Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • hari malaysia bi
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • banner ebayar bi
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • Lantern Festival



    Date :8 September 2014
    lantern festivalTime : 8pm - 12 pm
    Venue : Insa Dunia, Kampung Baru, Bukit Mertajam
    Contact : 012-473 3648
    Organiser : Persatuan Hainan Seberang Perai
  • Navratri Festival

    Date : 25 September – 4 October 2014
    Time : 6pm - 10 pm
    navaratriVenue : Penang
    Organiser : Penang Hindu Endowment Board
    Contact : 04-650 5215
  • Nine Emporer Gods Festival

    Date : 24 September - 2 October  2014
    nine emperorVenue : Rumah Berhala Tow Boo Kong, Burmah Road, Maccalum St Gauht, Jelutong, Nordin Street, Farlim, Butterworth, Bukit Mertajam
    Website : http://www.towbookong.org.myContact : 04- 650 5136  

  • Ghost
  • Navarathiri
  • Nine Emperorl

TEKS UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM

NEGERI PULAU PINANG BERSAMA Y.A.B. KETUA MENTERI

BIL. 1 TAHUN 2012


13 JUN 2012 (RABU)

DEWAN TUNKU, GEODESIC DOME, KOMTAR

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Terima kasih saudara Pengacara Majlis,

Yang Berhormat Dato’ Abdul Halim bin Hussain; Speaker Dewan Undangan Negeri

Yang Berhormat Dato’ Mansor bin Haji Othman; Timbalan Ketua Menteri I

Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy; Timbalan Ketua Menteri II

Yang Berhormat Dato’ Farizan bin Darus; Setiausaha Kerajaan Negeri

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan;

Yang Berhormat Dato’ Faiza binti Zulkifli; Penasihat Undang-undang Negeri

Yang Berhormat Dato’ Mokhtar bin Mohd Jait; Pegawai Kewangan Negeri

Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan;

Pegawai-pegawai Kanan;

Rakan-rakan Media; dan

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

1. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) yang bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancarnya.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri Pulau Pinang kerana dapat sama-sama menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Bersama Y.A.B. Ketua Menteri Bilangan 1 Tahun 2012 ini.

3. Tujuan perhimpunan seumpama ini diadakan adalah sebagai majlis pertemuan di antara Pemimpin Tertinggi Kerajaan Negeri bersama warga perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang untuk sama-sama kita berkongsi ilmu, cita-cita serta strategi bagi terus melakarkan kejayaan yang lebih cemerlang buat negeri kita yang tercinta ini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4. Seperti mana kita semua sedia maklum,semenjak tampuk pimpinan Kerajaan Negeri diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, banyak usaha-usaha penambahbaikan pesat dilaksanakan yang telah menghasilkan kejayaan berganda buat negeri ini dan seterusnya dapat dikecapi bersama rakyat negeri ini.

5. Dasar utama yang dimaksudkan adalah amalan urus tadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diterapkan dalam sistem pentadbiran negeri sehingga negeri kita mencatat sejarah apabila memperolehi lebihan Belanjawan setiap tahun, mengurangkan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta. Tahun ini Pulau Pinang telah difahamkan mencatat lebihan Belanjawan yang paling tinggi dalam sejarah iaitu lagi tinggi daripada lebihan tahun lepas dan sebelum ini. Ini disusuli dengan pujian Laporan Ketua Audit Negara dan pengiktirafan Transparency International.

6. Kita harus jelaskan maksudnya konsep Kerajaan Berjiwa Rakyat, dasar ekonomi negeri dan juga mengenalpasti cabaran-cabaran. Semua ini hanya dapat diatasi dengan mengikis mentaliti- silo dan memupuk semangat pasukan. Konsep kerajaan berjiwa rakyat 3P bertujuan perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran, perkuasakan rakyat dengan hak asasi, peluang dan tanggungjawab serta perkayakan rakyat dengan berkongsikan hasil kejayaan dengan semua.

7. Dalam dasar ekonomi, Kerajaan Negeri berhasrat menjadi negeri berkebajikan dengan 5 teras utama pembangunan negeri iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang-peluang pekerjaan (pro-jobs), menjamin keadilan sosio-ekonomi (pro-poor), memantapkan sektor pendidikan demi menjamin masa depan generasi muda (pro-talent atau pro bakat), penjagaan alam sekitar (pro-green atau pro-hijau). Cabaran yang kita hadapi masih sama iaitu masalah 3C iaitu cleanliness, crime and congestion dan 1A membekalkan affordable housing.

Hadirin sekalian,

8.    Selaras dengan tema perhimpunan kita pada hari ini, sukalah saya untuk berkongsi dengan hadirin sekalian mengenai program-program yang telah dan akan kita laksanakan bagi mencapai matlamat kita untuk menjadi sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar.

