahun 2008 hingga 2011 seramai 6 orang telah diluluskan dengan jumlah RM43,003.03.

Sehubungan itu, saya menyeru agar semua peminjam tegar dan penjamin mereka dapat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman masing-masing. Kerajaan Negeri memberikan tempoh sehingga 30 September 2011 kepada peminjam tegar yang masih gagal untuk menyelesaikan bayaran pinjaman sebelum tindakan diambil dengan mengiklankan nama mereka beserta penjamin dalam akhbar-akhbar tempatan. Selanjutnya, tindakan undang-undang akan diambil jika peminjam-peminjam tegar berkenaan masih tidak melunaskan pinjaman mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif untuk memberi pengecualian daripada membayar faedah pinjaman kepada peminjam yang dapat menyelesaikan keseluruhan pinjaman secara sekaligus.

Bagi memudahkan urusan menyemak status pinjaman, peminjam boleh melayari portal Kerajaan Negeri atau terus menghubungi Unit Pinjaman Penuntut di Tingkat 29 KOMTAR di talian 04-6505627/5599/5165/5391.

Sekian, terima kasih.

Lim Guan Eng



1) LAPORAN KUTIPAN

Pecahan kutipan mengikut tahun adalah seperti berikut :-

TAHUN

JUMLAH KUTIPAN (RM)

2008

6,987,763.89

2009

4,925,117.67

2010

3,652,092.21

2011 (sehingga Julai)

2,107,767.35

2) LAPORAN TUNGGAKAN

Jumlah tunggakan mengikut jadual seperti berikut :-

TAHUN

JUMLAH TUNGGAKAN (RM)

2008

13,722,929.58

2009

10,660,256.59

2010

9,008,291.21

2011 (sehingga Julai)

8,280,346.50

3) LAPORAN PERTUKARAN PINJAMAN KE BIASISWA

Berdasarkan rekod dari tahun 2008 hingga 2011 seramai 31 peminjam telah diluluskan pertukaran pinjaman kepada biasiswa dengan jumlah RM 305,500.00 kerana mendapat prestasi cemerlang dengan Kelas Pertama iaitu CGPA 3.67. Jumlah pertukaran pinjaman adalah seperti berikut :-

TAHUN

BIL. PEMINJAM

JUMLAH (RM)

2008

15 orang

128,500.00

2009

5 orang

35,500.00

2010

8 orang

100,500.00

2011

3 orang

41,000.00

 

TINDAKAN PENYELESAIAN

1. Pihak pentadbiran ini sentiasa meningkatkan usaha dalam mengambil tindakan kutipan dan penguatkuasaan ke atas peminjam-peminjam yang gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman.

2. Pelbagai cara untuk membuat kutipan balik tunggakan tersebut. Antaranya ialah mengeluarkan notis-notis tunggakan, tindakan undang-undang, paparan nama-nama peminjam dalam poster, iklan di Portal Kerajaan, lawatan ke rumah peminjam, carian alamat melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian-Kementerian Malaysia dan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta menghubungi dan menghantar notis kepada penjamin-penjamin peminjam.


  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
Prev Next

PERKHIDMATAN MYSMS GOVPG 15888 BARU : SE…

Semakan Status Aduan ePINTAS boleh dibuat dengan perkhidmatan sms bagi aduan yang dibuat mulai September 2014.Untuk semakan, sila taip :GOVPG SEMAKADU <NO ADUAN> & SMS KE 15888cth.: GOVPG SE... Read more

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar k…

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi Sesi Akademik Pertama 2014/2015 peringkat Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf Dibuka Mulai 1 September 2014 sehingga ... Read more

KEPUTUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PENUNTUT N…

Keputusan permohonan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang Sesi 2014/2015 telah dibuka. Semakan status permohonan boleh dibuat melalui Laman  https://epp.penang.gov.my/ Read more

TAWARAN PENGECUALIAN FAEDAH BAGI SEMUA P…

    Mulai dari 1 September 2014 hingga 31 Disember 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan Pengecualian Faedah bagi peminjam-peminjam yang bersetuju menyelesaikan keseluruhan baki ... Read more

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu D…

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu Dalam Jamuan Rasmi Kerajaan Muat Turun Untuk Maklumat lebih lanjut Read more

RFP-ROADS AND PUBLIC TRANSPORT PROJECTS …

  PENANG STATE GOVERNMENTLocal Government Division (LGD) REQUEST FOR PROPOSAL NOTICE (KOD : LGD / RFP-PDP / 1 / 2014) The offer is made to local and international companies to participate in ... Read more

aduan en

maklumbalas en

Poll

Banning foreigners from cooking our favourite hawkers' food will ensure that the authentic and unique Penang flavour is retained