Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 2.jpg
  • BACKGROUND 3.jpg
  • BACKGROUND 5.jpg
  • BACKGROUND 6.jpg
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • banner ebayar bi
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • Water festival 3 610x300

    Date:   13 Apr 2013
    Time:   9am to 5pm
    Venue:   Wat Chayamangkalaram Thai Buddhist Temple & Burmese Buddhist Temple, Pulau Tikus.
  • muzik festival
    Tarikh :Saturday, 11 April 2015 - Sunday, 12 April 2015
    Masa : 6:00pm
    Tempat : Esplanade, Penang
  • Banner 4x8 Rosalynn 2
    Calling Nature

    To promote inner peace and happiness through the appreciation and participation of paintings whilst continuously performing sosial responsibility to those in need.

    Venue: Penang State Art Gallery, 3rd Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street, 10200, Penang
    Time: 9am until 5pm (Open Daily except Friday & Public Holidays)
    Duration of the Exhibition: 6th until 21st April 2015
    Official Opening : 11th April 2015
    Time: 3.30pm






UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN eKERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2012

20 NOVEMBER 2012 (SELASA)

 2.15 PETANG

RUANG LEGAR BERHADAPAN MAYBANK, KOMTAR, PULAU PINANG


Salam Sejahtera dan Selamat Petang

Terima kasih saudara Pengacara Majlis

Y.B. Dato’ Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri

Y.B. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan;

Y.B. Dato' Haji Mokthar bin Mohd. Jait, Pegawai Kewangan Negeri

Y. Berusaha Ketua-ketua Jabatan;

Pegawai-pegawai Kanan;

Rakan-rakan media

Para hadirin yang dihormati sekalian.

1. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan SYABAS kepada semua jabatan dan agensi negeri yang telah turut serta dalam pameran e-Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Hadirin sekalian,

2. Tema pameran pada kali ini, ”EZ eG – eKerajaan Lebih Mudah” adalah kesinambungan daripada siri Pameran eKerajaan yang telah dilaksanakan pada 15 dan 16 Oktober tahun lalu di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya dengan tema kali ini ”Online lebih mudah”. ”Online lebih mudah” adalah satu mesej dan komitmen yang jelas daripada jabatan/agensi kerajaan untuk terus memperkukuh dan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan menjadi lebih mudah, cepat dan selesa serta boleh dicapai tanpa mengira tempat dan masa.

3. Terdapat lebih kurang 34 jenis perkhidmatan online yang disediakan melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri termasuk 8 jenis perkhidmatan online MPPP dan 8 jenis perkhidmatan online MPSP. Antara yang utama adalah kemudahan pembayaran secara online melalui e-Bayar, ePINTAS pula adalah merupakan gerbang aduan bersepadu Kerajaan Negeri, iDirektori pula adalah rujukan setempat bagi maklumat perhubungan dan perkhidmatan utama yang disediakan di semua jabatan dan agensi negeri, eRumah – permohonan dan semakan status permohonan Rumah Kos Rendah/ Rumah Kos Sederhana Rendah/PPR, ePP atau e-Pinjaman Penuntut adalah untuk – permohonan dan semakan permohonan pinjaman penuntut dan iSejahtera – semakan status pendaftaran bantuan warga emas dan ibu tunggal, eMunakahat – pemohonan dan semakan pendaftaran perkahwinan Islam dan ePerolehan Negeri – urusan sebutharga dan tender secara terbuka Kerajaan Negeri.

Hadirin sekalian,

4. Statistik transaksi perkhidmatan online yang dipaparkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri menunjukkan peningkatan penggunaan perkhidmatan online yang sangat menggalakkan. Contohnya penggunaan eBayar telah meningkat sebanyak 56% pada tahun ini berbanding tahun 2011 manakala transaksi kemudahan eRumah meningkat 65% pada tahun ini.