9.    Inisiatif ”Cleaner Greener Safer and Healthier Penang” atau Pulau Pinang yang bersih, hijau, selamat dan sihat yang dilancarkan sejak dua tahun yang lalu  telah berjaya mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan hijau serta juga sihat dan selamat dengan mengurangkan ancaman jenayah. Antara inisiatif awal yang diperkenalkan adalah No Plastic Bag Day serta inisiatif meminimakan pembuangan sampah melalui 3R – Reduce, Reuse and Recycle, kempen tandas bersih, penanaman pokok, mewujudkan taman hijau, kerja-kerja landskap dan menaiktaraf taman-taman sedia ada. Saya bangga bilangan taman hijau di Seberang dan Pulau telah bertambah.

10.  Usaha Kerajaan Negeri dalam mewujudkan persekitaran hidup yang bersih, indah, mampan dan selamat melalui inisiatif Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang telah membolehkan Pulau Pinang menjadi bandaraya paling sesuai didiami atau the “most liveable city” di Malaysia. Mengikut ECA International, Negeri Pulau Pinang buat pertama kali mencapai status lebih liveable daripada Kuala Lumpur pada tahun 2011 dan kejayaan ini diulangi semula pada tahun 2012. Sehubungan itu, Pulau Pinang menjadi bandaraya paling sesuai didiami di Malaysia dengan rumah mampu milik untuk golongan miskin yang paling bermutu.

11. Menyentuh aspek perumahan mampu milik di Pulau Pinang pula, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri berjiwa rakyat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sebanyak 11,596 unit yang diusahakan oleh pihak PDC dan pihak swasta. Kita telah melantik pakar pembekal rumah mampu milik yang paling baik di dunia itu HDB Singapore bagi memastikan rumah mampu milik yang berkualiti dibina.

12.  Di bawah Kerajaan Negeri melalui Agensi Kerajaan Negeri serta pihak swasta, projek perumahan kos rendah yang telah diluluskan berjumlah 3806 unit manakala sebanyak 7790 unit rumah kos sederhana rendah juga turut diluluskan. Sebanyak 18, 000 unit projek perumahan rumah mampu milik akan dibina melalui Fasa 1 dan 2 melalui agensi pelaksana iaitu PDC.

13.  Kejayaan dasar pro-poor memang berkesan bila Negeri Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dianikkan kepada RM600.00 sebulan setiap keluarga. Dengan menambahkan PGK setiap tahun berikutnya, Pulau Pinang berazam menjadi negeri pertama yang membasmi kemiskinan menjelang 2015.

14.  Sejumlah RM 27 juta pada tahun 2012 telah dibelanjkan untuk pemberian kepada warga emas, pelajar IPTA, sekolah rendah dan menengah, bantuan kepada OKU, ibu tunggal dan juga penghargaan anak emas.

Hadirin sekalian,

15.  Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang telah mencapai tahap yang paling rendah di dalam indeks jenayah serta ianya merupakan pencapaian yang tertinggi di Malaysia. Pencapaian tersebut juga telah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar raya yang selamat didiami. Kejayaan ini sesungguhnya merupakan kejayaan  dari usaha gigih dan kerjasama padu di antara Kerajaan Negeri serta pihak Polis Di-Raja Malaysia dengan pemasangan CCTV di lokasi hotspot serta penubuhan Pasukan Peronda Sukarela(PPS) di seluruh negeri Pulau Pinang.

16.  Keadaan lampu jalan yang tidak terang turut menyumbang kepada berlakunya jenayah. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut mengambil inisiatif dengan meningkatkan voltan lampu daripada 70 kilowatt kepada 150 kilowatt. Penggantian akan dijalankan secara berfasa dan didahulukan lampu yang rosak. Usaha ini bertujuan untuk menerangkan jalan-jalan raya di Pulau Pinang ke arah negeri yang lebih selamat.

17.  Usaha Kerajaan Negeri bagi mencapai pengiktirafan antarabangsa turut melibatkan penyediaan perkhidmatan WIFI secara percuma sebanyak 1550 hot spot dengan kos RM8.5 juta. Sungguhpun apabila kita umumkan akan melancarkan perkhidmatan wifi percuma 3 tahun lepas, ramai yang tidak percaya. Tetapi 3 tahun kemudian, Kerajaan Negeri telah buktikan yang kita merupakan sebuah Kerajaan Negeri yang cakap serupa bikin. Selagi ada kemahuan, kita mampu melaksanakan. Berdasarkan perjanjian, pihak syarikat penyedia perkhidmatan akan menyediakan 50Mbps kapasiti 'bandwidth backhaul' ke internet bagi keseluruhan 750 hotspot yang telah disediakan di bawah Fasa 1 dan 800 hotspot (termasuk tambahan 50 hotspot percuma) di bawah Fasa 2 projek Penang Free WiFi dijangka akan disiapkan pada bulan September 2012 ini. Melalui kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menjayakan projek ini, Kerajaan Negeri amat berharap agar rakyat Negeri Pulau Pinang dapat memanfaatkan penggunaan WiFi dan internet sebaik-baiknya kerana sebuah bandar pintar mestilah mempunyai rakyat yang mempunyai kepintaran digital.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

