Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • CAT english
  • Ramadhan 2014 - Eng
  • myidbi
  • erumah
  • banner ebayar bi
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • ansara2014en
  • Penang International Lion Dance
    timthumb 7
    • Yuran Kemasukan: Percuma
      Tarikh Mula: 24-05-2014
      Tarikh Akhir: 25-05-2014
      Hubungi:  Penang Tourism Development
                    Commitee and Wushu, Lion &
                    Dragon Dace Association Penang
      Lokasi: Penang



  • Perfect Living 2014    timthumb 6
    • Yuran: Percuma
      Tarikh Mula: 23-05-2014
      Tarikh Akhir: 25-05-2014
      Hubungi: 03 – 8075 7375
      Lokasi: Penang 
      
  • Penang Night Career & Postgraduate Expo 2014

    • Yuran Kemasukan: Percuma
      Tarikh Mula: 24-05-2014     timthumb 8
      Tarikh Akhir: 25-05-2014
      Hubungi: 012-4224004
      Lokasi: Penang
    • Festival Durian
    • Yuran Kemasukan: Percuma timthumb 9
      Tarikh Mula: 01-06-2014
      TArikh Akhir: 31-07-2014
      Hubungi: Penang Share Tourism
      Development

      Lokasi: Penang
  • Dragon Boat Festival 2014
     timthumb 11
    Yuran Kemasukan: Rujuk Laman web
    Tarikh Mula: 07-06-2014 09:00
    Tarikh Akhir: 08-06-2014 17:00
    Hubungi: 012-4830448
    Lokasi: Penang


  • Give blood
  • liondance
  • perfectliving
  • Postgraduate
  • festival durian
  • Dragon Boat

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS UPACARA PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN AHLIMAJLIS-AHLIMAJLIS

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

PADA 4 JANUARI 2013 DI DEWAN BANDARAYA

********************************


Y.B. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

Y.B Tuan Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas

Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Y.B Dato’ Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat

Y. Bhg Dato’ Ar. Patahiyah bt Ismail Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Ahli Majlis – Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Ketua Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai,

Para Wartawan,

Dato’ / Tuan / Puan yang saya hormati sekalian

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri upacara pada pagi ini.

Di pagi yang mulia ini ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis atas perlantikan mereka oleh Pihak Berkuasa Negeri. Sebagai Ahli Majlis, tuan-tuan dan puan-puan akan menghadapi banyak cabaran untuk meneruskan prestasi baik MPPP dalam empat tahun ini baik dalam penyediaan perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur yang berkualiti mahupun dalam pengwujudan persekitaran hidup yang bersih, indah dan sejahtera serta mengamalkan urustadbir yang baik.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengamalkan perbelanjaan berhemah dan urus tadbir berasaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Ini bermakna segala hasil yang dikutip daripada rakyat akan digunakan untuk membiayai perkhidmatan yang terbaik dan pembangunan kepada pembayar cukai. MPPP telah berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan dengan mencatatkan lebihan dalam penyata kewangan untuk tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM48.02 juta untuk 2009, RM63.27 juta untuk 2010 dan RM69.92 juta untuk 2011. Kejayaan Majlis dalam mengekalkan prestasi kewangan yang baik membolehkan Majlis menyediakan perkhidmatan serta pelaksanaan projek dan program pembangunan bagi memenuhi kehendak rakyat dan pelanggan di kawasan pentadbirannya.

Dalam usaha untuk meningkatkan penyediaan kemudahan awam, MPPP akan melaksanakan beberapa projek pembangunan. Peruntukan kewangan sebanyak RM96.46 juta telah disediakan bagi tujuan yang berkenaan. Di antara projek-projek yang dicadangkan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat termasuk pembinaan pasar awam di kawasan Batu Feringgi dan pengambil alihan tanah untuk pembinaan pasar awam di kawasan Teluk Kumbar bagi menampung keperluan penduduk setempat. Di samping itu, MPPP juga sedang meneruskan program penaiktarafan untuk 6 buah pasar awam, 5 buah kompleks makanan dan 3 tapak penjaja untuk keselesaan orang awam.