5. Pada tahun ini, lima (5) perkhidmatan online yang baru telah diperkenalkan iaitu e2PSM – permohonan dan penyemakan status pendaftaran pekerjaan sepanjang masa (bagi jawatan kontrak semua gred dan tetap gred 16 ke bawah) dan iBITA – permohonan dan semakan status permohonan bantuan kewangan ke IPT serta iSejahtera dengan 3 modul baru iaitu OKU, anak emas dan pelajar emas. Di samping itu, terdapat beberapa perkhidmatan online yang kini masih dalam peringkat uji guna dan akan dibuka untuk capaian awam selewatnya pada suku pertama tahun 2013 iaitu eBencana – pengurusan dan penyampaian maklumat bencana kepada kumpulan sasaran/awam dan eTempahan Berpusat yang menyediakan kemudahan permohonan dan bayaran tempahan bagi kemudahan yang diuruskan oleh Pejabat SUK iaitu kemudahan Auditorium di Paras 5 KOMTAR, Dewan Sri Pinang dan Rumah Peranginan Negeri.

6. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif dalam menyediakan perkhidmatan melalui saluran MySMS iaitu GOVPG@15888 yang pada masa ini menyediakan 6 jenis perkhidmatan IOD (Information on Demand) dan 34 perkhidmatan DOD (Document on Demand).

Saudara-saudari sekalian,

7. Hasrat Kerajaan Negeri untuk memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan sektor perniagaan menerusi teknologi Internet tidak akan berkesan jika kemudahan akses Internet berasaskan kepada konsep 3 A; iaitu ’Accessibility, Availability dan Affordability’ di Pulau Pinang terbatas. Justeru itu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menzahirkan projek ”Penang Free WiFi” bagi memastikan rakyat Pulau Pinang mempunyai pilihan akses percuma ke Internet dan sekaligus meningkatkan daya saing Pulau Pinang di era dunia globalisasi dan k-ekonomi. Fasa pertama projek ”Penang Free WiFi” telah berjaya mewujudkan sebanyak 750 hotspot percuma dan di bawah fasa kedua (2011-2016) sejumlah 750 hotspot lagi telah disediakan bagi melengkapkan liputan kemudahan Internet WiFi percuma yang lebih menyeluruh di Pulau Pinang pada tahun ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

8. Pada masa ini, satu kajian online ”Your Voice Matters” telah dibuka untuk pandangan awam mengenai keberkesanan Portal Rasmi Negeri dan kajian online ini akan berakhir pada 30 November 2012. Oleh itu, saya amat berharap rakyat dan pelawat Portal Rasmi Kerajaan Negeri akan memberi input kepada pentadbiran ini supaya projek peningkatan Portal yang akan dilaksanakan pada tahun depan akan lebih mantap dan memenuhi aspirasi rakyat dan penggunanya.

9. Di samping itu, saya ingin menyeru supaya jabatan dan agensi kerajaan untuk terus berusaha memanfaatkan penggunaan teknologi ICT sebagai ”pemudah cara” dalam setiap proses kerja dan penyampaian perkhidmatan masing-masing demi mencapai pentadbiran CAT.

10. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada jabatan/agensi negeri atas pencapaian penarafan 5 bintang dalam Malaysia Government Portals/Websites Assesment 2012 yang dilaksanakan oleh MDeC (Malaysia Development Corporation) iaitu Portal Rasmi Kerajaan Negeri yang dikendalikan oleh Pejabat SUK dan portal rasmi MPPP, MPSP dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian serta laman web rasmi Jabatan Kewangan Negeri. Portal Rasmi Negeri juga telah berjaya mengekalkan kedudukan dalam senarai top 10 penilaian portal/laman web jabatan/agensi seluruh Malaysia dan perlu berusaha lebih gigih untuk meningkatkan lagi kedudukan ini.

11. Akhir kata, saya amat berharap Pameran e-Kerajaan yang diadakan selama dua hari iaitu pada 20 & 21 November 2012 akan mencapai sasarannya dalam mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan secara online yang telah disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan negeri. Marilah kita pastikan www.penang.gov.my adalah pilihan kita semua yang lebih mudah dan cepat.

Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan Pameran eKerajaan Negeri Pulau Pinang 2012 pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

  • 1
  • 2
  • 3
Prev Next

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU HAL EHWAL …

Iklan jawatan kosong bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 (Kontrak) telah dibuka.  Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web http://e2psm.penang.gov.my. ... Read more

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Tahniah !!! Majlis Perbandaran Pulau Pinang di atas pengisytiharaan sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Read more

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG …

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)  [ENAKMEN 16]   Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi m... Read more

1GovSearch Logo

aduan en

maklumbalas en

Poll

If the public transportation in Penang is efficient, then more people in Penang will be able to afford houses for not assigning additional expenses for private vehicles