Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 2.jpg
  • BACKGROUND 3.jpg
  • BACKGROUND 5.jpg
  • BACKGROUND 6.jpg
  • Persidangan Dun en
  • banner BI KOMUNITI
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • poster kucing a3 v
    Date : 6 June 2015 (Saturday)
    Time:  2 p.m - 12 p.m
    Venue: Dewan Tapak Ekspo, Seberang Jaya
  • TRM 1501 0011 DragonBoat flyer 060515 01

    Date: 30-31 May 2015
    Time: 9.00am to 5.00pm
    Venue: Teluk Bahang Dam
  • Floral Festival
    Date: 30 May- 7 June 2015
    Time: 9.00am to 7.00pm
    Venue: Penang Botanic Gardens (Taman Botani Pulau Pinang)
  • BILLBOARD 20'8' 2
    Date: 4-7 June 2015
    Time: 10.00 a.m-11.30 p.m
    Venue: Tapak Ekspo, Seberang Jaya
  • Poster Nine Red bottom 1
    Time: 8.00 a.m - 1.00 p.m
    Date: 13 June 2015
    Venue: Dewan Mutiara, TH Hotel, Kompleks Tabung Haji

  • banner hari bertemu pelanggan PDTDBDDate : 27 May 2015 (Wednesday)
    Time : 9.00 a.m - 4.30 p.m
    Venue : Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya
  • banner hari bertemu pelanggan PDTSPS

    Date : 28 May 2015 (Thursday)
    Time: 9.00 a.m - 4.30 p.m
    Venue : Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Seberang Perai Selatan
  • banner hari bertemu pelanggan PDTSPU
    Tarikh : 29 May 2015 (Friday)
    Time: 9.00 a.m - 4.30 p.m
    Venue : Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Seberang Perai Utara

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2012

17 JANUARI 2012

KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG

 

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain,

Speaker Dewan Undangan Negeri

Yang Berhormat Dato' Mansor bin Othman,

Timbalan Ketua Menteri I

Yang Berhormat Prof Dr P.Ramasamy,

Timbalan Ketua Menteri II

Yang Berhormat Dato' Farizan bin Darus

Setiausaha Kerajaan Negeri

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Dato' Faiza binti Zulkifli

Penasihat Undang-Undang Negeri

Yang Berhormat Dato' Haji Mokhtar bin Mohd Jait

Pegawai Kewangan Negeri

Ketua-Ketua Jabatan

En Hussein bin Mohd Ariff

Penceramah daripada Persatuan Kreativiti dan Inovasi Malaysia (MACRI)

Rakan-Rakan media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian

Salam Pagi dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi- tinggi tahniah kepada pihak penganjur kerana menjayakan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2012. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di atas komitmen tuan- tuan dan puan- puan untuk menghadiri majlis ini.

Tema sambutan Hari Inovasi pada tahun ini iaitu “Kecemerlangan – Budaya Inovasi” adalah tepat pada masanya.

Pelaksanaan idea- idea inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan. Inovasi yang dihasilkan haruslah berupaya menambah nilai output semasa pulangan kewangan atau penjimatan masa serta membawa perubahan kepada amalan sedia ada.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengumumkan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), kita membawa perubahan kepada sistem penyampaian kita.

Budaya inovasi di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Thailand dan Indonesia yang sudah pun mendapat perhatian dunia dengan produk- produk inovatif mereka dipaparkan di majalah- majalah antarabangsa seperti The Times. Kita dapati bahawa Malaysia hanya selesa dan berpuas hati dengan kedudukan sebagai 'jaguh kampung' sahaja. Produk- produk inovasi hanya benar- benar diterima sekiranya ia diterima secara global. Selepas diteliti, 3 aspek yang menyebabkan Malaysia masih jauh ketinggalan ialah yang pertama Penguasaan Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris adalah prasyarat kepada penyertaan inovasi global. Dari segi teknologi dan inovasi, usaha perlu dilakukan untuk menaik taraf penguasaan bahasa kedua terpenting ini. Kedua ialah kurangnya pendedahan di peringkat global seperti menghadiri seminar- seminar inovasi peringkat antarabangsa. Ketiga ialah wujudnya budaya syok sendiri.Oleh itu bagi memastikan produk yang dihasilkan boleh diaplikasi secara global, kita hendaklah menghasilkannya bukan setakat untuk kepuasan diri sendiri tetapi juga kepada umum.

