Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • maal hijrah bi
  • sukan suk bi
  • SSR S STAR BI
  • ANUGERAH COMPLAINT BI
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • banner ebayar bi
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • Lantern Festival



    Date :8 September 2014
    lantern festivalTime : 8pm - 12 pm
    Venue : Insa Dunia, Kampung Baru, Bukit Mertajam
    Contact : 012-473 3648
    Organiser : Persatuan Hainan Seberang Perai
  • Navratri Festival

    Date : 25 September – 4 October 2014
    Time : 6pm - 10 pm
    navaratriVenue : Penang
    Organiser : Penang Hindu Endowment Board
    Contact : 04-650 5215
  • Nine Emporer Gods Festival

    Date : 24 September - 2 October  2014
    nine emperorVenue : Rumah Berhala Tow Boo Kong, Burmah Road, Maccalum St Gauht, Jelutong, Nordin Street, Farlim, Butterworth, Bukit Mertajam
    Website : http://www.towbookong.org.myContact : 04- 650 5136  

  • Ghost
  • Navarathiri
  • Nine Emperorl

UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA HARI INOVASI

6 OKTOBER 2010 @ 8.30 PAGI DI AUDITORIUM A, KOMTAR

TEMA: KREATIVITI DAN INOVASI KE ARAH TRANSFORMASI YANG DINAMIK


Yang Berhormat Dato Haji Abdul Halim bin Hussain
Speaker Dewan Undangan Negeri

Yang Berhormat Dato Mansor bin Othman
Timbalan Ketua Menteri I

Yang Berhormat Tuan Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri II

Yang Berhormat Dato Haji Zainal Rahim bin Seman
Setiausaha Kerajaan Negeri

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Yang Berhormat Dato Faiza binti Zulkifli
Penasihat Undang-Undang Negeri

Yang Berhormat Dato Haji Farizan bin Darus
Pegawai Kewangan Negeri

Ketua-ketua Jabatan Negeri

Rakan-rakan Media

Para hadirin yang saya hormati sekalian

Selamat pagi dan Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur kerana menjayakan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2010 dan Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009. Hari Inovasi disambut bagi menandakan kepentingan budaya kreativiti dan inovasi di agensi-agensi Kerajaan dan juga bagi meraikan pemenang Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009, penyampaian sijil Star Rating dan MS ISO 9001:2008 dan juga penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) 2009 kepada Jabatan/Agensi yang mencapai tahap pengurusan kewangan yang sangat baik.

2. Peningkatan tahap kesedaran orang ramai tentang hak-hak mereka terhadap kerajaan dan perkhidmatan yang disediakan memaksa perkhidmatan awam untuk mengubah cara bekerja, berfikir dan perlu bertindak dengan lebih agresif. Lantas ia memerlukan penjawat awam yang sentiasa berpandangan jauh, terbuka, kreatif, inovatif dan sentiasa berani membawa perubahan bagi meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan. Tumpuan terhadap produktiviti dan output semata-mata pada hari ini sudah tidak relevan lagi. Produktiviti kini haruslah digabungkan bersama kreativiti dan inovasi yang mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan Perkhidmatan Awam Malaysia. Saya berpendapat bahawa tema Hari Inovasi pada tahun ini iaitu Kreativiti Dan Inovasi Ke Arah Transformasi Yang Dinamik adalah amat bertepatan dengan keperluan dan cabaran semasa yang perlu sama-sama kita tempuhi pada hari ini.

3. Bagi menterjemahkan usaha modenisasi Perkhidmatan Awam ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah bagi mengukur keberkesanan dan kualiti sistem perkhidmatan yang disampaikan. Antaranya ialah Sistem Star Rating (SSR), pelaksanaan standard MS ISO dan Anugerah Kualiti Sektor Awam. Sistem Star Rating (SSR) merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam. SSR telah menetapkan kriteria-kriteria tertentu yang merangkumi agensi secara menyeluruh bagi mencapai tahap piawaian yang tinggi. Melalui SSR, setiap kelemahan akan dapat dikesan dan dikaji penambahbaikannya.

4. Saya difahamkan bahawa Pasukan Inspektorat Star Rating MAMPU telah menilai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 14 - 17 Disember 2009. Tahniah saya ucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kerana berjaya memperolehi 4 Bintang. Saya juga difahamkan bahawa hanya terdapat 6 SUK yang memperolehi 4 Bintang iaitu SUK Penang, SUK Perak, SUK Melaka, SUK Sarawak, SUK Selangor dan SUK Terengganu. Saya dimaklumkan bahawa Pasukan Inspektorat Star Rating MAMPU akan menilai semua Pejabat Daerah dan Tanah tahun hadapan. Oleh itu, saya menyeru agar semua Pejabat Daerah dan Tanah membuat persediaan awal mulai dari sekarang.

5. Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 di agensi-agensi Sektor Awam diharap akan dapat merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan agensi-agensi Sektor Awam yang cekap, telus dan mengutamakan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan serta dapat mengurangkan karenah birokrasi.

6. Kerajaan telah membuat keputusan supaya MS ISO 9000 dilaksanakan di semua agensi melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1996 bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam. MS ISO 9000 merupakan satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) sesebuah agensi. Standard MS ISO 9000 juga merupakan blueprint bagi melaksanakan inovasi dalam tindakan penambahbaikan dan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu agensi.

7. Tahniah kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana telah berjaya mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2008 pada 18 Jun 2010 daripada SIRIM. Saya difahamkan terdapat 22 proses utama yang telah dipersijilkan yang merangkumi 6 Bahagian/Unit di PSUKPP. Bahagian/Unit yang terlibat adalah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Perumahan, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit DUN/Protokol dan Unit Kewangan.

8. Saya turut difahamkan bahawa PSUKPP sedang ke arah persijilan MS ISO 9001:2008 bagi semua proses utama yang akan meliputi semua Bahagian dan Unit di PSUKPP. Atas kejayaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperolehi sijil MS ISO 9001:2008, semua Jabatan/Agensi di Pulau Pinang disarankan untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di Jabatan masing-masing.

9. Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang dilaksanakan setiap tahun oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah satu platform bagi jabatan-jabatan kerajaan di Pulau Pinang untuk bersaing secara sihat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan memangkin usaha-usaha peningkatan mutu kerja dan produktiviti sektor awam di negeri ini.

10. Pemberian anugerah-anugerah ini bertujuan mengiktiraf dan menghargai komitmen dan kebolehan agensi-agensi awam di Pulau Pinang untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam melalui daya inovasi dan kreativiti serta amalan budaya kerja yang cemerlang.

11. Laporan Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2010 oleh Malaysia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Malaysian Administration & Modernisation Planning Unit (MAMPU) melaporkan hasil penemuan ke atas 1,145 portal dan laman web agensi kerajaan seluruh Malaysia telah dinilai dan dianalisa oleh MDeC bagi tahun 2010. 80% daripada kriteria penilaian yang digunakan adalah berdasarkan kriteria global Brown University/Brooking Institution. Daripada angka tersebut, sebanyak 101 portal/laman web agensi telah mendapat penarafan 5 bintang pada tahun 2010.

12. Syabas dan tahniah kepada Pejabat SUK kerana Portal Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan antara portal yang telah mencapai tahap 5 Bintang dan berada di kedudukan (ranking) ke 6 laman web dan portal sektor awam terbaik di Malaysia. Prestasi perolehan bintang bagi Jabatan/agensi negeri yang lain adalah 4 jabatan/agensi negeri telah mendapat 4 Bintang (JKN, MPPP, MPSP dan PDC), 14 jabatan/agensi mendapat 3 Bintang dan 5 jabatan/agensi yang mendapat 2 Bintang.

13. Merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Penyata Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Tahun 2009, didapati bahawa pencapaian pengurusan kewangan di Jabatan Kewangan Negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya adalah pada tahap sangat baik iaitu pencapaian markah melebihi 90. Manakala tujuh Jabatan dan dua Agensi iaitu Majlis Agama Islam dan Perbadanan Perpustakaan Awam serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang adalah pada tahap baik. Adalah didapati pencapaian pengurusan kewangan pada tahun 2009 telah bertambah baik kerana tiga Jabatan/Agensi telah memperoleh tahap sangat baik berbanding hanya dua Jabatan/Agensi pada tahun 2008.

14. Pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti telah dilaksanakan di Jabatan Kewangan Negeri mulai tahun 2008. Bagi tempoh tersebut, Jabatan Kewangan Negeri mengekalkan prestasi di tahap sangat baik. Bagi Agensi Negeri pula, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang juga mengekalkan pencapaian seperti tahun 2008. Manakala Majlis Agama Islam masih kekal di tahap baik sungguhpun mengalami peningkatan dari segi peratusan pencapaian. Secara umumnya, pencapaian pengurusan kewangan di 13 Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit adalah baik.