Bagi memastikan keselesaan orang awam terus terjaga, kita akan memastikan semua projek penaiktarafan pasar, tandas awam dan kompleks makanan memenuhi piawaian yang paling tinggi. Kerajaan Negeri berbangga bahawa kita mempunyai kompleks makanan seperti Kompleks Makanan Bukit Gedung dan tandas terbersih seperti di Pasar Awam Ayer Itam.

Di antara projek yang akan dilaksanakan dalam tahun 2013 untuk kemudahan rakyat termasuk Membaikpulih dan Pemuliharaan Bangunan Dewan Bandaraya , Menaiktaraf Lif Taman Free School, Menaiktaraf Platform Menunggu Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong, mengecat semula rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat Jalan Sungai dan projek menaiktaraf Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandar Raya.

MPPP juga telah merancang untuk memperbanyakkan bilangan taman awam dan ’pocket park’ dalam kawasan pentadbiran Majlis sebagai kemudahan kepada penduduk setempat untuk bersenam dan beriadah. Usaha ini bertujuan untuk meneruskan kesinambungan hasrat kerajaan negeri bagi merealisasikan “Program Cleaner, Greener, Healthier and Safer Penang”. Di antara projek yang telah dikenalpasti bagi tahun 2013 ialah projek Taman Mini Balik Pulau Fasa II dan projek “Pocket Park” di Jalan Hospital. Selain itu, Majlis juga akan meneruskan projek Penghijauan Jalan Datuk Keramat Fasa II. Dengan adanya projek penghijauan dan kemudahan taman awam ini akan dapat mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti ke arah sebuah bandar raya yang bersih, indah dan hijau.

Pada masa yang sama, MPPP akan terus melaksanakan program-program penghijauan dan keceriaan bandar seperti penanaman pokok, kerja-kerja landskap, menaiktaraf taman dan kawasan permainan kanak-kanak serta pemasangan lampu hiasan. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM9.91 juta telah disediakan.

MPPP akan meneruskan dengan projek menaiktaraf jalan dan laluan pejalan kaki di Jalan Masjid Negeri, Jalan Air Hitam dan Lorong Batu Lancang di mana RM12.9 juta diperuntukkan tahun ini.

MPPP telah berusaha untuk menggalakkan penggunaan basikal yang mesra alam dan untuk tujuan rekreasi. Sebanyak RM5.66 juta telah diperuntukkan untuk menyelenggara, membina dan menaiktaraf laluan basikal. Selain itu, sejumlah RM100,000.00 telah disediakan untuk membina rak basikal.

MPPP juga turut merancang untuk menaiktaraf lampu jalan awam di seluruh bahagian pulau, Pulau Pinang. Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2.25 juta telah disediakan untuk kerja-kerja menaiktaraf kabel bawah tanah secara berperingkat. Di samping itu juga, peruntukan RM2.74 juta akan disediakan untuk penyelenggaraan lampu jalan awam.

Penyelenggaraan jalan, parit, bahu jalan dan laluan pejalan kaki merupakan satu perkhidmatan yang diberikan perhatian yang serius oleh Majlis. Peruntukan sebanyak RM5.56 juta telah disediakan untuk tujuan menurap semula jalan awam, membaiki dan menurap lorong belakang serta membaiki peparit-peparit syarikat utiliti. Selain itu, MPPP akan menaiktaraf beberapa batang jalan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas.

Pulau Pinang hanya dapat menjadi bandaraya bertaraf antarabangsa dan pintar sekiranya ia juga adalah selamat khususnya dalam pencegahan jenayah. Dalam aspek ini, MPPP akan menjalankan arahan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pemasangan CCTV dan menerangkan kawasan jalan dengan lampu selain daripada bekerjasama dengan pasukan berkuasa keselamatan seperti polis dan juga pasukan peronda sukarela (PPS). Kejayaan pihak polis dan kepolisan masyarakat (community policing) telah menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling selamat di Malaysia untuk 4 tahun berturut-turut.

