Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 2.jpg
  • BACKGROUND 3.jpg
  • BACKGROUND 5.jpg
  • BACKGROUND 6.jpg
  • BACKGROUND 7.jpg
  • BACKGROUND 8.jpg
  • BACKGROUND 9.jpg
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • Autobots 1
    Date: 19 July 2015 - 17 September 2015
    Time: 12.00pm (noon) - 12.00pm (midnight), (Monday to Friday)
              : 9.00am - 12.00pm (midnight), (Sat, Sun and public holidays)
    Venue: The Esplanade, George Town City, Penang

  • PTAC 1
    The Penang Teachers Art Circle 51st Anniversary Exhibition 2015

    This year The Penang Teachers Art Circle (PTAC) will be celebrating its 51st Anniversary which includes an Art Exhibition with an Art
    Appreciation Programme "Jom, Bersukaria dengan Seni" for childrens of all ages.


    Duration of the Exhibition: 1st until 17th September 2015
    Time: 9am until 5pm (Open Daily except Friday & Public Holidays)
    Venue: Penang State Art Gallery, 3rd Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street,
    10200, Penang
    Official Opening : 5th September 2015 (Saturday)
    Time: 5.00 pm

Kakitangan sambilan, kontrak dapat bonus

Guru sandaran serta pegawai sangkut, sambilan, kontrak dan sementara turut mendapat bonus yang akan dibayar dua peringkat mulai bulan ini.

Pegawai kontrak yang putus perkhidmatannya selama satu hari sebelum disambung semula kontrak, juga layak menerima bonus.

Selain pegawai tetap, bonus yang diumumkan pada Bajet 2006, juga diberikan kepada pegawai bercuti separuh gaji dan pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib iaitu amaran dan amaran keras.

Turut menikmati bonus ialah pemandu yang dilantik oleh pegawai jawatan utama 'B' dan ke atas serta Gred Khas 'A' yang layak mendapat pemandu tetapi tidak disediakan jabatan.

Penjelasan pegawai yang layak menerima bonus itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2005 - Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi 2005 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Ismail Adam.

Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan, manakala Bayaran Khas Prestasi kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi.

Ketika membentangkan Bajet 2006 bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan pemberian bonus satu bulan setengah gaji bagi pegawai yang bergaji sehingga RM1,000 sebulan, manakala pegawai bergaji lebih RM1,000 sebulan diberi bonus sebulan gaji, tertakluk kepada bonus minimum RM1,500.

Ismail turut menjelaskan pegawai yang ditangguhkan pemberian bonus iaitu mereka yang ditahan kerja atau surat pertuduhan sudah dikeluarkan Pihak Berkuasa Tatatertib.

"Pegawai hanya layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi jika pihak berkuasa tatatertib mendapati pegawai itu tidak bersalah atau hanya dikenakan hukuman amaran atau amaran keras," katanya.

Ini bermakna, bonus bagi pegawai yang memangku jawatan juga mengambil kira elaun pemangkuan. Pegawai yang dipinjam atau pertukaran sementara pula, diambil kira gaji yang diberi atas peminjaman/pertukaran sementara itu.

Pemberian bonus pegawai yang dilantik mulai 1 November 2005 pula akan dibuat berdasarkan gaji lantikannya dan dibayar secara 'proportionate'.

Pegawai yang bersara/meninggal dunia/meletak jawatan/tamat perkhidmatan/tamat kontrak, pengiraan bonus dilakukan secara 'proportionate' mengikut genap satu bulan perkhidmatan berdasarkan gaji akhirnya.

Pegawai yang bersara dan dilantik semula, perkiraan bonus adalah secara 'proportionate' berdasarkan kepada gaji akhir yang diterimanya sebelum bersara. Bagi tempoh dilantik semula, perkiraan dibuat secara 'proportionate' berdasarkan gaji jawatan baru.

Mereka yang dinaikkan pangkat/dipinjamkan/ditukar sementara atau bertukar skim perkhidmatan selepas 1 haribulan pada sesuatu bulan, perkiraan bonus bagi bulan itu dan tempoh sebelumnya dibuat secara 'proportionate' berdasarkan gaji jawatan lama. Bagi tempoh selepas bulan berkenaan perkiraan dibuat secara 'proportionate' berdasarkan gaji jawatan baru.

Pegawai yang cuti tanpa gaji bukan sepanjang tahun, perkiraan bonus secara 'proportionate' mengikut genap satu bulan perkhidmatannya.

Bagi pegawai sambilan, perkiraan genap sebulan perkhidmatan adalah dengan syarat mereka bekerja tidak kurang daripada 21 hari dalam sebulan. Jika bilangan hari bekerja dalam sebulan kurang 21 hari, perkiraan bilangan hari berdasarkan hari bekerja tertinggi dalam bulan itu.

  • 1
  • 2
  • 3
Prev Next

KENYATAAN TAWARAN LOT PERNIAGAAN / PAMER…

 KENYATAAN TAWARAN LOT PERNIAGAAN / PAMERAN PESTA PULAU PINANG 2015   JKNPP 6/ 2015 - Cabutan Undi Lot Perniagaan (Sektor Terbuka) (kecuali Sektor Karpet, Toto dan Perhiasan Kayu) Bahagi... Read more

Semakan Status Permohonan iBITA melalui …

Kemudahan semakan status permohonan iBITA boleh dibuat melalui perkhidmatan mySMS. Perkhidmatan ini boleh digunakan mulai 27 Julai 2015. Read more

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG …

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)  [ENAKMEN 16]   Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi m... Read more

Is the rate imposed under the Penang Freedom of Information Enactment (FOI) reasonable?

Poll

Enforcement of clamping carried out by the Local Authorities has reduced traffic congestion in Penang?

mobile fb twit yutube flickr feed