Di samping itu, penerapan 3 penggerak utama untuk menghasilkan inovasi global ialah yang pertama, kerja dengan keras tanpa mengenal erti putus asa. Kedua ialah kerja dengan amanah dengan jujur terhadap produk yang dihasilkan. Dengan hati yang ikhlas dan jujur, barulah sesuatu inovatif dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan yang ketiga ialah kerja secara berkumpulan. Mesti ada satu team agar idea- idea kreatif dapat digabungkan bersama.

Hari ini, inovasi bukan sahaja menjadi kunci kejayaan kepada melonjakkan kemajuan sesebuah negara dan mengukuhkan kedudukan negara tersebut di dalam ranking daya saing global.

Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea baru dan menukarkannya menjadi barangan atau perkhidmatan yang berlainan, berguna dan memiliki daya komersil, sementara istilah kreatif dikhususkan bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individu atau kumpulan sebagai langkah perlu dalam proses inovasi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Dalam arus globalisasi, inovasi dan kreativiti merupakan faktor utama yang membezakan kecemerlangan sesebuah jabatan dengan yang lain. Kecemerlangan sesebuah jabatan bukan bergantung kepada saiz dan bilangan kakitangan dan pegawai yang ramai. Apa yang penting ialah nilai, mutu dan taraf pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi secara inovatif dan pantas. Itulah sebabnya Kerajaan Negeri memperkenalkan Hadiah Inovasi di mana pemenang akan menerima RM10, 000 dan jabatan yang berkenaan juga turut akan menerima RM10, 000.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bertepatan dengan cabaran untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa di era globalisasi, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terutama dalam aspek kualiti perkhidmatan awam. Untuk mencapai sasaran itu, prinsip urus tadbir berintegriti berasaskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam setiap asa pengurusan menjadi pemangkin. Salah satu sebabnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencatat rekod sejarah Malaysia dengan pengurangan hutang paling besar sebanyak 95% daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada 31 Oktober 2011 adalah inovasi dalam sistem mentadbir kewangan. Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak kerajaan bebas daripada rasuah dengan mengumumkan isi kandungan kontrak kerajaan sehingga membolehkan Kerajaan Negeri memperolehi lebihan belanjawan setiap 4 tahun Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memerintah.

Tahun lepas sahaja, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memberikan bonus dengan minima RM1,400 kepada penjawat awam negeri sebagai pengiktiran kepada sumbangan perkhidmatan awam kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat prihatin dan menghargai sumbangan inovasi yang telah diberikan oleh semua penjawat awam. Keuntungan dan lebihan yang diperolehi dikongsi sama rata oleh semua rakyat.

Saya berharap melalui Hari Inovasi yang disambut hari ini, semua anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang akan lebih berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2012.

Sekian, terima kasih.


  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
Prev Next

PENGIKLANAN BANNER MAJLIS PEMBERIAN INSE…

  Adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan akan mengadakan Majlis Pemberian Insentif Perkhidmatan kepada Pemandu-pemandu Teksi yang sah berdaftar di Negeri Pulau Pin... Read more

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM TA…

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2014   Tarikh   : 1 Jun 2015 (Isnin) Tempat : Kompleks Masyarakat Penyayang Masa     : 2.30 petang - ... Read more

SERVICES FOR SUPPLY, DELIVER, TESTING AN…

Local companies registered with the Ministry of Finance, Malaysia in the field of supplies/services under the head and sub-heads: 210105 (Telecommunication/networking-supply product, infrastructure, s... Read more

SISTEM PERMOHONAN BANTUAN PENDAFTARAN PE…

SISTEM PERMOHONAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (iBiTA) Pemohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT dibuka mulai 1 Jun 2015sehingga 30 Jun 2015. Sila klik disini untuk sya... Read more

MAKLUMAN PERTUKARAN ALAMAT URL LAMAN WEB…

Dimaklumkan bahawa selaras dengan penarafan Bandaraya yang diterima oleh Majlis, alamat url yang baru bagi Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah seperti berikut :-  http://www.mbpp... Read more

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG …

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)  [ENAKMEN 16]   Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi m... Read more

1GovSearch Logo

aduan en

maklumbalas en

Poll

If the public transportation in Penang is efficient, then more people in Penang will be able to afford houses for not assigning additional expenses for private vehicles