Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • CAT english
  • Ramadhan 2014 - Eng
  • myidbi
  • erumah
  • banner ebayar bi
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • ansara2014en
  • Penang International Lion Dance
    timthumb 7
    • Yuran Kemasukan: Percuma
      Tarikh Mula: 24-05-2014
      Tarikh Akhir: 25-05-2014
      Hubungi:  Penang Tourism Development
                    Commitee and Wushu, Lion &
                    Dragon Dace Association Penang
      Lokasi: Penang



  • Perfect Living 2014    timthumb 6
    • Yuran: Percuma
      Tarikh Mula: 23-05-2014
      Tarikh Akhir: 25-05-2014
      Hubungi: 03 – 8075 7375
      Lokasi: Penang 
      
  • Penang Night Career & Postgraduate Expo 2014

    • Yuran Kemasukan: Percuma
      Tarikh Mula: 24-05-2014     timthumb 8
      Tarikh Akhir: 25-05-2014
      Hubungi: 012-4224004
      Lokasi: Penang
    • Festival Durian
    • Yuran Kemasukan: Percuma timthumb 9
      Tarikh Mula: 01-06-2014
      TArikh Akhir: 31-07-2014
      Hubungi: Penang Share Tourism
      Development

      Lokasi: Penang
  • Dragon Boat Festival 2014
     timthumb 11
    Yuran Kemasukan: Rujuk Laman web
    Tarikh Mula: 07-06-2014 09:00
    Tarikh Akhir: 08-06-2014 17:00
    Hubungi: 012-4830448
    Lokasi: Penang


  • Give blood
  • liondance
  • perfectliving
  • Postgraduate
  • festival durian
  • Dragon Boat

UCAPAN YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA UPACARA PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN AHLIMAJLIS- AHLIMAJLIS

MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP)

PADA 4 JANUARI 2011 DI DEWAN BANDARAYA

Y.B. Dato’ Mansor bin Othman, Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang;

Y.B. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang;

Y.B Tuan Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas,

Yang Berhormat-Yang Berhormat; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

Y.B Dato’ Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat;

Y. Bhg Ar. Patahiyah bt Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Ahli Majlis – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Ketua Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai,

Para Wartawan,

Dato’ / Tuan / Puan yang saya hormati sekalian

Selamat pagi dan salam sejahtera,

1. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri upacara pada pagi ini.

2. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis atas perlantikan mereka oleh Pihak Berkuasa Negeri. Sebagai Ahlimajlis tuan-tuan dan puan-puan akan menghadapi banyak cabaran dan diantara aspek-aspek yang perlu diberi penekanan temasuk pembangunan perbandaran yang mapan, penyediaan perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur yang berkualiti, pengwujudan persekitaran hidup yang bersih, indah dan sejahtera serta mengamalkan urustadbir yang baik.

3. Majlis Perbandaran Pulau Pinang harus menyedari hakikat bahawa ia perlu berdepan dengan cabaran setiap hari dan cabaran ini kian bertambah dengan ekspektasi orang awam untuk perkhidmatan yang berkualiti. Sebagai Ahlimajlis tuan-tuan dan puan-puan perlu peka kepada penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat, memberi fokus kepada pembaikan dan menaiktaraf infrastruktur serta penyelenggaraan kemudahan awam, melaksanakan projek-projek yang boleh meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat dan meningkatkan taraf persekitaran lanskap dan kebersihan supaya dapat memberikan kehidupan yang lestari dan keharmonian kepada masyarakat selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri mencapai matlamat “Cleaner Greener Penang”

4. Pada tahun 2011 MPPP telah mencapai prestasi kewangan yang baik berasaskan prinsip CAT, tender terbuka dan konsep perbelanjaan berhemah serta “value for money” yang membolehkan lebihan pendapatan dicapai. MPPP mengambil langkah penambahbaikan berterusan dengan memperkasa dan meningkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan yang sedia ada bagi menjamin kesempurnaan pelaksanaan projek serta program pembangunan bagi memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan di kawasan pentadbirannya. Dalam hal ini saya mengucapkan syabas kepada MPPP kerana telah menunjukkan perkembangan kewangan yang positif berterusan iaitu sehingga 15 Disember 2011, kutipan hasil MPPP adalah berjumlah RM 260.55 juta manakala dari segi aliran keluar dana sehingga 15 Disember 2011, perbelanjaan yang telah dibuat oleh oleh MPPP adalah berjumlah RM173.81 juta. Berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan sehingga 15 Disember 2011, Majlis masih mempunyai lebihan pendapatan atau “surplus” sebanyak RM86.74 juta. Walaubagaimanapun, tanggungan perbelanjaan Majlis yang perlu dijelaskan tahun ini berjumlah RM 25.51 juta. Setelah diambil kira keseluruhan perbelanjaan dan tanggungan, MPPP masih mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM61.23 juta.

5. Banyak usaha telah diambil untuk meningkatkan penyediaan kemudahan awam kepada rakyat dan MPPP akan terus melaksanakan beberapa projek pembangunan bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat. Dalam hal ini, Majlis akan menaiktaraf pasar awam, kompleks makanan & tapak penjaja dalam tahun 2012 di antaranya adalah ,Pasar Jalan Kuantan, Pasar Chowrasta, Pasar Padang Tembak, Pasar Teluk Bahang dan Pasar Tanjung Bungah.

6. Di antara projek yang disambung pelaksanaannya pada tahun 2012 ialah Projek Pembinaan “Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE)”. Di samping itu, perutukan juga disediakan bagi projek sambungan kerja-kerja menaiktaraf Pasar Pulau Tikus, Pasar Jelutong, Pasar Air Hitam, Pasar Lebuh Cecil dan Astaka Selera Bukit Gedung. Peruntukan ini disediakan untuk menaiktaraf sistem perparitan, bumbung, lantai, tandas dan gerai.Peruntukan juga disediakan bagi tujuan kemudahan awam untuk orang kurang upaya (OKU).

