Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • merdeka 57 BI
  • hari malaysia bi
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • banner ebayar bi
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • Hungry Ghost Festival

    Date :27 July – 24 August 2014
    ghostVenue : Penang
  • Malaysia International Lion Dance On Stilts

    Date : 9 - 10 August 2014 lion
    Time : 1pm - 7 pm
    Venue : Megamall Shopping Complex
    Contact : 016-4111000

  • Ghost
  • Lion
  • GeorgeTown

Pusat 'belacan' tarikan baru

Kementerian Pelancongan menerusi Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang (IADP) memperuntukkan RM1 juta bina jeti baru untuk memajukan Pulau Aman

Pulau Pinang yang terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di rantau ini, meningkat setapak lagi dengan usaha mempelbagaikan promosi sektor pelancongan berasaskan pertanian.

Usaha yang dijalankan itu termasuk menyediakan kemudahan asas yang lengkap yang dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara pada masa depan.

Antara destinasi pelancongan menarik yang giat dibangunkan itu ialah Pulau Aman, yang terletak kira-kira 2.5 batu nautika dari Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan (SPS).

Pulau kecil yang dihuni kira-kira 300 penduduk sebahagian besarnya, bekerja sebagai nelayan, menjanjikan suasana perkampungan nelayan yang tenteram dan damai.

Kehidupan di Pulau Aman adalah sederhana, penuh tradisi dengan dikelilingi alam semula jadi. Menangkap ikan, kegiatan sukan air dan meredah hutan adalah antara kegiatan pelancongan popular di pulau ini.

Ada banyak tempat menarik dengan ceritanya yang tersendiri menanti kehadiran pengunjung.

Menyedari potensi itu, Kementerian Pelancongan menerusi Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang (IADP) memperuntukkan RM1 juta untuk membina jeti baru dalam usaha memajukan pulau berkenaan.

Selain itu, Pulau Aman dilengkapi kemudahan pusat penerangan, bilik pameran, restoran, tempat jualan cenderamata dan bilik menunggu untuk pelancong luar di jeti.

Ketua Unit Persatuan Nelayan Pulau Aman, Yaacob Talib, berkata setakat ini, pihak berkuasa sudah menyediakan pelbagai kemudahan prasarana bagi memberi wajah baru kepada Pulau Aman.

Beliau berkata, antara projek pembangunan yang disediakan termasuk tempat penginapan dalam bentuk chalet terapung dan rumah teres lima bilik bagi memberikan kemudahan kepada pengunjung melawat pulau ini.

"Bagi tujuan promosi, kami sudah mengedarkan kira-kira 10,000 risalah melalui Pejabat Daerah SPS ke hotel dan pusat peranginan mengenai pakej yang ditawarkan kepada pelancong tempatan dan asing.

"Pengunjung akan dapat melihat suasana kampung nelayan yang masih belum tercemar dan mengelilingi pulau dengan bot yang memberikan perkhidmatan dari Bukit Tambun ke Pulau Aman.
Pulau ini juga adalah satu pusat pembuatan belacan secara tradisional terkenal di negeri ini," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Yaacob berkata, bagi memastikan keselesaan perjalanan pengunjung ke pulau itu, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) meluluskan untuk membeli sebuah bot penumpang baru bernilai RM100,000 seunit yang boleh memuatkan 20 penumpang.

"Kita juga memohon kepada Pejabat Daerah SPS untuk membeli tiga lagi bot penumpang bernilai RM300,000.

"Usaha ini dijangka dapat memajukan Pulau Aman sebagai destinasi pelancongan berasaskan agro-pertanian di negeri ini," katanya.

Ketika ini, dua bot penumpang yang diubahsuai daripada bot nelayan menyediakan perkhidmatan ulang alik dari Bukit Tambun di Seberang Perai Selatan (SPS) ke Pulau Aman.

Setiap bot membuat memuatkan 12 penumpang dengan bayaran RM8 bagi perjalanan pergi balik mulai jam 10 pagi hingga 7 petang.

Perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa setengah jam dan pelawat boleh menikmati keindahan pulau serta kegiatan harian dan perusahaan yang diusahakan penduduk tempatan.

Perubahan besar itu diharap dapat menjadikan Pulau Aman sebagai pusat pelancongan luar bandar terpenting di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

Seorang penduduk, Jamilah Man, 41, berkata kehadiran pengunjung ke pulau itu secara tidak langsung dapat menambah pendapatan penduduk yang mengusahakan pembuatan cenderamata dari hasil laut.

"Penjualan barangan cenderamata seperti siput dan kulit kerang dapat menjana pendapatan penduduk sebanyak RM200 sebulan," katanya.

Ketua Kumpulan Pengembangan Wanita Pulau Aman, Mahani Abdul, berkata kumpulan itu kini mempunyai kira-kira 34 ahli yang mengusahakan perkhidmatan katering, penjualan kerepek sukun dan kraftangan.

Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
Prev Next

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar k…

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi Sesi Akademik Pertama 2014/2015 peringkat Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf Dibuka Mulai 1 September 2014 sehingga ... Read more

KEPUTUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PENUNTUT N…

Keputusan permohonan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang Sesi 2014/2015 telah dibuka. Semakan status permohonan boleh dibuat melalui Laman  https://epp.penang.gov.my/ Read more

TAWARAN PENGECUALIAN FAEDAH BAGI SEMUA P…

    Mulai dari 1 September 2014 hingga 31 Disember 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan Pengecualian Faedah bagi peminjam-peminjam yang bersetuju menyelesaikan keseluruhan baki ... Read more

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu D…

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu Dalam Jamuan Rasmi Kerajaan Muat Turun Untuk Maklumat lebih lanjut Read more

RFP-ROADS AND PUBLIC TRANSPORT PROJECTS …

  PENANG STATE GOVERNMENTLocal Government Division (LGD) REQUEST FOR PROPOSAL NOTICE (KOD : LGD / RFP-PDP / 1 / 2014) The offer is made to local and international companies to participate in ... Read more

MAKLUMAT TERKINI PINJAMAN PENUNTUT NEGER…

Senarai Peminjam Tegar sehingga Ogos 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Paling Tegar sehingga Ogos 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Tamat Bay... Read more

aduan en

maklumbalas en

Poll

Banning foreigners from cooking our favourite hawkers' food will ensure that the authentic and unique Penang flavour is retained