15. Bagaimanapun, pencapaiannya masih boleh dipertingkatkan lagi sekiranya Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan bukan sahaja mengambil tindakan memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang telah dibangkitkan oleh pihak Audit, bahkan juga mengambil tindakan preventive bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang. Saya berharap agar dua Jabatan di Pulau Pinang, iaitu JPS dan JKR dapat memberi perhatian dalam hal ini kerana keupayaan kedua-dua jabatan ini menjalankan projek merupakan pemangkin kepada keefisenan Kerajaan. Kita mahu rakyat melihat perubahan yang ketara dengan memendekkan masa penyiapan projek-projek di bawah JPS dan JKR. Kedua-dua jabatan ini jarang dinilai sebagai tahap yang paling baik. Sekiranya JPS dan JKR dapat memendekkan masa kerja dengan jaminan kualiti projek yang setara atau lebih baik, maka ia boleh mencapai rekod yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Untuk JKR, kita nak lihat projek pembinaan Jalan Bagan 29 dengan Jalan Siram siap dalam masa yang lebih singkat. Bagi JPS pula, kami berharap agar penyelesaian kepada masalah banjir dapat dipertingkatkan. Prestasi JPS akan diukur dalam 3 bulan terakhir tahun ini kerana sekarang merupakan musim tengkujuh. Saya yakin dengan pengarah baru yang muda dan dinamik, masalah ini dapat ditangani dengan lebih berkesan.

16. Pengurusan perubahan memerlukan kita meningkatkan tahap kompetensi individu dan organisasi. Dalam arus teknologi baru dalam penyampaian perkhidmatan, anggota perkhidmatan awam hendaklah menguasai kemahiran yang pelbagai dan bersesuaian bagi memantapkan lagi tahap profesionalisme kerja mereka serta mementingkan prinsip  "value for money". Sebagai seorang Akauntan, saya lihat "value for money" dalam 3 aspek, iaitu:

a) efisiensi – perlu buat kerja dalam masa yang lebih pendek tanpa mengorbankan kualiti, atau menjalankan kerja yang lebih banyak dalam tempoh masa yang sama
b) produktiviti Mesti mendapat balik lebih daripada apa yang telah disuntikkan, iaitu kurangkan pembaziran dengan tingkatkan produktiviti
c) Integriti  Integriti bukan sekadar tidak makan suap / makan duit. Bersikap bersih adalah tidak mencukupi. Etika kerja adalah penting di sini seperti apa yang Dato SUK selalu buat menjalankan "spot check" untuk memastikan penjawat awam tidak mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk masa minum pagi dan petang. Sungguhpun nilai ini tidak diperiksa oleh SPRM, tetapi ia akan dinilai dari segi integriti.

17. Ini dibuktikan bila pengurusan kewangan secara berhemah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah membolehkan prestasi kewangan bertambah baik sehingga dipuji bukan sahaja oleh Ketua Audit Negara malah oleh Transparency International. Pada tahun 2008, kita mencapai lebihan yang paling tinggi sebanyak RM 88 juta dan diikuti oleh lebihan sebanyak RM 77 juta pada tahun 2009. Simpanan Berkumpul mencecah tahap paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 539 juta (lihat lampiran). Di sini saya ingin menyeru agar semua pegawai berkerjasama dengan pihak juru audit. Saya faham bahawa sekiranya Ketua Audit Negara tidak terima jawapan dengan serta merta, maka laporan yang ditulis akan kelihatan agak tajam dan tidak menyenangkan. Apa yang kita boleh buat di sini ialah memberikan jawapan atau penjelasan kepada juru audit dengan pantas tanpa melengah. Amalkan sikap berkerjasama dengan anggapan bahawa sistem audit adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada kita dan merupakan satu proses yang positif. Kita semua manusia biasa, tentu akan buat kesilapan. Hanya Tuhan yang sempurna di dunia ini. Biarlah kita anggap audit sebagai satu kelengkapan (tools) untuk membolehkan kita membaiki diri. Sikap positif diperlukan dalam porses pengauditan. Sikap yang paling negative di sini adalah tidak berkerjasama. Sebagai seorang Akauntan, jika seseorang cuba jawap persoalan dengan serta merta ulasan yang diberi tidaklah begitu tajam. Perlu ingat bahawa "A true friend will tell us where our fault".

18. Daya kreativiti dan daya Inovasi adalah punca utama kita dapat memperbanyakkan sumber hasil dan membesarkan pulangan hasil yang meningkat daripada RM 296 juta dalam tahun 2007 kepada RM 376 juta pada tahun 2009. Sebagai KPI, kekuatan kedudukan kewangan adalah kritikal untuk mengukur kejayaan Kerajaan urus tadbir CAT dan mewujudkan integriti.


UNJURAN KEDUDUKAN KEWANGAN
2006 – 2011 (RM juta)

Tahun
Hasil
(Sebenar)
Mengurus
(Sebenar)
Surplus /
Defisit
Simpanan
Terkumpul

2006
280.50
269.63
10.87
329.98

2007
295.86
252.25
43.61
373.59

2008
371.17
283.15
88.02
461.61

2009
376.51
299.17
77.34
538.95

2010*
325.04
404.02
(78.98)
459.97
* Anggaran

19. Kita juga tidak boleh menafikan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap sangat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negeri.