Saya percaya ini merupakan salah satu faktor utama mengapa Pulau Pinang dan George Town kini menjadi bandaraya yang paling sesuai didiami di Malaysia buat kali pertama mengatasi Kuala Lumpur pada tahun 2011 dan diulangi pada tahun 2012.

Adalah penting MPPP menjalankan penguatkuasaan demi memastikan keselamatan infrastruktur khususnya di cerun bukit demi menyakinkan orang ramai khasnya penduduk berhampiran yang mungkin resah berikutan kes- kes tanah runtuh seperti di Bukit Antarabangsa dan Puncak Setiawangsa. Sungguhpun kes- kes tersebut belum berlaku di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri memandang berat tentang rawatan dan keselamatan pembangunan di cerun bukit.

Selain daripada tidak meluluskan pembangunan perumahan di atas kawasan yang melebihi 250 kaki, pemantauan yang rapi turut dijalankan di atas kawasan tersebut. Suatu jawatankuasa pemantau cerun bukit yang dipimpin oleh pakar daripada Cambridge University, Dr Gue See Sew dan dianggotai oleh jurutera Dato K.K. Lim dan arkitek Lawrence Lim telahpun dilantik untuk menjalankan pemantauan tersebut. Jawatankuasa ini diminta memeriksa pembangunan di atas cerun bukit yang sangat dibimbangi keselamatannya oleh rakyat.

Segala agenda ini akan hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya jika Ahli Majlis, Ketua Jabatan, Pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari semua peringkat dapat memberikan kerjasama sebagai satu pasukan. Kesungguhan dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan akan menghasilkan kecemerlangan kearah mewujudkan sebuah bandar raya yang bersih, ceria dan indah demi kesejahteraan dan keselesaan semua penduduk di kawasan pentadbiran MPPP.

Saya yakin di bawah pimpinan YDP MPPP dan Setiausaha MPPP serta kerjasama Ahli Majlis MPPP, kita dapat memberikan perubahan positif untuk menjadikan Pulau Pinang yang lebih bersih, hijau, sihat dan selamat.

Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Ahli Majlis- Ahli Majlis MPPP yang baru dilantik untuk berganding bahu bersama pegawai-pegawai MPPP dalam memberikan kerjasama terbaik untuk meningkatkan prestasi MPPP dan memberikan keselesaan kepada rakyat. Tempoh anda dilanjutkan selama 6 bulan untuk memberi peluang kepada semua untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk ditimbang semula selepas pilihanraya besar yang akan datang termasuk wakil- wakil NGO yang selalu mengkritik kuat Kerajaan Negeri. Tak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Ahli-Ahli Majlis terdahulu yang ikhlas membantu MPPP selama ini.

Sekian, terima kasih.



  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
Prev Next

The Bestowing of Medals of Honour Ceremo…

The Bestowing of Medals of Honour Ceremony for Penang State for 2014 will be held in September 2014 as the birthday of His Excellency, Head of State of Penang which is celebrated officially on 12 July... Read more

2. Request For Proposal (RFP) For …

  STATE SECRETARIAT INCORPORATED (SSI) REQUEST FOR PROPOSAL   The offer is made to local Bidder to participate in the Request for Proposal as follows:-    TITLE : REQUEST FOR... Read more

Penang Student Loan Application Session …

Application for Penang Student Loan for 2014/2015 is open on 2 May 2014 to 31 July 2014. Applications can made through http://epp.penang.gov.my. The Penang Student Loan Application is open to all Mal... Read more

Makluman Penutupan Sementara Empangan Me…

Makluman Penutupan Sementara Empangan Mengkuang Kepada Orang Awam Tapak Pembinaan Empangan Baru (lembah sebelah kiri) telah diserahkan kepada kontraktor pada 1hb Ogos 2011 untuk kerja-kerja pembinaan... Read more

aduan en

maklumbalas en

Poll

Banning foreigners from cooking our favourite hawkers' food will ensure that the authentic and unique Penang flavour is retained