18.  Kesemua pencapaian dasar, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan tersebut pasti tidak akan tercapai dengan jayanya tanpa usaha semua jabatan dan agensi negeri yang terdiri daripada para penjawat awam sekalian. Perbezaan pandangan dan pendirian politik tidak diambil kira kerana kita hanya mengambil kira hasil kerja. Sekiranya pendirian dan fahaman politik akan menganggu perjalanan tugas, maka tindakan akan diambil. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan-rakan seperjuangan saya di barisan Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri, semua jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Pulau Pinang serta pasukan keselamatan di atas usaha berterusan bagi memajukan serta mengekalkan keselamatan negeri ini walaupun kita berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

19. Kerajaan Negeri tidak mahu kejayaan yang dikecapi sekarang datang daripada individu. Kita mahu ia datang secara berpasukan. Sebab kita tahu pasukan yang berkesan akan memberikan prestasi yang terbaik berbanding individu. Di sini saya ingin berkongsi idea konsep berpasukan di dalam dunia pengurusan. Yang pertama – trust (keyakinan). Amanah bukan setakat tidak makan wang, bukan sekadar kemampuan jalankan kerja sebab kita beranggapan semua orang ada kredibiliti menjalankan tugas. Tetapi keyakinan yang pasukan kita dapat melaksanakan tugas dengan baik. Yang kedua- konflik (pertikaian). Konflik sangat berguna terutamanya untuk mendapat idea- idea baru tetapi apabila menyentuh hal- hal peribadi, konflik perlu dielakkan. Yang ketiga- komitmen. Apabila membuat sesuatu keputusan, adakah kita komited dengan keputusan tersebut. Adakah pasukan kita memberikan komitmen terhadap keputusan tersebut. Yang keempat – accountablilty (akauntabiliti). Adakah anda bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan. Sekiranya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, hukuman akan dikenakan. Dan yang terakhir ialah result (hasil kerja). Kita perlu pastikan hasil kerja pasukan itu adalah yang bermutu dan bagus. Bukannya hasil kerja individu sahaja dinilai.

20.  Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada semua penjawat awam di negeri ini untuk terus menyemarakkan semangat kita dan melaksanakan tanggungjawab berlandaskan C.A.T. dalam usaha memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri ini. Perkara ini adalah sangat penting kerana ianya menjadi tunjang kepada segala dasar-dasar baru yang telah kita rangka supaya direalisasikan demi kesejahteraan rakyat di negeri Pulau Pinang.

21.  Marilah kita sama-sama menyaksikan hasil usaha dan titik peluh dalam dua video yang akan dipaparkan nanti.

Sekian, terima kasih.


  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
Prev Next

MAKLUMAT TERKINI PINJAMAN PENUNTUT NEGER…

Senarai Peminjam Tegar sehingga September 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Paling Tegar sehingga September 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam... Read more

Sebut Harga dan Cabutan Undi Lot Perniag…

Sukacitanya dimaklumkan Jawatankuasa Sektor Perniagaan, Pameran dan Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang Tahun 2014 mempelawa Syarikat/ Pengusaha yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ... Read more

PERKHIDMATAN MYSMS GOVPG 15888 BARU : SE…

Semakan Status Aduan ePINTAS boleh dibuat dengan perkhidmatan sms bagi aduan yang dibuat mulai September 2014.Untuk semakan, sila taip :GOVPG SEMAKADU <NO ADUAN> & SMS KE 15888cth.: GOVPG SE... Read more

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar k…

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi Sesi Akademik Pertama 2014/2015 peringkat Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf Dibuka Mulai 1 September 2014 sehingga ... Read more

TAWARAN PENGECUALIAN FAEDAH BAGI SEMUA P…

    Mulai dari 1 September 2014 hingga 31 Disember 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan Pengecualian Faedah bagi peminjam-peminjam yang bersetuju menyelesaikan keseluruhan baki ... Read more

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu D…

Pengharaman Hidangan Sup Sirip Ikan Yu Dalam Jamuan Rasmi Kerajaan Muat Turun Untuk Maklumat lebih lanjut Read more

aduan en

maklumbalas en

Poll

Banning foreigners from cooking our favourite hawkers' food will ensure that the authentic and unique Penang flavour is retained