Color Chooser : default red contrast
A- A A+
Log in Register

Login to your account

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Email *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif
  • CAT english
  • myidbi
  • erumah
  • banner ebayar bi
  • catkerja
  • isejahterabi
info-trafik-en  info-solat-en  info-cuaca-en 

Penang This Month

  • MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 
    KALI KE 57 TAHUN 1435H/2014MMAJLIS TILAWAH


    Date : 21-22 March 2014 ( Friday - Saturday)
    Venue :  Dewan Milenium, Seberang Perai Utara
    Time : 8.30 pm - 11.00 pm

    Download Programme Tentative
  • Visit: http://www.homedec.com.my/home/   timthumb
    Event Admission Fee: Free
    Start Date and Time: 11-4-2014
    End Date and Time: 13-4-2014
    Event contact: +603 7982 4668
    State Location: Penang
  • Thai Water Festivalwater festival

    Date : 13 - 15 Mac 2014
    Venue :  Wat Chayamangkalaran Thai Buddhist Temple & Dharmikara
    Organiser: Penang Thai Community
    Time : 7 am onwards 
  • majlis_tilawah
  • homedec
  • Image 01

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB LIM GUAN ENG SEMPENA MAJLIS PENGHARGAAN ANAK EMAS

PADA 1 JANUARI 2012 DI DEWAN AHMAD BADAWI, BUTTERWORTH

Y.B. Tuan Lim Hock Seng

EXCO Kerajaan Negeri merangkap ADUN Bagan Jermal

Y.B. Tuan Phee Boon Poh

EXCO Kerajaan Negeri merangkap ADUN Sungai Puyu

Y.B.Tuan Tanasekharen a/l Autherapady

ADUN Bagan Dalam

Tuan Haji Jusni bin Haji Ismail

Pegawai Daerah Seberang Perai Utara

Encik Rosidi bin Hussain

Pegawai Penyelaras KADUN Penaga

Encik Asrol Sani bin Abdul Razak

Pegawai Penyelaras KADUN Bertam

Encik Adnan bin Abdul Rahman

Pegawai Penyelaras KADUN Pinang Tunggal

Encik Arshad bin Md Salleh

Pegawai Penyelaras KADUN Permatang Berangan

Encik Md. Fahmi bin Abd. Wahab

Pegawai Penyelaras KADUN Sungai Dua

Encik Solihin bin Haji Mohamad

Pegawai Penyelaras KADUN Telok Air Tawar

Semua Pengerusi JKKK Seberang Perai Utara

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Selamat datang dan salam sejahtera kepada semua hadirin.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan, Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang YB Phee Boon Poh, Pejabat Daerah Barat-Daya dan jentera pegawai-pegawai kerajaan yang telah berjaya menganjurkan program seperti ini. Ini merupakan kali pertama Majlis Penghargaan Anak Emas Negeri Pulau Pinang diadakan sejak ianya diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Majlis ini diadakan bertujuan bagi memberikan sumbangan kepada semua anak kelahiran Negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2011 tanpa mengira perbezaan kaum, agama, jantina mahupun fahaman politik. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, sumbangan sebanyak RM200 diberikan sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan bayi untuk membesar dengan lebih sihat dan cergas disamping meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan keperluan bayi mereka.

Hadirin sekalian,

Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri, jumlah kelahiran bayi yang telah dicatatkan sepanjang tahun 2010, di Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 19,359 orang.

Bermula Januari hingga November 2011 pula, jumlah kelahiran yang direkodkan adalah sebanyak 17,965 orang. Sukacita dimaklumkan juga, sehingga Jun 2011 seramai 1,348 anak emas telah berdaftar dan akan menerima sumbangan pada majlis yang diadakan selama 2 hari iaitu pada hari ini dan keesokan harinya. Di Daerah Seberang Perai Utara sahaja, seramai 271 anak emas akan menerima sumbangan ini. Baki anak emas akan diberikan pada majlis yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan bagi memastikan kesemua anak emas yang layak dapat menerima bayaran tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Program ini dibuat kali pertama di Pulau Pinang dan hanya menjadi realiti atas prinsip kerajaan bersih tanpa rasuah yang belanjakan wang secara berhemah dan berjimat cermat. Dalam melaksanakan urus tadbir kewangan yang cemerlang berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabiliti & telus), kerajaan negeri dapat menikmati lebihan Bajet di antara yang tertinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Sebagai mengalu-alukan kedatangan warga Pulau Pinang baru ke sebuah negeri yang bersih maka diberikan dividen one-off seperti dividen anti-rasuah yang hanya boleh dinikmati dalam kerajaan bersih tanpa rasuah. Jelas dividen anti-rasuah RM200 setiap bayi tidak diberikan sebelum ini kerana hanya sekarang kerajaan baru PR tidak berasuah.