7. Di antara projek-projek yang akan dilaksanakan oleh MPPP dalam tahun 2012 ialah Membaikpulih dan Pemuliharaan Bangunan Dewan Bandaraya, Projek Pengambilan Balik Tanah Untuk Pembinaan Pasar Teluk Kumbar, Menaiktaraf Kompleks Sukan Balik Pulau, menyediakan lif di Balai Rakyat Taman Tun Sardon dan Balai Rakyat Batu Lancang dan menaiktaraf balai-balai rakyat.

8. Saya juga ucapkan syabas kepada MPPP kerana selaras dengan “Program Cleaner Greener Penang” yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri, pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah merangka beberapa cadangan projek penghijauan dalam kawasan Bandaraya George Town untuk mencapai matlamat dan objektif program tersebut. Kawasan yang dimaksudkan ialah:

(i) Lebuh Carnarvon

(ii) Pengkalan Weld

(iii) Jalan Dato Keramat

(iii) Lebuh Downing dan Gat Lebuh Gereja

(iv) Gat Lebuh Chulia

9. Usaha-usaha MPPP untuk menambahbaik sistem lalulintas dan pengangkutan dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan bas awam adalah sungguh menggalakkan. Peruntukkan disediakan untuk menaiktaraf laluan pejalan kaki serta mewujudkan laluan bas di pusat Bandar George Town. Di samping itu, 250 buah pondok dan perhentian bas juga akan dinaiktaraf pada tahun 2012. MPPP juga akan meneruskan dengan projek menambah baik aliran lalulintas di Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland, Jalan Air Hitam, Jalan Utama, Jalan Gottlieb dan Jalan Bagan Jermal yang merupakan antara jalan-jalan lingkaran luar George Town.

10. MPPP juga menyediakan peruntukan bagi sistem pemantauan kamera litar tertutup dengan penyewaan 32 buah kamera CCTV berserta 6 kamera bergerak dan 3 pusat kawalan. Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah membiayai pemasangan 24 unit kamera CCTV pada tahun 2011 dan juga mempunyai rancangan untuk memasang 32 buah kamera CCTV pada tahun 2012.

11. Majlis juga turut merancang untuk menaiktaraf lampu jalan awam di seluruh pulau, Pulau Pinang dimana peruntukan telah disediakan untuk kerja-kerja menaiktaraf kabel bawah tanah secara berperingkat. Penyelenggaraan jalan, parit, bahu jalan dan laluan pejalan kaki merupakan satu perkhidmatan yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh MPPP. Kerja-kerja menurap semula jalan awam, membaiki dan menurap lorong belakang serta membaiki peparit-peparit perlu diteruskan demi kepentingan rakyat.

12. Dalam kita menghadapi persaingan dari negara-negara jiran dalam usaha menarik pelaburan dalam sektor pembuatan dan pelancongan, salah satu perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah untuk meningkatkan sistem penyampaian dari segi kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan dan lesen. Akan tetapi Kerajaan Negeri tidak hanya akan menekankan pembangunan semata- mata tanpa mengambilkira masalah penduduk. Itulah sebabnya kadang kala ada sedikit kelewatan kerana masalah sosial itu harus ditangani. Saya tahu pemaju kurang puas hati tentang pendekatan Kerajaan Negeri menimbangkan sekali masalah sosial ekonomi tetapi sebagai kerajaan berjiwa rakyat, kita mahu lihat setiap warga Pulau Pinang berada dalam arus pembangunan. Sektor pelancongan hanya dapat berkembang jika adanya daya tarikan dan kemudahan awam diselenggara dengan baik. Dalam hai ini, saya akan juga memberi penekanan kepada aspek peningkatan taraf kebersihan, keindahan serta penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam dibawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

13. Segala agenda ini akan hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya jika Ahli Majlis, Ketua Jabatan, Pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari semua peringkat dapat memberikan kerjasama sebagai satu pasukan. Marilah kita 'work hard, work honestly dan work smart!'. Kesungguhan dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan akan menghasilkan kecemerlangan kearah mewujudkan sebuah bandar raya yang bersih, ceria dan indah demi kesejahteraan dan keselesaan semua penduduk di kawasan pentadbiran MPPP.

 

Sekian, terima kasih


  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
Prev Next

The Bestowing of Medals of Honour Ceremo…

The Bestowing of Medals of Honour Ceremony for Penang State for 2014 will be held in September 2014 as the birthday of His Excellency, Head of State of Penang which is celebrated officially on 12 July... Read more

2. Request For Proposal (RFP) For …

  STATE SECRETARIAT INCORPORATED (SSI) REQUEST FOR PROPOSAL   The offer is made to local Bidder to participate in the Request for Proposal as follows:-    TITLE : REQUEST FOR... Read more

Penang Student Loan Application Session …

Application for Penang Student Loan for 2014/2015 is open on 2 May 2014 to 31 July 2014. Applications can made through http://epp.penang.gov.my. The Penang Student Loan Application is open to all Mal... Read more

Makluman Penutupan Sementara Empangan Me…

Makluman Penutupan Sementara Empangan Mengkuang Kepada Orang Awam Tapak Pembinaan Empangan Baru (lembah sebelah kiri) telah diserahkan kepada kontraktor pada 1hb Ogos 2011 untuk kerja-kerja pembinaan... Read more

aduan en

maklumbalas en

Poll

Banning foreigners from cooking our favourite hawkers' food will ensure that the authentic and unique Penang flavour is retained