20. 2 tahun kebelakangan ini, saya jarang dengar ada kes rasuah atau penyelewengan berlaku di Pulau Pinang. Namun masih ada banyak pihak yang tak tahu pengurusan kewangan sengaja mencemarkan nama Ketua Menteri dengan PKN. Proram sosial yang kita jalankan selama ini seperti Program Penghargaan Warga Emas yang memberikan RM100 setiap tahun kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas merupakan hasil penjimatan pentadibiran Kerajaan Negeri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Dalam Belanjawan tahunan pun sudah tertera amaun tersebut. Pegawai Kewangan Negeri (PKN) juga menjelaskan bahawa tiada hasil judi di Pulau Pinang. Ini adalah tindakan yang merugikan rakyat kerana akan kehilangan RM100 setiap tahun, serta waris warga emas tersebut tidak akan dapat RM1000 selepas warga emas tersebut meninggal dunia. Jangka hayat seseorang pada masa kini adalah sekitar 75 tahun. Sekiranya warga emas mula menyertai program penghargaan pada umur 60 tahun, maka jumlah yang bakal diterima adalah RM1500, jika termasuk wang yang diterima oleh si waris (RM1000) jumlah besarnya akan mejadi RM2500. Yang rugi adalah warga emas sendiri bukan mereka yang memfitnah. Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Persekutuan tentang penggunaan hasill kutipan cukai judi sebanyak RM2.3 billion setiap tahun? Adakah hasil tersebut digunakan untuk semua projek pembangunan dan bayaran gaji kakitangan awam, termasuk Mufti dan Imam kerana ini semua datang daripada akaun yang sama. Walau apa pun tohmahan yang dilempar, kita akan tetap teruskan program sosial ini untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.

21. Sejajar dengan hasrat ini, kita sentiasa berusaha untuk mengenal pasti, menilai dan mengkaji semula amalan-amalan kerja masa kini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kita. Kita juga telah memperkenalkan Hadiah Integriti untuk mempromosikan integriti di kalangan penjawat awam. Sekiranya terdapat apa-apa penyelewengan yang berlaku, saya yakin bahawa sebelum ianya disampaikan kepada saya, Dato SUK dan Dato PKN sudah mengambil tindakan yang lebih tegas daripada saya.

22. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Anugerah Kualiti Sektor Awam Tahun 2009 yang bakal menerima anugerah sebentar lagi dan juga kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana telah berjaya mendapat 4Star dalam penilain SSR, mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2008 serta mendapat penarafan 5 bintang bagi penilaian portal dan laman web.

23. Tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Kewangan Negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya kerana pencapaian yang sangat baik dalam pengurusan kewangan.

24. Semoga kemenangan dan pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi dan aspirasi kepada semua. Sentiasa sematkan di dalam jiwa kita, bahawa "mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa, walaupun adakala yang difikirkan dan diusahakan itu tidak berjaya pada hari ini". Jangan sekali-kali mempunyai pemikiran negatif seperti “lebih baik jangan buat apa-apa daripada membuat sesuatu dan ianya adalah satu kesalahan kerana lebih baik kita gagal selepas berusaha daripada gagal berusaha.

25. Saya dengan sukacitanya merasmikan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2010 dan Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009.

Sekian, terima kasih.

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Prev Next

Iklan Jawatan Kosong di Lembaga Muzium N…

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang dilahirkan serta bermastautin di Negeri Pulau Pinang bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Muzium & Balai Seni Lukis Negeri Pulau... Read more

MAKLUMAT TERKINI PINJAMAN PENUNTUT NEGER…

Senarai Peminjam Tegar sehingga Oktober 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Paling Tegar sehingga Oktober 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Tam... Read more

TAWARAN PENGECUALIAN FAEDAH BAGI SEMUA P…

    Mulai dari 1 September 2014 hingga 31 Disember 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan Pengecualian Faedah bagi peminjam-peminjam yang bersetuju menyelesaikan keseluruhan baki ... Read more

RFP-ROADS AND PUBLIC TRANSPORT PROJECTS …

  PENANG STATE GOVERNMENTLocal Government Division (LGD) REQUEST FOR PROPOSAL NOTICE (KOD : LGD / RFP-PDP / 1 / 2014) The offer is made to local and international companies to participate in ... Read more

Makluman Penutupan Sementara Empangan Me…

Makluman Penutupan Sementara Empangan Mengkuang Kepada Orang Awam Tapak Pembinaan Empangan Baru (lembah sebelah kiri) telah diserahkan kepada kontraktor pada 1hb Ogos 2011 untuk kerja-kerja pembinaan... Read more

aduan en

maklumbalas en

Poll

Banning foreigners from cooking our favourite hawkers' food will ensure that the authentic and unique Penang flavour is retained