Sumbangan yang disampaikan ini merupakan penghargaan kepada generasi baru yang bakal menjadi pemimpin dan pelapis pada masa akan datang. Program ini dijangka makan perbelanjaan RM5 juta setahun.

Ia adalah sebahagian daripada faedah yang dinikmati rakyat kerana memilih kerajaan tanpa rasuah sama seperti program warga emas, ibu tunggal, OKU dan juga pelajar IPTA dan pelajar emas. Ingatlah semua program ini akan henti sekiranya kerajaan PR anti-rasuah tidak dipilih kembali menjadi kerajaan negeri.

Dengan ini, saya berbesar hati merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Anak Emas Negeri Pulau Pinang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya turut mengalu- alukan kehadiran sekumpulan 19 orang nelayan yang terlibat dengan kejadian bencana ribut dan ombak besar di kawasan Bagan Ajam dan Butterworth, Daerah Seberang Perai Utara pada 11 September 2011 yang lalu. Difahamkan kerosakan yang dialami melibatkan bot/ sampan, enjin, pukat dan peralatan menangkap ikan yang lain.

Di atas rasa keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, maka Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 15 Disember 2011 lalu telah memutuskan supaya nelayan-nelayan ini dihulurkan tambahan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka akibat bencana alam tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya kumpulan 19 orang nelayan tersebut diberi bantuan sebanyak RM1,000.00 bagi setiap orang.

Semoga bantuan awal ini dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh para nelayan terutama dalam urusan membaik pulih bot/ sampan yang menjadi punca rezeki mereka.

Semua program ini sememangnya membuktikan bahawa kerajaan PR memang sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang memartabatkan rakyat.

Sekian, terima kasih.


  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
Prev Next

PENGIBARAN BENDERA NEGERI PULAU PINANG S…

Majlis penghormatan Negeri bagi Mendiang YB. Karpal Singh A/L Ram Singh akan diadakan di Dewan Sri Pinang pada hari Ahad 20 April 2014. Sesi lawatan orang ramai dari jam 9.00 pagi sehingga 10.30... Read more

RFP FOR MANAGEMENT AND OPERATION OF SUFF…

  CHIEF MINISTER OF PENANG INCORPORATED (CMI) REQUEST FOR PROPOSAL The offer is made to local Bidder to participate in the Request for Proposal as follows:- TITLE : REQUEST FOR PROPOSAL (... Read more

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR (PE…

Iklan jawatan kosong bagi jawatan di atas telah dibuka. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman web http://e2psm.penang.gov.my. Tarikh Tutup Iklan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Oper... Read more

MAKLUMAT TERKINI PINJAMAN PENUNTUT NEGER…

Senarai Peminjam Tegar sehingga April 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Paling Tegar sehingga April 2014 << Klik untuk muat turun >> Senarai Peminjam Tamat B... Read more

Makluman Penutupan Sementara Empangan Me…

Makluman Penutupan Sementara Empangan Mengkuang Kepada Orang Awam Tapak Pembinaan Empangan Baru (lembah sebelah kiri) telah diserahkan kepada kontraktor pada 1hb Ogos 2011 untuk kerja-kerja pembinaan... Read more

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RUMAH KOS …

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN  RUMAH KOS RENDAH / SEDERHANA RENDAH / MAMPU MILIK   Muat Turun Borang PN1 Read more

aduan en

maklumbalas en

Poll

The free Bridge Express Shuttle Transit (BEST) service operated by the Penang State Government helps to reduce traffic congestion on the Penang Bridge and encourages car pooling among road users.