Pilihan Warna : default red contrast
A- A A+
Log Masuk Daftar

Log masuk ke akaun anda

Cipta akaun

Ruangan yang bertanda (*) wajib diisi.
Emel *
  • BACKGROUND 4.jpg
  • botani.gif
  • penang hill.gif

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB LIM GUAN ENG SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN 

PENDAFTARAN PELAJAR KE IPTA TAHUN 2011 UNTUK DTL & DBD

PADA 1 OKTOBER 2011 DI PDC

 

Yang dihormati Pengacara Majlis

Yang Berhormat Dato’ Farizan bin Darus - Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Tuan Haji Azizi bin Zakaria – Pegawai Daerah Timur Laut

Yang Berusaha Encik Mohamad Daud bin Abdull Hamid – Pegawai Daerah Barat Daya

Para hadirin tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas kesempatan yang telah diberikan kepada kita semua untuk bertemu dalam majlis penyampaian Bantuan Pendaftaran Pelajar-Pelajar ke IPTA tahun 2011.

Majlis ini merupakan majlis ketiga yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Baki seramai 115 orang pelajar meliputi daerah Timur Laut dan Barat Daya akan menerima RM1000 melalui program Bantuan Pendaftaran Pelajar- Pelajar ke IPTA tahun 2011 pada hari ini.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada Pejabat Daerah yang berusaha keras walaupun hari cuti dalam membantu Kerajaan Negeri melicinkan proses penyampaian skim bantuan IPTA ini dan memastikan wang tersebut dapat diagihkan kepada semua pelajar yang layak.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang baru- baru ini telah mengumumkan pemberian bantuan pendaftaran RM1000 kepada bakal- bakal mahasiswa yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama dengan syarat salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang dan pendapatan is rumah kurang daripada RM4,000 sebulan. Pemberian saguhati ini adalah untuk tahun pertama (mahasiswa daftar masuk Universiti) sahaja.

Menyedari akan hakikat bahawa kos sara hidup dan inflasi yang semakin meningkat ini lah yang mendorong Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengambil keputusan untuk meluluskan peruntukan wang hampir RM2 juta demi membantu rakyat Pulau Pinang. Dengan pemberian ini, diharap dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa semua untuk menghantar anak ke Universiti.

Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan 1971 orang dengan peruntukan sebanyak hampir RM1,971, 000.00 untuk tahun 2011 ini. Peningkatan hampir sekali ganda jumlah permohonan 2010 iaitu seramai 1000 orang sahaja. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk menaikkan sekali ganda wang iaitu RM1000 berbanding hanya RM500 sahaja untuk tahun 2010.

Memandangkan anak-anak ini telah memulakan semester baru di universiti masing-masing dan ada yang mungkin tidak hadir pada hari ini, jadi kita menjemput ibu bapa datang untuk mewakili anak-anak mereka yang tidak dapat pulang bagi menerima saguhati RM1000. Saya ingin mengucapkan taniah kepada ibu bapa yang berada di sini kerana berjaya mendidikan anak menjadi individu cemerlang, syabas kepada semua! Saya sangat berharap ibu bapa yang berada di hadapan saya ini akan memainkan peranan bagi memastikan anak- anak mereka yang telah berjaya kelak untuk pulang semula ke Pulau Pinang bagi mencurahkan bakti kepada negeri ini.

Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyatnya, barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan terus berusaha untuk membina masa depan yang cerah untuk rakyat semua. Ini sangat penting untuk memastikan generasi belia kita bersedia untuk mengharungi cabaran- cabaran masa depan dan seterusnya memastikan kemajuan Pulau Pinang terus berada di pentas utama.

Sumbangan yang disampaikan ini sebagai salah satu keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai dan menjaga kebajikan rakyatnya. Atas dasar keprihatinan ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan program-program yang bersifat kemasyarakatan seperti Program Penghargaan Warga Emas dan bagi meneruskan dan memperluaskan lagi pelaksanaan program-program bersifat kemasyarakatan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah memperkenalkan beberapa program-program baru antaranya Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Program Anak Emas Pulau Pinang yang baru-baru diumumkan.

Sumber kewangan program-program ini adalah datang daripada lebihan Bajet setiap tahun dan kejayaan kerajaan PR menjalankan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.

Secara keseluruhan, RM20 juta dibelanjakan setiap tahun untuk program sosial seperti program penghargaan warga emas ini, yang sekaligus menangkis aduan melulu pihak tertentu bahawa kita hanya boleh jimatkan wang dengan adanya lebihan surplus tetapi tidak tahu membelanjakan wang untuk memanfaat kepada rakyat.

Saya yakin bahawa selagi Kerajaan Negeri terus berpegang kepada prinsip perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat dalam menguruskan wang awam serta melaksanakan urus tadbir cemerlang berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabiliti & Telus), lebih banyak lagi inisiatif program-program kebajikan dan bantuan baru dapat disasarkan bagi memastikan kebajikan rakyat dijaga sepenuhnya agar tidak terpinggir dari arus pembangunan negeri ini.

Sekian, saya sudahi ucapan saya dengan ucapan selamat sejahtera kepada semua hadirin dan hadirat.

Sekian, terima kasih.